Klinik Pergigian Dentessence Memberikan Rawatan Terbaik Scaling Dan Polishing


I am what I am…..

Terdapat satu soalan yang Mamable seringkali juga ajukan kepada doktor gigi, iaitu soalan yang acapkali membuatkan Mamable takut dan terdetik dalam hati kecil ini. Soalan tersebut ialah,’doktor adakah sakit bila nak cabut gigi?

Hari ini Mamable nak cerita sikit mengenai cuci gigi di Klinik Pergigian Dentessence. Kalau nak tahu, anda digalakkan ke klinik gigi enam bulan sekali untuk menjalani pemeriksaan gigi dan mencuci gigi.

No automatic alt text available.

Image may contain: 1 person, sitting and indoor

Rawatan Mencuci Gigi – Scaling & Polishing

Proses mencuci gigi di klinik gigi didefinisikan dengan membuang karang, plak dan lekatan warna pada permukaan gigi di atas dan bawah paras gusi. Proses ini yang dilakukan secara berkala akan memastikan kesihatan gusi, supaya gusi tidak bengkak dan berdarah akibat jangkitan kuman daripada karang gigi dan plak sekali gus mengelakkan gigi menjadi goyang dan longgar akibat penyakit periodontitis.

Di Klinik Pergigian Dentessence, penggilapan gigi yang dilakukan oleh doktor gigi adalah menggunakan bahan yang selamat dan sesuai untuk kegunaan pesakit di klinik serta saiz partikel penggilap yang kecil sama sekali tidak akan menipiskan struktur gigi.

Ada juga mereka yang berpendapat bahawa pencucian gigi dengan kerap akan menyebabkan gigi menjadi terhakis atau nipis. Sebenarnya tanggapan ini tidak tepat. Mata pencuci gigi itu tidaklah tajam. Ianya membuang karang gigi dengan cara getaran. Jadi selalunya semasa mencuci gigi itu gigi akan terasa ngilu (banyak air yang dikeluarkan oleh mata pencuci) dan kerana getaran pada permukaan gigi terutamanya kepada permukaan akar gigi yang telah terdedah akibat penurunan gusi. Jika gigi anda sihat, gusi sihat, maka proses pembersihan gigi tidaklah sakit. Kebanyakkan karang gigi suka berkumpul di leher gigi dan juga di celah gusi, jadi semasa proses pembuangan itu anda akan berasa tidak selesa kerana hujung mata pencuci gigi itu terasa seperti menyucuk gusi anda. Sekiranya anda kerap datang untuk mencuci gigi, maka karang gigi akan kurang terbentuk dan tidak susah untuk membuangnya, jadi proses pencucian gigi akan menjadi selesa.

Menurut Doktor Ahbirami Naresh Kumar, ‘anda juga tidak perlu takut sekiranya gusi anda berdarah dan nampak seperti luka selepas pencucian gigi. Anda juga akan berasa satu kelainan sekiranya anda sentuh permukaan belakang gigi dengan lidah, kadang kala terasa seperti berlubang. Semua ini adalah normal. Katanya lagi, karang gigi akan menyebabkan gusi senang berdarah. Sebab itu semasa menberus gigi, gusi anda berdarah dan kalau gusi yang sudah dijangiti kuman dengan teruk, gusi akan berdarah walaupun tidak disentuh.

Gusi yang berdarah dipanggil penyakit gingivitis. Ia boleh diubati dengan cara pemberusan gigi dengan betul dan juga rawatan pencucian gigi. Semasa banyak karang melekat pada bahagian belakang gigi bawah, anda akan terasa licin sahaja di kawasan itu. Sebab itulah bila karang sudah dibuang, anda akan merasa keluk2 gigi dan terasa seperti gigi berlubang. Jadi janganlah takut ye..semua itu normal sahaja. Kadangkala gigi akan terasa lebih bergoyang lagi selepas pencucian. Bukan disebabkan doktor itu atau mata pencuci tetapi disebabkan karang gigi yang terlampau banyak di belakang gigi yang menyebabkan ia kurang bergoyang.

Image may contain: 1 person
Doktor Ahbirami sedang menenangkan Marcus Osmand sebelum memulakan rawatan scaling dan polishing
No automatic alt text available.
Doktor Ahbirami menunjukkan gigi Marcus Osmand sebelum memulakan rawatan

Image may contain: one or more people

Image may contain: one or more people and indoor

Image may contain: one or more people

Image may contain: one or more people and closeup

Image may contain: one or more people

Image may contain: one or more people and closeup

Image may contain: one or more people, sunglasses and closeup

Image may contain: one or more people and sunglasses

Keadaan Gigi Sebelum Dan Selepas Rawatan Scaling Dan Polishing

No automatic alt text available.
Sebelum rawatan
No automatic alt text available.
Selepas rawatan

 

Bolehkah Gigi Putih Selepas Rawatan Mencuci Gigi

Mungkin ramai yang keliru dengan maksud rawatan pencucian gigi. Ada yang ingat jika gigi mereka kuning, selepas dicuci gigi akan menjadi putih. Sebenarnya tidak. Rawatan pencucian gigi adalah bertujuan untuk membuang karang-karang gigi, plak-plak yang melekat pada permukaan gigi dan juga boleh membuang stain (tanda kotor) pada gigi disebabkan rokok, teh, kopi, milo dan sebagainya. Gigi yang semulajadi sudah kuning tidak boleh diputihkan dengan cara ini. Kekerapan rawatan pencucian gigi ini bergantung pada individu, ada yang perlu membuatnya setiap bulan (selalunya orang yang kuat merokok sehingga terdapat banyak ‘stain’ pada gigi), 3 bulan sekali (mereka yang mempunyai masalah tulang dan gusi), 6 bulan sekali (kebiasaan orang) dan juga setahun sekali (mereka yang pandai menjaga gigi dan gigi bebas dari masalah).

Rawatan Yang Disediakan Di Klinik Pergigian Dentessence

Klinik Pergigian Dentessence menawarkan servis sesi nasihat percuma dan tawaran seperti :

  • scaling & polishing
  • root canal treatment
  • restorative dental service
  • tooth whitening
  • orthodontic (braces)
  • wisdom tooth surgery
  • tooth jewelry
  • cosmetic fillings 

Semua rawatan di atas ditawarkan pada harga yang berpatutan.

No automatic alt text available.

Cara Doktor Ahbirahmi Menangani Keletah Kanak-Kanak Untuk Rawatan Gigi 

Untuk rawatan gigi bagi kanak-kanak pula, Doktor Ahbirami menyediakan beberapa ‘toys’ untuk mengurangkan ketakutan mereka semasa menjalani rawatan.

Image may contain: one or more people, drink and food

Suasana Di Klinik Pergigian Dentessence

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

Image may contain: living room, table and indoor

No automatic alt text available.

Image may contain: 2 people, people smiling

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

Image may contain: indoor

No automatic alt text available.

Image may contain: 2 people, people smiling, people standing and indoor

Doktor Ahbirami yang sporting dan lemah lembut
No automatic alt text available.
Terima kasih Doktor Ahbirami

Dengan pencucian gigi yang kerap ( selalunya 6 bulan sekali) , pembersihan gigi yang betul di rumah, insyaallah gigi anda akan bebas dari masalah dan tahan sampai bila2. Di harap anda tidak takut untuk datang ke klinik untuk mencuci gigi selepas ini..:)

Info Klinik Pergigian Dentessence

Klinik ini terletak di Kota Damansara :
No. 43-2, Jalan PJU 5/11,
Dataran Sunway, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor
Hubungi – 03 61407567

Facebook : https://www.facebook.com/dentaldentessence

Image may contain: text

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s