Event

Konsert Metal Legends Cromok–XPDC Live In Concert Di MAEPs Serdang


I am what I am…….

Image may contain: text

Maeps Serdang, 25.01.2018 – Mamable bersama rakan media yang lain telah diberi peluang oleh Malaysia Tourism Council (MTC) dan MAEPs dalam menghadiri satu persidangan media untuk Metal Legends Live In Concert di antara Cromok dan XPDC.

Pada 03.02.2018 satu konsert heavy metal bakal menggegarkan MAEPS, Serdang. Metal Legends Live In Concert yang menggabungkan band heavy metal popular Malaysia iaitu Official XPDC dan Cromok pastinya dinanti-nantikan peminat tegar kedua-dua band ini.

Kumpulan XPDC yang dianggotai oleh Mael (vokalis), Zuar (bass), Amy (dram) dan Jeff (gitar) bakal ‘berentap’ buat pertama kalinya dengan Cromok yang dibarisi oleh Sam (vokalis, bass), Karl (gitar) dan Miji (dram). Satu gandingan hebat dan menjanjikan sesuatu yang cukup menarik.

Apa yang menarik, kumpulan Cromok bakal membawa seorang tetamu khas dari Australia untuk konsert nanti. Beliau ialah Danny Kaleeda yang merupakan Pengurus asal Cromok ketika diawal penubuhan mereka di Australia dulu. Danny adalah individu penting yang banyak membantu Cromok sehinggalah majalah Hot Metal Megazine Australia menganugerahkan mereka ‘The Best Heavy Metal Band’ di Sydney pada 1990.
Danny juga adalah pengasas label Vampire Records di Australia dan memiliki stesen radio sendiri.

Pastinya ia menjanjikan sesuatu yang cukup menarik dan MAEPs pastinya bergegar dengan konsert yang akan bermula pada jam 8.30 malam itu. Zuar dalam satu temubual baru-baru ini berkata, konsert ini adalah satu penghormatan buat mereka dan hadiah untuk peminat. “Kami tidak sabar mahu menghiburkan peminat. Kami juga teruja beraksi dengan Cromok,” katanya.

XPDC juga akan menampilkan kelainan dalam persembahan mereka nanti terutama dari segi pemilihan dan susunan lagu. Antara segmen yang menarik ialah dram solo daripada Amy dan solo gitar menggandingkan Jeff dan Karl. Malah, kedua-dua band ini juga akan bergabung di atas satu pentas di penghujung konsert.

Image may contain: 2 people, people on stage and people standing

Image may contain: 3 people, people standing

Cabutan Bertuah Buat Pengunjung

Berita baik buat para penonton di mana mereka juga berpeluang memenangi hadiah gitar Ibanez GRX70QA tajaan Joe Savana Gamma Rock House menerusi cabutan bertuah. Selain itu penonton dan peminat juga berpeluang mendapatkan barangan cenderahati Cromok dan XPDC seperti kemeja-T, CD, VCD, pick gitar dan poster.

Menurut Faezatul, persembahan busking juga akan diadakan di tapak konsert Pintu 2 MAEPs bermula jam 12 tengah hari hingga 7 malam.

Harga Tiket

Peminat yang ingin mendapatkan tiket bolehlah melayari laman web www.ilassoticket.com dengan harga tiket bermula RM68 (thrash zone), RM120 (hardcore zone) dan RM250 (vip & backstage zone).

Tiket juga boleh didapati di XPDC Kita Peng Yu Shop (Uptown Kota Damansara) dan XPDC Bundle & Alteration Jeans (Kajang).

Keselamatan Dan Etika Sekitar Konsert Metal Legends

Dalam pada itu, Pengurus Operasi JMP Production Sdn Bhd, Faezatul Asykin Anuar yang juga wakil penganjur berkata, juga berharap penonton dapat menjaga etika dan disiplin supaya konsert dapat berjalan dengan lancar. “Konsert ini juga akan dirakam sepenuhnya oleh penganjur. Jadi, segala bentuk rakaman ‘live’ daripada penonton menggunakan kamera DSLR, kamera digital dan drone adalah dilarang sama sekali,” katanya.

Konsert Yang Bakal Menggegarkan MAEPs Serdang

Image may contain: 2 people, people standing
Puan Norafizah Rahman, Ketua Pegawai Operasi MARDI-MAEPS SDN BHD

Dua legenda heavy metal, Cromok dan XPDC bakal beraksi bersama secara live di konsert ‘Metal Legends Cromok – XPDC’ di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) pada 03.02.2018 nanti.

Susun atur pentas konsert sudah pun dilakarkan dan ianya akan terbahagi kepada 3 bahagian iaitu thrash zonehardcore zone dan juga VIP & Backstage zone di mana harga tiket adalah berbeza bagi setiap zon.

Alamat : 43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Tel : +603 8948 4699, Fax: +603 8948 4985
Laman Web : http://www.maeps.com.my/

Sejarah Kumpulan Cromok

Image may contain: 3 people, people smiling, people standing

Sejarah Kumpulan Cromok diambil dari https://ms.wikipedia.org/wiki/Cromok

Cromok merupakan sebuah kumpulan rock metal Inggeris Malaysia yang ditubuhkan pada 1986 (pra-Cromok) sebagaikan memenuhi masa lapang dengan Nik Ramzee dan Che Adnan sebagai ahli awal dan apabila Miji dan Mat Puck menyertai mereka, mereka menjadi lebih serius lalu menamakan kumpulan mereka Cromok pada 1987[1]. Mereka adalah terdiri dari empat orang pelajar Malaysia yang menuntut di University of Wollongong di Sydney, Australia. Ahlinya terdiri daripada Sam (Vocalist+Bassist), Din (Vocalist+Guitarist), Karl (Guitarist) dan Miji (Drummer). Sam merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Johor.

Sekembalinya ke tanahair, tiga dari mereka kecuali Din yang masih belum tamat pengajian telah menandatangani perjanjian dengan Valentine Records dan telah mengedarkan album Image of Purity yang dirakamkan sewaktu mereka masih berada di luar negara. Walaupun peminat muzik tanah air masih janggal dengan lahirnya sebuah band trash metal, album tersebut mendapat sambutan menggalakan sehingga terjual lebih 70,000 unit. Lagu ‘Metallurgical’ yang mengabungkan intro lagu tradisional ‘Ulek Mayang’ menjadi lagu paling menarik dan digilai peminat ketika itu. Din Cromok meninggal pada 1997.[2]

Cromok kemudiannya menyertai EMI Record pada 13 Julai 1993 bagi mengembangkan lagi sayap mereka. Album Forever In Time merupakan album paling berjaya Cromok dan terjual melebihi 100,000 unit. Album ini disifatkan lebih kepada metal kemelayuan.

Cromok seterusnya mengeluarkan album Yours Truly pada 18 Jun 1996, Mean, Meaner, Meanest (1999), Re-release Image of Purity (2000), What’s Left (2000), Deafening Silence (2002), Engrave in Eternity (kompilasi 2003), Untitled (2004), Untitled + raw (2005) dan The Great : Metal Manifest (2006).

Namun, pada tahun 2001 dengan rasminya Karl telah menarik diri dari menganggotai Cromok atas masalah kerjaya dan keluarga. Pengganti Karl pula bukan calang-calang gitaris tetapi Hillary Ang yang mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam muzik. Hillary pernah menyertai kumpulan SEARCH dan menjadi pemuzik undangan bagi artis ternama yang lain. Beliau sebenarnya telah bekerjasama dengan Cromok sejak album Mean, Meaner, Meanest tahun 1999. Hujung tahun 2006, Hillary kembali menyertai Kumpulan Search.

Sejarah Kumpulan XPDC

Image may contain: 4 people, people sitting and shoes

Sejarah Kumpulan XPDC diambil dari https://ms.wikipedia.org/wiki/XPDC

Ia dianggotai oleh Mael (Vokalis), Izo (Gitaris), Man Tobey (Bassis) dan Yazid (Drum). Kumpulan Tragedy hanya sempat menyiapkan 50% proses rakamannya apabila dua orang anggotanya iaitu Yazid dan Man Tobey telah menarik diri. Yazid dan Man Tobey telah digantikan dengan Lee Space dan Zuar. Nama kumpulan Tragedy kemudian ditukarkan kepada XPDC di atas nasihat penerbitnya J.S.Kevin.

Kumpulan XPDC mula mencipta nama dengan lagu mengeja “C.I.N.T.A” ciptaan Z.N. Kevin dan lirik oleh J.S.Kevin. Lagu tersebut pernah ke final Juara Lagu 1990 dengan persembahan mantap XPDC.

Pengunduran Mael penyanyi utamanya telah mengundang kontroversi yang paling hebat. Rata-rata peminat dan pengiat seni menjangkakan kumpulan XPDC ini akan berkubur. Namun nama XPDC masih tetap lagi bertahan dan menjadi lebih popular. Lebih uniknya album Brutal (album terakhir Mael bersama XPDC) ini telah terjual melebihi 350,000 unit satu pencapaian jualan album yang terbaik XPDC.

Ketiadaan Mael memberi ruang kepada Ali (bekas penyanyi Terra Rossa).Ali telah mula menggantikan Mael untuk persembahan pentas sejak album Kita Peng Yu dan ketika Album Brutal di rakam, Mael sudahpun meninggalkan XPDC dan persembahan pentas XPDC menggunakan Ali sebagai vokalis.

Amy yang mengalami kecelakaan jalanraya tidak berupaya memainkan lagu-lagu rancak lagi telah diganti sementara oleh Lola. Setahun selepas itu Lola secara rasmi menggangotai XPDC apabila Amy mengambil keputusan untuk menarik diri. XPDC dibawah pengurusan baru di bawah En Ahmad Nazri Hj Abdul Rahman bersama penyanyi utama mereka Ali,telah berjaya membina sebuah studio jamming dan latihan serta pejabat pengurusan XPDC di Taman Bukit Mewah, Kajang.

Line up Ali, Izo, Zuar dan Lola merupakan line up XPDC yang paling berjaya yang mana jadual XPDC sentiasa penuh setiap hari dengan persembahan dan mereka juga berjaya menembusi pasaran negara jiran, Indonesia. Gelaran ‘Raja Funfair’ dan ‘Metallica Malaysia’ di berikan kepada mereka.

Pemain gitar bass XPDC Zua mengundur diri kerana ingin membawa haluannya sendiri dengan menubuhkan Viper. Percubaan ini juga tidak berjaya dan album gagal, walaupun hasrat Zua untuk merakamkan album dan menyumbangkan vokal tercapai. Yan Lefthanded menggantikan tempat Zua sebagai pemain bass bagi kumpulan XPDC. Beliau bukanlah orang baru bersama XPDC sebaliknya turut berperanan ‘menghidupkan’ XPDC di belakang tabir sejak album Kita Peng-Yu.

Suasana Disekitar Persidangan Media Konsert Metal Legends

Image may contain: tree, outdoor and nature

Image may contain: 10 people, people smiling, people on stage and people standing
Gambar oleh : Marcus Osmand

Image may contain: 2 people, people smiling, people sitting and indoor

Image may contain: 2 people, people smiling

Image may contain: 5 people, people smiling, people standing

Info Terkini Mengenai Konsert

Untuk pertanyaan dan makluman lanjut, sila hubungi :

Bro Yazid XPDC – 011 35030241

Dreamstage – 017 2630437

Atau lawat laman web di http://www.dgrandstage.com

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s