Event

Perasmian Esklusif SkySymphony Dan Pertunjukan Tarian Singa Di Resorts World Genting


I am what I am……..

Tahun Baharu Cina disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di negara ini kerana ia  melambangan kelahiran tahun baharu mengikut kalendar lunar. Tahun Baharu Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama zodiak masyarakat Cina (bulan lunar dinamakan mengikut nama haiwan). 12 haiwan yang menaungi kalendar lunar adalah tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam, anjing dan khinzir (babi). Setiap haiwan membawa pengertiannya yang tersendiri.

Genting Highlands, 20.01.2018 – Resorts World Genting hari ini telah melancarkan satu pameran baru untuk menyambut Tahun Baru Cina yang bakal menjelang tiba iaitu pertunjukan SkySymphony yang bertemakan ‘Theatre of Lights and Sound’ di SkyAvenue dengan paparan skrin LED yang meliputi empat tingkat bangunan dan pergerakan 1,001 bola winch yang menyerlah dan bergerak untuk membentuk kisah yang berbeza untuk disampaikan kepada para pengunjung pada tahun ini.

Tarian Lapan Ekor Singa Di SkySymphony

Menurut Encik Kevin Tann yang merupakan Naib Presiden Promosi dan Hiburan di Resorts World Genting berkata, “Tahun Baru Cina adalah acara yang teristimewa di Resorts World Genting. Kami berbangga mempersembahkan kepada para pelancong dan pengunjung yang datang untuk melihat persembahan tarian singa yang merupakan acara tahunan setiap tahun.”

Pertunjukan yang bermula dengan bunyi ‘bang’ dan ditemani oleh lapan ekor singa dengan mempersembahkan tarian yang bertenaga dan hebat di tengah pentas sambil diperhatikan oleh para pengunjung yang semakin ramai memenuhi ruang legar SkySymphony. Di belakang wajah ‘singa’ tersebut adalah para pemain profesional yang mempamerkan kemahiran mereka.

Tarian singa yang memang sinonim dengan masyarakat Cina tidak dapat dipisahkan dengan pesta atau sebarang acara keraian sebagai simbolik yang dipercayai dapat membawa tuah kepada ahli keluarga atau pemilik organisasi selain menjadi hiburan serta menambah kemeriahan suasana. Untuk menambahkan keseronokan dan kemeriahan di suasana SkySymphony, enam replika Choy San Yeh atau ‘God of Prosperity’ telah muncul di atas pentas bersama singa untuk mengedarkan limau mandarin kepada para pengunjung sebagai tanda bertuah.

Image may contain: one or more people and people standing

Image may contain: one or more people and food

Image may contain: 1 person, smiling, standing

Image may contain: 10 people, people smiling, people standing and indoor

Image may contain: 4 people, people smiling, people standing

Pertunjukan SkySymphony Yang Bertemakan ‘Theatre of Lights and Sound’

Para pengunjung dipersembahkan dengan pertunjukan selama kira-kira lima minit, pertunjukan yang diselaraskan oleh paparan grafik audio, visual dan pergerakan bola winch yang merupakan pemasangan kekal bola winch yang terbesar dan tarikan winch multimedia yang pertama di dunia. Paparan skrin mempamerkan lagu-lagu dramatik yang hebat dan disertai dengan rentak kesan teater. Acara ini dimulakan dengan imej simbol yin dan yang dibentuk oleh bola winch di layar.

Huruf Cina dan unsur-unsur asas semulajadi di alam semesta seperti kayu, api, bumi, logam dan air masing-masing muncul dan mula berinteraksi. Dua belas binatang Zodiak Cina yang berbeza bagi setiap individu mengikut tahun yang dilahirkan dilihat bermain-main di atas layar. Kemudian ‘Choy San Yeh’ yang bersemangat telah muncul di skrin dan diikuti oleh Zodiak Anjing yang merupakan zodiak untuk Tahun Baru Cina pada tahun ini.

Image may contain: indoor

Image may contain: one or more people

Image may contain: one or more people

Image may contain: indoor

Image may contain: one or more people

Image may contain: 6 people, crowd

Suasana Kemeriahan Di Genting

Image may contain: 3 people, people smiling, people standing

Image may contain: 4 people, people smiling

Image may contain: 2 people, people smiling, outdoor

Pelbagai Acara Untuk Tahun Baru Cina Di Genting

No automatic alt text available.

Untuk tahun ini, Resorts World Genting telah menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik di sepanjang musim perayaan Tahun Baru Cina ini. Bagi mereka yang merancang untuk mengunjungi Genting, satu pertunjukan “Dog Dance” yang pertama di dunia bertajuk ‘The Prosperity of 9’ dengan mempersembahkan sembilan maskot anjing seperti husky, Rottweiler dan Gembala Jerman serta banyak watak lain. Juga akan ada ‘Choy San Yeh’ dan lapan ‘Pari Bunga’ yang cantik. Pertunjukan Tarian Singa Kwong Ngai kerana pada tahun ini Genting bakal menyambut tahun baru dengan lapan ekor singa emas dan pelbagai aksi akrobatik di SkyAvenue. Acara-acara ini bakal berlangsung dari 14 Februari hingga 4 Mac 2018 di lobi hotel di sekitar resort dan SkyAvenue.

Perarakan Tarian singa di Genting pada hari kedua Tahun Baru Cina iaitu 17 Februari  2018 oleh Persatuan Tarian Kuning & Naga Kun Seng Keng untuk persembahan khas. Pertunjukan bunga api yang menakjubkan akan dipersembahkan pada 15 Februari 2018, 23 Februari 2018 dan 2 Mac 2018 untuk membangkitkan kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina yang akan menyala di langit Resorts World Genting dari ketinggian 6000 kaki di atas paras laut.

Terdapat juga tiga acara lain iaitu pertunjukan SkySymphony untuk setiap setengah jam selepas setiap pertunjukan Tahun Baru Cina iaitu The Forest, Symphony Urban dan The Goddess. Pertunjukan ini bermula dari pukul 10.00 pagi hingga tengah malam setiap hari. Acara SkySymphony Tahun Baru Cina bermula dari 20 Januari 2018 hingga 4 Mac 2018.

Untuk maklumat dan info yang lebih lanjut sila hubungi +603 6101 1118 atau lawat laman web di http://www.rwgenting.com

Atau Facebook di https://www.facebook.com/ResortsWorldGenting

Image may contain: text

Advertisements

1 thought on “Perasmian Esklusif SkySymphony Dan Pertunjukan Tarian Singa Di Resorts World Genting”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s