My Recipes

Resepi Yang Mudah Dan Ringkas Untuk Makan Tengahari Dan Makan Malam


I am what I am…….

Mamable suka memasak sebenarnya. Cara memasak Mamable hanya campak-campak. Ikut rasa hati. Suka memasak cara yang simple dan senang.

Untuk hari ini, Mamable berkongsi serba sedikit resepi Mamable yang mudah dan ringkas untuk hidangan makanan tengahari. Resepi yang penuh dengan kasih dan sayang…..cewahhhhhhhh.

  • Kari Ayam Tanpa Santan
  • Sambal Tumis Tauhu
  • Sayur Sawi Goreng Biasa-Biasa

Resepi Masak Kari Ayam Style Mamable :

  1. Ayam seekor – dipotong kecil
  2. Ubi kentang – selalunya Mamable guna 3 biji dan dipotong kecil
  3. Serbuk kari ayam Babas – sepeket. Wajib rempah kari Babas
  4. Tomato – sebiji pun okey.
  5. Bawang putih, bawang merah dan cili kering – ambil beberapa ulas dan dikisar. Ikut suka hati.
  6. Asam jawa – dapatkan air perahan asam jawa
  7. Garam secukup rasa

Mula-mula tumiskan bahan-bahan yang dikisar tadi seperti bawang putih, bawang merah dan  cili kering. Kacau hingga ia naik bau.

Kemudian masukkan rempah kari ayam Babas dan sedikit air supaya senang untuk digaulkan. Selepas itu masukkan ubi kentang dan ayam. gaul hingga ia sebati.

Akhir sekali masukkan perahan air asam jawa dan garam secukup rasa. kemudian bolehlah siap untuk dihidangkan.

Image may contain: food

Image may contain: food

Resepi Sayur Sawi Goreng Biasa-Biasa :

  1. Sayur sawi – dipotong dan dibersihkan
  2. Bawang putih, bawang merah dan cili masak – dihiris
  3. Ikan Bilis – sedikit sebagai bahan perencah dan penyedap
  4. Sedikit air
  5. Garam secukup rasa

Mula-mula tumiskan bahan-bahan seperti bawang putih, bawang merah dan cili masak yang telah dihiriskan tadi. Gaul hingga ia naik bau.

Selepas itu masukkan sayur sawi yang telah dipotong dan dibasuhkan tadi. Kacau sebati dengan bahan yang ditumiskan. Masukkan air sedikit supaya ia berkuah dan garam secukup rasa.

Image may contain: food

Image may contain: food

Resepi Sambal Tumis Tauhu :

  1. Tauhu dalam 5 atau 6 keping – dibersihkan dan dipotong dalam bentuk kiub kepada empat bahagian
  2. Bawang putih, bawang merah dan cili kering – dikisar. Macam nak buat bahan sambal tumis ikan bilis
  3. Garam, gula dan perahan asam jawa secukup rasa.

Tauhu yang dipotong tadi digoreng dahulu hingga ia garing. Selepas itu, asingkan tauhu tersebut.

Baru tumiskan bahan-bahan kisar seperti bawang putih, bawang merah dan cili kering yang dikisar tadi. Tumis hingga ia naik bau. Kemudian masukkan garam, gula dan perahan asam jawa ikut secukup rasa. barulah masukkan tauhu yang telah digoreng tadi. Gaul hingga ia sebati. Perlahankan api supaya sambal tumis akan boleh tahan untuk beberapa hari. Ini adalah petua yang Mamable selalu amalkan ketika memasak sambal tumis.

Selamat mencuba……

Image may contain: food

 

 

Advertisements