Travel

Flag Off Peserta Road To Agro Tourism Siri 3 Dengan Bas Hop On Hop Off


Image result for majlis pelancongan malaysia

I am what I am…..

Kuala Lumpur, 01.02.2018 – Acara Flag Off dengan bas Hop On Hop Off dari Hotel Tamu & Suites ke MARDI-MAEPS Serdang pada hari kedua telah dirasmikan oleh Encik Uzaidi Udanis selaku Presiden Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) bersama Datuk Mohd Khay Ibrahim yang merupakan Pengarah Urusan Kumpulan Zikay. Disaksikan oleh Puan Rita (Ketua Bahagian Pemasaran -Hotel Tamu & Suites), Encik Amin Mohamad (Exco Majlis Pelancongan Malaysia) dan pihak Hop On Hop Off.

Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) telah menganjurkan program Road To Agro Tourism Siri 3 bersempena Hari Wilayah Persekutuan dan dijayakan bersama Perbadanan Kampong Bharu, Perbadanan Putrajaya, MARDI-MAEPS Serdang, Hotel Tamu & Suites, DSSM, Nafas Cube, Pulse Grande Group, Cyberview Resort & Spa, Hop On Hop Off, Universiti Putra Malaysia dan Jabatan Warisan Negara.

Dengan sokongan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan serta Kementerian Wilayah Persekutuan.

Bersama 50 rakan media menaiki bas Hop On Hop Off dan ia merupakan kali pertama menaikinya. Selalunya bas ini Mamable hanya melihatnya tetapi kini dapat merasa untuk menaikinya. Bersesuaian dengan objektif mempromosikan produk pengangkutan bagi pelancongan agro domestik yang menarik.

Perjalanan kami dengan bas Hop On Hop Off bermula dari perkarangan Hotel Tamu & Suites, Kampong Bharu hingga ke MAEPS Serdang. Sepanjang perjalanan kami diringi oleh kumpulan abang-abang bermotosikal berkuasa besar iaitu Marshall Bikers dan dua buah Cam Caravan.

Image may contain: one or more people, motorcycle and outdoor

Image may contain: 2 people, sky, tree and outdoor

Image may contain: car and outdoor

Image may contain: tree, sky, cloud, outdoor and nature

Image may contain: sky, bridge and outdoor

Image may contain: sky and outdoor

Bas Hop On Hop Off

Image may contain: one or more people and outdoor

Tidak dapat dinafikan jalan di kota raya metropolitan Kuala Lumpur ini kaya dengan kesesakkannya. Tetapi itu bukan permasalahannya, para pelancong tidak kira dari luar mahu pun dari dalam negara yang datang Kuala Lumpur pastinya tercari-cari alternatif yang terbaik untuk mendapatkan perkhidmatan pengangkutan yang terbaik antaranya ialah dengan menaiki bas Hop On Hop Off.

Adanya bas Hop On Hop Off ini, ia telah memudahkan urusan anda untuk meneroka segala keindahan yang ada di Kuala Lumpur tanpa perlu risau tentang bayaran minyak, tempat letak kereta dan sebagainya. Kembara tanpa perlu risau tentang pengangkutan ialah perkara yang selalu diimpikan oleh setiap orang termasuk Mamable.

Kini Hop On Hop Off menjadi pilihan ramai pengunjung yang datang ke Kuala Lumpur kerana ia membolehkan mereka berkunjung hampir 70 tarikan yang terdapat di sini.

Bas ini juga mempunyai kapasiti untuk 60 penumpang manakala 27 di tempat duduk tanpa bumbung dan bakal menikmati keindahan kotaraya Kuala Lumpur sambil merasa tiupan angin sepanjang perjalanan! Pada sesiapa yang memakai topi ala-ala pelancong pastikan anda memegangnya sepanjang perjalanan…hehehehehe.

Yang pertama di Malaysia, Hop On Hop Off Kuala Lumpur merupakan bas berbentuk ‘double-decked tour bus’ yang  memberikan peluang kepada para penumpang untuk naik dan turun di 23 hentian yang disediakan.

23 Hentian Hop On Hop Off

  • Hentian 1 – Matic Jalan Ampang
  • Hentian 2 – Menara Kuala Lumpur
  • Hentian 3 – Jalan P. Ramlee
  • Hentian 4 – Aquaria KLCC
  • Hentian 5 – Karyaneka, Kompleks Kraftangan dan Rumah Penghulu Abu Seman
  • Hentian 6 – Jalan Bukit Bintang
  • Hentian 7 – Tengkat Tong Shin
  • Hentian 8 – Petaling Street
  • Hentian 9 – Central Market
  • Hentian 10 – Little India
  • Hentian 11 – KL Sentral
  • Hentian 12 – Muzium Negara
  • Hentian 13 – Istana Negara
  • Hentian 14 – Bangunan Parlimen
  • Hentian 15 – Taman Burung
  • Hentian 16 – Muzium Seni Islam
  • Hentian 17 – Dataran Merdeka
  • Hentian 18 – Pertama Complex
  • Hentian 19 – PWTC
  • Hentian 20 – Monorail Titiwangsa
  • Hentian 21 – Taman tasik Titiwangsa
  • Hentian 22 – Ampang Park
  • Hentian 23 – Menara Berkembar Petronas KLCC

Waktu Operasi Bas Hop On Hop Off Kuala Lumpur

9.00 Pagi – 8.00 Malam (Setiap hari)

Info Hop On Hop Off Kuala Lumpur : 

Elang Wah Sdn Bhd, No. 17 – 1&2, Jalan 1/76,

Desa Pandan, 55100 Kuala Lumpur

03-92822713

Lawat laman web : http://www.myhoponhopoff.com

Facebook : klhoponhopoff

Instagram : klhoponhopoff

Toll Free Infoline : 1-800-88-5546

Image result for bas hop on hop off

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s