Review Hotel Tamu Dan Suites Yang Terletak Di Kampong Bharu, Kuala Lumpur


Image result for majlis pelancongan malaysia

No automatic alt text available.

I am what I am……

Kuala Lumpur, 31.01.2018 – Untuk trip kali ini, Mamable dijemput sekali lagi oleh Malaysia Tourism Council (MTC) untuk program Road To Agro Tourism Siri 3 Edisi Khas Kuala Lumpur-Putrajaya bersempena Hari Wilayah Persekutuan merupakan anjuran Malaysia Tourism Council (MTC) dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Kampong BharuTamu Hotel & Suites dan MAEPS, MARDI, Serdang.

Hotel Tamu & Suites Di Kampong Bharu

No automatic alt text available.

Ikon terbaru yang terletak  di Kampong Bharu, Kuala Lumpur telah membuka pintunya kepada para pengunjung.

Sebuah hotel yang diuruskan oleh Zikay Group sepenuhnya. Satu-satunya hotel 4 bintang di dalam Kampong Bharu. Hotel yang mempunyai 260 lebih bilik dengan kemudahan seperti kolam renang, ballroom, bilik seminar, 5 outlet F&B dan berbagai jenis bilik penginapan serta pakej-pakej untuk bermesyuarat dan seminar ditawarkan kepada para pengunjung.

Mamable dan rakan-rakan media yang lain telah dibawa melawat dan meninjau Hotel Tamu & Suites oleh Puan Rita (Director of Sales).

Image may contain: 1 person, standing

No automatic alt text available.

Bilik-Bilik Penginapan Yang Terdapat Di Hotel 

Bilik Standard – Katil Berkembar

Mamable bersama rakan sebilik iaitu Racheal Loh (Foodilifecious – Dr. Life) telah bermalam di bilik ini. Bilik bernombor 1704 yang terletak  di aras 17 menawarkan penginapan yang selesa dan luas. Kedatangan kami disambut dengan cenderahati daripada pihak pengurusan Hotel Tamu & Suites.

Untuk bilik Standard ini, terdapat dua pilihan katil iaitu katil bersaiz king dan berkembar. Harga bilik bermula RM250.00 untuk semalam.

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

Image may contain: people sitting and indoor

Image may contain: people sitting and indoor

Image may contain: drink and indoor

Image may contain: table and indoor

Bilik Deluxe

Hiasan kotemporari berona coklat membuatkan suasana bilik ini lebih relaks. Tidur ditemani pemandangan bangunan KLCC dan Menara Kuala Lumpur.

Harga bilik bermula RM280.00 semalam.

Image may contain: bedroom and indoor

Image may contain: indoor

Image may contain: sky, cloud and outdoor

Executive Suite

Bilik ini mempunyai ruang tamu dan bilik tidur yang berasingan. Ia memberi lebih keselesaan kepada para pengunjung. Hiasan kotemporari moden dengan mainan warna coklat dan biru.

Harga bilik bermula RM480.00 semalam.

Image may contain: bedroom and indoor

Image may contain: people sitting and indoor

Image may contain: indoor

Ballroom

Image may contain: indoor

Kolam Renang

Terletak di aras 14. Mamable rasa ini adalah kolam renang yang terbesar dan ia menghadap pemandangan Menara Berkembar Petronas dan Menara Kuala Lumpur.

Image may contain: sky, skyscraper, outdoor and water

Outlet F&B

Terdapat 5 Outlet F&B di Hotel Tamu & Suites iaitu :

  • TAMU JUNCTION P|L|A|C|E
  • Serambi Lounge
  • Pool Terrace
  • Suasana @ 27
  • TAMU SKY Lounge

TAMU JUNCTION P|L|A|C|E

Ruang santai yang ideal untuk bersembang mengenai perniagaan atau menghabiskan waktu petang yang relaks dan santai. Menawarkan pelbagai makanan istimewa Asia, ‘Street Food’ dan ‘Asian Specialities’ yang dihidangkan di dalam palet makanan yang funky dan terdapat 6 pilihan makanan istimewa yang dipilih dengan teliti dari sekitar negara Asia Tenggara. Signature Tamu Junction adalah hidangan ‘Teh Tarik’ yang unik dan terbaik.

Waktu Operasi 24 jam
Sajian Masakan Asia
Lokasi Aras 1 (Lobi)

Image may contain: people sitting, table and indoor

Serambi Lounge

Serambi Lounge ini menyajikan pelbagai jenis makanan tempatan dan antarabangsa. Pilihan kopi dan teh eksklusif terus ke meja anda dengan ‘trademark Food Palette’ yang terdiri daripada 6 jenis pencuci mulut tempatan dan tradisional seperti Chocolate Éclairs, Pavlova, Cream Puff, Buttered Croissants dan banyak lagi.

Waktu Operasi 12 tengahari – 1 pagi
Sajian English & Asia
Lokasi Aras 2

Pool Terrace

Pool Terrace terletak di tepi kolam renang, menawarkan ruang yang luas dan terbuka di mana tetamu dapat berkumpul. Kawasan yang dilindungi dan dikelilingi oleh panel kaca. Tiupan angin yang segar membuatkan kawasan ini tetap selesa sepanjang masa. Terdapat kaunter F & B yang dibuka pada siang hari untuk pengunjung serta pemilihan menu yang ringkas dan kreatif.

Waktu Operasi 12 tengahari – 7 petang
Sajian Asia dan Antarabangsa
Lokasi Aras 14

Suasana @ 27

Makan sambil menikmati pemandangan KLCC dan Menara Kuala Lumpur yang megah berdiri; Suasana @ 27 adalah tempat makan yang eksklusif merangkumi hidangan gastronomi yang lengkap dengan pelbagai masakan yang lazat dan teliti.

Waktu Operasi 6:30 petang – 11 malam
Sajian Asia dan Antarabangsa
Lokasi Aras 27

TAMU SKY Lounge

TAMU SKY Lounge merupakan tempat makan yang peribadi, selesa dan eksklusif. Ia menghidangkan sajian secara koktail kepada para pengunjung.

Waktu Operasi 6:30 petang – 12 malam
Sajian Antarabangsa
Lokasi Aras 40

Suasana Di Luar Hotel

Image may contain: people sitting, table and outdoor

Info : Hotel Tamu & Suites, Kuala Lumpur
120 Jalan Raja Abdullah
Kampong Bharu
50300, Kuala Lumpur

Lawat laman web : http://www.tamuhotel.com

Hubungi : 03-2603 1999

Facebook : https://www.facebook.com/tamuhotel

 

Image may contain: text

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s