Event, Travel

Sepuluh Ribu Langkah Berbusana Melayu Tradisional Di Kampong Bharu


Image result for majlis pelancongan malaysia

I am what I am…..

Kampong Bharu, 31.01.2018 – Bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2018, Program Road To Agro Tourism Siri 3 memilih Kuala Lumpur dan Putrajaya sebagai destinasi pelancongan agro.

Program ini dianjurkan oleh Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) dengan kerjasama daripada Perbadanan Kampung Baru (PKB), Perbadanan Putrajaya, Hotel Tamu & Suites, Perbadanan Putrajaya (PPJ) dengan sokongan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC), Cam Caravan, DSSM, Nafas Cube, MARDI-MAEPS, Cyberview Resorts & Spa, Rainforest Theatre PICC, serta Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP).

Pertunjukkan Silat Di Ruang Lobi Hotel

Selepas makan malam, Mamable bersama 50 rakan media, tetamu VIP dan agensi-agensi yang terlibat telah menyaksikan pertunjukkan silat daripada Persatuan Dunia Seni Silat Melayu (DSSM) cawangan Kuala Lumpur. Ini bertujuan bagi memartabatkan seni mempertahankan diri sebagai warisan kebangsaan yang dihormati dan disegani supaya ia tidak lapuk ditelan zaman.

Image may contain: 5 people, people dancing and shoes

Image may contain: 3 people, people standing

Image may contain: 17 people, people smiling, people sitting

10,000 Langkah Berbusana Melayu Tradisional Di Kampong Bharu

Berjalan-jalan di sekitar Kampong Bharu yang disertai hampir 300 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat setempat termasuk golongan kanak-kanak, remaja dan warga emas.

Bermula melangkah dari Hotel Tamu & Suites, Mamable bersama yang lain turut serta dalam acara ini. Yang menarik perhatian Mamable dan rakan media yang lain ialah sekumpulan lelaki yang segak berpakaian lengkap Melayu tradisional seperti pahlawan Melaka zaman dahulu manakala kaum wanita pula menggayakan pakaian tradisional seperti berbaju Puteri Perak yang indah lengkap dihiasi dengan hiasan di kepala. Setiap gaya  dengan nama tersendiri sejak zaman dulu menjadikan busana tradisional Melayu tidak lapuk ditelan zaman. Ini dapat mengetengahkan ciri -ciri dan keunikan di mata masyarakat.

Pintu Gerbang Kampong Bharu

Berdiri di bawah Pintu Gerbang Kampong Bharu yang mempamerkan rekabentuk lebar layar yang diukir dengan corak ukiran bermotifkan Bunga Teratai dan Daun Sayap.

Image may contain: 15 people, people smiling, people standing and outdoor

Kampong Bharu Syurga Makanan

Kami menyusuri jalan-jalan di sekitar Kampong Bharu yang banyak dibarisi kedai-kedai makan. Kampong Bharu merupakan penempatan awal masyarakat Melayu dengan kisah-kisah sejarah tanah air, juga ia diiktiraf sebagai `syurga  makanan’ serta seni budaya Melayu sekali gus mampu melonjak destinasi Kampong Bharu sebagai syurga makanan Melayu dan tradisional mampu merealisasikannya sebagai produk pelancongan baharu ibu negara.

Ini membuktikan peranan Kampong Bharu menjadi satu-satunya kawasan kampung warisan di tengah-tengah bandar yang memberi nilai tambah bagi mempromosikannya sebagai hab pelancongan makanan warisan.

Image result for nasi lemak antarabangsa
Kredit gambar : caridestinasi.com

No automatic alt text available.

Image may contain: 1 person, standing and outdoor

Rumah Kampung Tarikan Pelancong

Wujudnya rumah kampung yang dikepung bangunan moden dapat dipelihara kerana selain mengungkap sisi tradisional Kuala Lumpur, turut menjadi tarikan kepada pelancong asing malah jika dilihat perspektif lebih jauh, meninggalkan warisan untuk tatapan generasi mendatang.

Rupa-rupanya sehingga kini, terdapat tujuh kampung yang berada di bawah kawasan Kampong Bharu iaitu Kampung Periok, Kampung Masjid, Kampung Atas, Kampung Bawah, Kampung Hujong Pasir, Kampung Paya dan Kampung Pindah masih selamat dari menjadi korban pembangunan.

Malah ada juga rumah kampung di sini dijadikan sebagai lokasi penggambaran drama dan filem.

Kemudahan Pengangkutan Di Dalam Kampong Bharu

Image may contain: night and outdoor

Bubur Lambuk Dan Masjid Kampong Bharu

Sebut sahaja bubur lambuk, pasti ramai di kalangan kita sudah dapat membayangkan juadah istimewa ini yang laris pada bulan Ramadan. Ia juga satu nama yang amat sinonim dengan makanan tradisi di Kampong Bharu, Kuala Lumpur. Sentiasa menjadi sebutan pelbagai lapisan masyarakat di seluruh negara.

Image may contain: food

Image may contain: 2 people, outdoor

10 ribu langkah Mamable berakhir di Masjid Kampong Bharu. Sebuah program anjuran DSSM Malaysia di bawah kelolaan DSSM cawangan Kuala Lumpur berhasrat untuk terus membina sebuah jalinan bersama beberapa NGO gabungan. Dengan adanya aktiviti ini ia dapat mendokumentasikan satu kewujudan tradisi kesatuan budaya Melayu untuk digazetkan ke dalam kertas kerja dan bahan bukti DSSM ke UNESCO.

Info Dunia Seni Silat Melayu (DSSM) : 

duniasenisilatmelayu.blogspot.com

Image result for persatuan dunia seni silat melayu

Image may contain: one or more people, people standing and text

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s