Tempat Menarik Di Taman Warisan Pertanian


Image result for majlis pelancongan malaysia

I am what I am…..

 

Putrajaya, 01.02.2018 – Hari kedua Mamable mengikuti program Road To Agro Tourism 3 (RTA3) merupakan edisi khas Kuala Lumpur-Putrajaya bersempena Hari Wilayah Persekutuan. Program ini merupakan anjuran Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) dengan kerjasama Perbadanan Kampong Bharu (PKB), Perbadanan Putrajaya (PPJ) dan sokongan padu daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC), Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan Cam Caravan.

Turut bersama Mamable dalam program edisi khas ini ialah rakan media seramai 50 orang dan selebriti serta pengacara TV terkenal iaitu Maria Tunku Sabri sebagai hos untuk program ini.

Apa Yang Menarik Di Sini

Taman Warisan Pertanian merangkumi lebih kurang 35 ekar yang terletak di bahagian selatan Presint 16, Putrajaya. Seperti pada namanya, taman ini mempamerkan perkembangan tanaman komersil negara yang telah menyumbang kepada pertumbuban ekonomi negara seperti pokok getah, pokok kelapa sawit, kopi, teh, koko, buah-buahan, herba dan rempah ratus.

Terdapat lebih daripada 170 spesis tumbuhan dan pokok di kawasan yang berbukit dan menjadikan ia sebagai satu taman yang penuh dengan pengalaman yang interaktif dan berpendidikan di mana para pelawat boleh mempelajari dan menghayati warisan pertanian negara melalui demonstrasi aktiviti pertanian yang dijalankan  di dalam taman.

Menurut Puan Zarilla Bashir merupakan Pengurus Besar berkata, ‘pengunjung juga dapat menyaksikan aktiviti berkaitan pertanian secara langsung seperti penorehan dan pemprosesan getah di plot getah asal yang dahulunya sebahagian daripada  Estet Prang Besar. Salah satu tarikan di taman ini adalah plot sawah padi yang memberi peluang kepada pengunjung untuk mengetahui bagaimana padi ditanam dan dituai.

Ia memberikan satu pengalaman manis kepada pengunjung dengan pelbagai pokok buah-buahan yang dapat dilihat apabila bersiar-siar di taman. Antara buah-buahan yang terdapat di taman ini adalah cempedak, rambutan, pulasan, delima, jambu udara (air epal), buah sukun, petai, asam jawa, lada dan banyak lagi, tambahnya lagi.

Menurutnya lagi objektif utama adalah membangunkan taman ini adalah untuk mewujudkan kesedaran dan minat terhadap sejarah tanaman pertanian komersil negara di kalangan pelawat tempatan dan asing. Taman ini juga menawarkan pelbagai aktiviti dan program agro sepanjang tahun.

 

Image may contain: one or more people and indoor

Image may contain: one or more people, people standing, plant, bridge and outdoor

Image may contain: outdoor

Image may contain: 1 person, outdoor
Kami menaiki buggy untuk melawat di sekitar Taman Warisan ini

Image may contain: one or more people, people standing, tree, outdoor and nature

Ladang Buah-Buahan, Tanaman Herba, Rempah Ratus Dan Tanaman Industri

Sebanyak 180 pokok buah bermusim dan tidak bermusim, tanaman herba, rempah ratus dan tanaman industri ditanam di sini.

Antara pokok buah-buahan bermusim yang ditanam ialah durian, cempedak, langsat, rambutan dan mata kucing manakala antara pokok tidak bermusim pula ialah ciku, nangka serta jambu madu.

Image may contain: cloud, sky, tree, plant, outdoor and nature
Terdapat pelbagai tanaman buah-buahan

Image may contain: tree, plant and outdoor

Ladang Getah

Terdapat juga sebuah rumah replika penoreh getah. Di Taman Warisan Pertanian ini, khidmat pelancongan pendidikan dan demonstrasi boleh diberikan kepada kumpulan kanak-kanak atau pelajar jika ia diaturkan lebih awal. Diajar cara bagaimana pemprosesan susu getah dilakukan.

Image may contain: tree, sky, house, plant, grass, outdoor and nature
Rumah kampung di ladang kebun getah

Image may contain: tree, sky, plant, grass, outdoor and nature

Image may contain: tree and outdoor

Image may contain: outdoor
Mesin tradisional untuk proses susu getah
Image may contain: drink
Cuka asid yang digunakan dalam proses susu getah
Image may contain: outdoor
Kepingan getah yang dijemur

Taman Mini Madu Kelulut

Image may contain: plant, outdoor and nature

Image may contain: plant, tree, grass, outdoor and nature

Menara Tinjau

Image may contain: house and outdoor

Image may contain: sky, cloud, outdoor and nature

Image may contain: sky, cloud, outdoor and nature

Info Taman Warisan Pertanian

No 7, Jalan P16, Presint 16, 62150 Putrajaya.

Hubungi : 03-8887 7772

Waktu beroperasi : Setiap hari bermula jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang

Bagi menjayakan program RTAT3 ini, MARDI-MAEPS, Hotel Tamu & Suites, Bas Hop On Hop Off, Pulse Grande Group, Nafas Cube, Cyberview Resort & Spa, Universiti Putra Malaysia (UPM), DSSM, Rainforest Theatre PICC dan Jabatan Warisan Negara (JWN).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s