Tempat-Tempat Menarik Di MAEPS Dan Destinasi Pelancongan Agro Untuk Semua


Image result for majlis pelancongan malaysia

I am what I am……

Serdang, 01.02.2018 – Dengan menaiki bas Hop On Hop Off dari kotaraya metropolitan Kuala Lumpur ke Maeps Serdang merupakan julung-julung kalinya bagi para peserta rakan media seramai 50 orang dengan diiringi kumpulan motosikal berkuasa besar iaitu Marshall Bikers dan dua buah Cam Caravan.

Road To Agro Tourism 3 (RTA3) ini merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Majlis Pelancongan Malaysia (MTC). Edisi Kuala Lumpur-Putrajaya ini adalah bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan. Antara agensi-agensi yang bersama menjayakan adalah Perbadanan Kampong Bharu (PKB), Perbadanan Putrajaya (PPJ) dengan sokongan padu daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC) dan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP).

Sebanyak 30 destinasi pelancongan agro bakal dilawati dan bakal dipromosikan di dalam program RTA3 ini. Turut serta bersama merupakan seorang selebriti dan pengacara TV terkenal iaitu Maria Tunku Sabri sebagai hos program ini.

Image may contain: 2 people, people smiling

RTA3 turut bekerjasama dengan MARDI-MAEPS, Hotel Tamu & Suites, Bas Hop On Hop Off, Pulse Grande Group. Nafas Cube, Cyberview Resort & Spa, Universiti Putra Malaysia, DSSM, Rainforest Theatre PICC dan Jabatan Warisan Negara (JWN).

Taman Ekspo Malaysia Serdang (MAEPS)

Image may contain: sky, bridge and outdoor

Dengan slogan ‘Mencipta Memperkayakan Pengalaman Anda!’ telah meletakkan Taman Ekspo Malaysia Serdang (MAEPS) sebagai destinasi pelancongan agro trend terkini. Ia terletak di Serdang dengan keluasan 130 hektar, dikelilingi dengan keindahan taman dan tumbuh-tumbuhan yang menghijau dan digabungkan dengan kemudahan dewan serbaguna. MAEPS sememangnya ideal untuk penganjuran acara seperti pameran yang berskala besar, konvensyen, seminar, persidangan, mesyuarat juga acara-acara sosial seperti hari keluarga, majlis perkahwinan, aktiviti rekreasi, konsert dan sebagainya.

Kami telah disambut dengan mesra oleh Puan Norafizah Rahman selaku Ketua Pegawai Operasi dan beberapa kakitangan MAEPS. Kami juga telah dijamu dengan ‘tropical fruits’ yang segar oleh TF Net.

No automatic alt text available.

Image may contain: plant

Image may contain: table and food

Melawat dan berjalan-jalan di MAEPS ini amat bersesuaian dengan objektif dalam mempromosikan pelancongan agro yang merangkumi aktiviti pelancongan yang berkaitan dengan peladangan, pertanian, penternakan, perikanan, industri asas tani (makanan berproses & bukan makanan), perkhidmatan dan aktiviti yang berkaitan dengan hospitaliti dan pengurusan acara.

Image may contain: 1 person, smiling, standing, tree and outdoor

Image may contain: one or more people, sky and outdoor

Anda pernah bermain bowling dengan menggunakan buah kelapa? Mesti tidakkan. Di MAEPS kami telah diberi peluang untuk bermain bowling buah kelapa. Aktiviti ini merupakan salah satu objektif dalam mempromosikan acara yang bersifat ‘Agrotaimen’.

Taklimat Oleh Puan Norafizah Rahman

Menurut Puan Norafizah, tak cukup sehari nak melawat ke MAEPS ini. Dengan keluasan lebih kurang 130 hektar pasti sehari tidak mencukupi.

MAEPS merupakan salah satu penanda aras era baru dalam pembangunan indutri MICE. Ia juga merupakan tapak acara yang terbesar di Malaysia dan fleksibel iaitu merangkumi kawasan dewan pameran dan lokasi acara luar. Menurutnya lagi, terdapat 8 laman pertanian seperti herba, sayur, perikanan, padi, nanas, ternakan, jentera dan florikultur, bistro dan cafe, menara tinjau, taman rekreasi, trek berjogging, rumah-rumah negeri yang memaparkan budaya, sejarah, senibina, agro perniagaan bagi setiap 13 buah negeri di Malaysia.

Image may contain: 1 person, smiling, indoor

Image may contain: 5 people, people smiling, people standing and indoor

Kemudahan trem juga ada disediakan di kawasan MAEPS bagi memudahkan para pengunjung melawat tempat-tempat di dalam MAEPS.

Image may contain: 4 people, people smiling

Lawatan Ke House Of Kambing

Sememangnya ia adalah lokasi yang sangat ideal untuk memberikan pengalaman unik.

Image may contain: tree, outdoor and nature

Image may contain: sky, tree, cloud, outdoor and nature

Image may contain: sky, outdoor and nature

Image may contain: sky, cloud, tree, outdoor and nature

Image may contain: sky, cloud, tree, outdoor and nature

Image may contain: one or more people, outdoor and nature

Image may contain: one or more people and outdoor

Laman Herba

Image may contain: plant, tree, outdoor and nature

No automatic alt text available.

Image may contain: drink, coffee cup and indoor

Mamable dan yang lain diberi peluang untuk merasa sendiri minuman herba iaitu Jus Pegaga Limau Kasturi. Pada zahirnya memanglah nampak seperti pahit tetapi sebenarnya ia adalah sedap.

G2G Animal Garden

Image may contain: 1 person, smiling, bird and outdoor

Image may contain: 2 people, people smiling, outdoor

Image may contain: one or more people

No automatic alt text available.

Image may contain: outdoor

Image may contain: outdoor

Laman Herba

Image may contain: plant, tree and outdoor

Ladang Mini Kelulut

Image may contain: outdoor

Image may contain: plant and outdoor

Image may contain: plant, tree, outdoor and nature

Image may contain: plant, food and outdoor

Laman Padi

Image may contain: plant and indoor

Image may contain: indoor

Image may contain: 3 people, people smiling, people sitting

Makan Tengahari Nasi Bendang

Setelah puas kami  berjalan, kami telah dihidangkan Nasi Bendang yang ditaja oleh Q Caterer. Makan tengahari sambil menikmati pemandangan sawah padi merupakan satu pengalaman yang sukar untuk digambarkan.

Nasi Bendang merupakan hidangan signature di Maeps.

Image may contain: outdoor

Image may contain: table and food

Info MAEPS Management Sdn Bhd : 

MAEPS Management Sdn. Bhd., MAEPS Secretariat Building, MARDI Headquarters
43400

Hubungi : 03-8948 4699

Laman web : www.maeps.com.my

Facebook : https://www.facebook.com/maepsserdang/

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s