THYMOS Semburan Anti Sinus / Nasal Allergies Spray


I am what I am…..

Alkisah Mamable Apabila Bersin – Testimoni

Bukan sekali, tapi berkali – kali! Bagi anak-anak dan suami, bunyi bersin Mamable sudah menjadi irama biasa yang wajib berkumandang pada setiap pagi. Kalau tak dengar bunyi bersin, maknanya “dia tak de lah tu”. Tetapi untuk kes ini, Mamable dianggap sudah ‘parah’ sebab bersin Mamable siap dengan ‘pakej’ hidung berair dan mata berair serta gatal di seluruh muka.

Mamable sendiri salah seorang daripada pengidap alahan hidung. Setiap pagi sebaik bangun dari tidur ketika cuaca sejuk dan apabila angin dari kipas mengenai muka, hidung Mamable automatik akan mengeluarkan air. Mamable akan bersin berulang kali dan akhirnya menghembuskan hingus. Kemudian kawasan sekitar hidung dan berhampiran mata akan gatal. Mamable akan gosok bahagian tersebut dengan kain sehingga hilang rasa gatal dan puas.

Mamable juga alah kepada habuk. Setiap kali menyapu sampah hidung akan berair, mata akan gatal. Sebagai alternatif apabila nak mengemas rumah Mamable akan menutup muka dengan kain seperti ninja. Satu hal lagi yang membuat hidung Mamable gatal ialah belacan. Mamable memang suka makan sambal belacan, lepas makan bahagian atas tekak dan lelangit Mamable akan berasa gatal sangat. Mamable selalu menolak-nolak dengan lidah untuk mengurangkan kegatalan. Hidung dan sekitarnya juga jadi gatal. Walaupun begitu Mamable tetap juga makan sambal belacan. Hehehe..

Image result for bersin
Gambar oleh : Google

Simptom yang sering kali Mamable alami :

  • kerap bersin dan selsema termasuk hidung tersumbat pada waktu pagi.
  • rasa gatal di bahagian hidung dan kadang-kadang akan melibatkan rasa gatal pada mata, telinga lelangit dan tekak.
  • simptom semakin jelas jika Mamable terdedah kepada persekitaran yang berhabuk, debunga, asap perubahan cuaca dan bulu kucing.

Resdung?

Image result for resdung
Gambar oleh : Prof Hafiz
Image result for resdung
Gambar oleh : UtaraNews

Masalah ini lazimnya sering dikaitkan dengan alahan hidung atau dalam istilah masyarakat Malaysia memanggilnya sebagai resdung; iaitu merujuk kepada masalah berkaitan selesema, bersin, gatal di muka dan hidung termasuk mata. Resdung yang tidak dirawat akan membawa kepada implikasi lain. Rakyat Malaysia sering memandang ringan perkara ini sedangkan wujud perbezaan antara masalah selsema dan resdung. Selsema lazimnya berlaku beberapa bulan sekali, manakala resdung berlaku lebih kerap hampir setiap hari terutama waktu pagi atau malam. Bayi atau kanak-kanak lebih mudah terkena alahan hidung memandangkan mereka masih belum imun dengan masalah ini berbanding orang dewasa.

ADAKAH KAMU TAHU? Apabila kita tidur, kita pasti berpeluh dengan banyak. Seseorang boleh berpeluh sehingga satu liter dan dengan itu ia mewujudkan pembiakan patogen dan tungau.

TAHUKAH ANDA? Pneumonia merupakan jangkitan pada paru-paru dan ia disebabkan oleh bakteria, virus atau kulat. Kira-kira sejuta kanak-kanak mati akibat Pneumonia setiap tahun. Asma pula disebabkan oleh bakteria Mildews dan hampir 50 juta orang di seluruh dunia menghidap sakit Asma. Semburan alahan Sinus / Hidung THYMOS adalah semburan mengelakkan alahan hidung anda dalam masa 3 hari dan ia memberi perlindungan terhadap penghidap Pneumonia & Asma.

Semburan THYMOS Mengubah Segalanya

Bagaimana alergi saya boleh hilang?

Mamable perasan sejak dua tiga hari, walaupun kipas angin di pasang nombor 3 (kipas melekap di dinding cap Panasonic) memang menghala ke muka sebab rumah setingkat kami memang panas, Mamable tetap ok malah hidung langsung tak berair. Dah tak bersin di waktu pagi. Malah Mamable juga ada semburkan THYMOS ke baju dan bantal anak-anak dan Papable sebelum mereka tidur. Dengan penggunaan selama 3 hari, kini Mamable bebas dari alahan hidung. Malah kami kini lebih sihat, bersih dan bahagia.

Dengan hanya semburan THYMOS ia mengubah segala-galanya! Dengan teknologi jangka panjang 12 jam, semburan THYMOS Anti Sinus/ Nasal Allergies Spray memberikan anda 100% perlindungan dan gaya hidup kebebasan tanpa alkohol, dan penggunaan bahan-bahan kimia toksik, wangian, ataupun steroid!

Semburan THYMOS yang merupakan Anti Sinus/ Nasal Allergies Spray memberikan perlindungan muktamad terhadap patogen selama 12 jam dan ia juga berfungsi seperti antibodi buatan manusia untuk anak kecil anda dan juga diri anda.

Teknologi “Self Sanitizing” (pembersihan automatik) yang telah dipaten ini mengandungi mineral aktif berkualiti tinggi yang menghasilkan ion negative bakterostatik yang menyahfungsikan dan memusnahkan kuman-kuman, patogen dan allergen sebelum ia berpeluang menyerang. Mineral aktif ini akan cas semula secara automatik apabila terdedah kepada udara, maka sekali semburan boleh tahan 12 jam.

THYMOS menawarkan perlindungan tanpa menjejaskan gaya hidup kita. Bermula dari taman permainan ke sekolah, pejabat, penggunaan pengangkutan awam, restoran, atau di mana saja anda berada dan akhirnya ke rumah.

Hanya dengan semburan THYMOS, ia adalah cara yang amat berkesan untuk memulihkan kehidupan anda dan mengelakkan alergi. THYMOS telah terbukti secara klinikal dan makmal diuji untuk mengurangkan alergi yang disebabkan oleh patogen dengan membunuh 99.999% daripada Aspergillus, Candida, MRSA, Virus Influenza A, MERS-CoV, Kulat dan Patogen Tahan Antibiotik.

Yang paling best ialah semburan THYMOS ini didatangkan dalam bentuk botol seperti maskara, ia mudah alih, ia bersaiz comel, senang untuk dibawa ke mana-mana dan ia juga sesuai untuk semua jenis pengguna.

No automatic alt text available.

Image may contain: plant and outdoor

Image may contain: makeup

Image may contain: text

Image may contain: 1 person, smiling

Image may contain: 1 person

Di Mana Semburan THYMOS Boleh Didapati?

Pertanyaan / pembelian boleh menerusi info THYMOS :

Lawat laman web THYMOS di http://www.thymosglobal.com

Facebook : https://www.facebook.com/thymos.uk

Instagram : https://www.instagram.com/thymos.global

Atau ikut saja cara Mamable, pembelian terus hanya dari Farmasi Guardian Malaysia dengan harga original RM75.00 seunit tetapi kini harga pengenalan RM69.90 seunit. Hanya boleh didapati di Farmasi Guardian Malaysia sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s