Lawatan Ke Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Di Putrajaya


Image result for majlis pelancongan malaysia

I am what I am……

Putrajaya, 01.02.2018 – Dengan menaiki bas Hop On Hop Off dari kotaraya metropolitan Kuala Lumpur ke Maeps Serdang selepas itu ke Putrajaya adalah julung kalinya bagi para peserta rakan media seramai 50 orang dengan diiringi kumpulan motosikal berkuasa besar iaitu Marshall Bikers dan dua buah Cam Caravan.

Sebenarnya ini merupakan kali pertama Mamable melawat Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin atau pun lebih dikenali sebagai “Masjid Besi” di kalangan pengunjung. Masjid ini diambil sempena nama Seri Paduka Baganda Yang Di-Pertuan Agong XIII, Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidine Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin ini dibina pada 05.04.2004 dan telah diserahkan pengurusannya kepada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 19.08.2009.

Masjid ini terletak di Presint 3 Putrajaya bertentangan Istana Kehakiman atau ‘Palace Of Justice’. Lokasi masjid yang strategik dan menarik di tapi tasik Putrajaya akan menjadi tartan pengunjung dari dalam dan luar negara. Kilauan limpahan cahaya lampu pada waktu malam pastinya akan membuatkan pemandangan bertambah indah bagi pengunjung yang menginginkan kedamaian dan ketenangan jiwa.

Masjid Besi ini boleh memuatkan 20,000 orang jemaah dalam satu masa. Masjid ini dibina bertujuan sebagai pusat ibadat yang selesa dan pusat perkembangan ilmu kepada masyarakat sekitar dan luar negara. Ia turut berperanan dalam menyebarkan usaha dakwah serta menjadikannya sebagai sebuah institusi pelancongan ibadah antarabangsa.

Merupakan satu-satunya masjid yang pembuatannya menggunakan 6000 tan besi atau 70 peratus bahan binaan dengan baki 30 peratus konkrit.

No automatic alt text available.

Konsep Rekabentuk

Rekabentuk dalaman yang unik masjid ini, dengan tulisan ayat-ayat Al-Quran yang dilakarkan dalam lapisan kaca setinggi 13 meter yang ideanya terhasil daripada campuran kesenian Jerman dan China. Bahagian kanan cermin dinukilankan ayat 40-47 surah Ibrahim manakala dibahagian kiri ayat 148-153 surah Al-Baqarah. Pintu utama menuju ke ruang solat utama pula kelihatan ayat 80 surah Al-Isra’ dan pintu gerbang utama diperbuat daripada binaan konkrit putih yang dilatari tulisan kaligrafi nama Asma’Ul-Husna.

Kubah masjid ini diperbuat daripada besi tahan karat, dewan solat utama dikelilingin dengan marshrabiyah screen yang terdiri daripada “lattice” dan “architectural” metallic wailling screen yang berfungsi sebagai telus cahaya dan angin.

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

Image may contain: night and outdoor

Image may contain: sky and cloud

Image may contain: grass, sky and outdoor

Image may contain: indoor

Image may contain: shoes and indoor

No automatic alt text available.

Waktu Beroperasi

No automatic alt text available.

Program Road To Agro Tourism Siri 3

Road To Agro Tourism 3 (RTA3) ini merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Majlis Pelancongan Malaysia (MTC). Edisi Kuala Lumpur-Putrajaya ini adalah bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan. Antara agensi-agensi yang bersama menjayakan adalah Perbadanan Kampong Bharu (PKB), Perbadanan Putrajaya (PPJ) dengan sokongan padu daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC) dan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP).

RTA3 turut bekerjasama dengan MARDI-MAEPS, Hotel Tamu & Suites, Bas Hop On Hop Off, Pulse Grande Group. Nafas Cube, Cyberview Resort & Spa, Universiti Putra Malaysia, DSSM, Rainforest Theatre PICC dan Jabatan Warisan Negara (JWN).

Info Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin :

masjidtuankumizan.gov.my

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin
No. 25 Jalan Tunku Abdul Rahman
Presint 3
62100 Putrajaya
Tel : 03 8880 4300  Faks : 03 8890 1614

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s