I am what I am…..
Serdang, 01.02.2018 – Sektor pelancongan agro ketika ini semakin mendapat tempat dalam kalangan warga di negara ini. Lihat sahaja destinasi pelancongan agro yang dibangunkan oleh agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi berkaitan pertanian, mahu pun orang perseorangan. Kesedaran masyarakat akan kepentingan keselamatan makanan, makanan sihat, organik, pertanian yang juga menjadi sebahagian daripada sumber perniagaan menjadikan sektor itu kian diminati.
Menyedari potensinya yang kian meningkat itu, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) turut membangunkan kemudahan berupa tapak penginapan khas yang dikelilingi ladang-ladang produk penyelidikan berkaitan pertanian dan dusun di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Serdang, Selangor.
Tapak penginapan berkonsepkan santai, Nafas Cube di MARDI telah menjadi tarikan kepada pengunjung dan ia merupakan cetusan idea Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang mahu keunikan ditampilkan.
Nafas Cube menggabungkan tiga konsep utama dalam pembinaannya iaitu kontena, culvert dan khemah bagi memberikan suasana santai dan sentuhan kontemporari. Nafas Cube di MARDI telah diuruskan sepenuhnya oleh Nafas. Mereka menyasarkan golongan belia sebagai prospek utama memandangkan terdapat pelbagai aktiviti-aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sekitar kawasan penginapan.
Nafas Cube Di Mardi
Nafas Cube menempatkan tujuh buah kontena, sepuluh culvert dan sepuluh khemah yang mampu menempatkan 56 pengunjung pada satu-satu masa. Walaupun dibina menggunakan barang-barang terpakai, namun keselesaan pelanggan tetap menjadi keutamaan. Pelbagai kemudahan disediakan seperti katil, hawa pendingin, kipas, ruang solat dan bilik air bergantung kepada jenis penginapan.
Harga Penginapan Nafas Cube
Harga penginapan satu malam bagi :
- Tube – 10 unit – RM120.00 semalam untuk hari biasa dan RM150.00 semalam untuk hujung minggu
- Premium – 1 unit – RM200.00 semalam untuk hari biasa dan RM250.00 semalam untuk hujung minggu
- Keluarga – 1 unit – RM200.00 semalam untuk hari biasa dan RM250.00 semalam untuk hujung minggu
- Bilik Eksekutif – 3 unit – RM150.00 semalam untuk hari biasa dan RM180.00 semalam untuk hujung minggu
Suasana Di Nafas Cube
Tapak Untuk Cam Caravan Di Nafas Cube
Kemudahan Di Nafas Cube
Bilik Kami – Mamable Dan Racheal Loh
Road To Agro Tourism Siri 3
Road To Agro Tourism 3 (RTA3) ini merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Majlis Pelancongan Malaysia (MTC). Edisi Kuala Lumpur-Putrajaya ini adalah bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan. Antara agensi-agensi yang bersama menjayakan adalah Perbadanan Kampong Bharu (PKB), Perbadanan Putrajaya (PPJ) dengan sokongan padu daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC) dan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP).
RTA3 turut bekerjasama dengan MARDI-MAEPS, Hotel Tamu & Suites, Bas Hop On Hop Off, Pulse Grande Group. Nafas Cube, Cyberview Resort & Spa, Universiti Putra Malaysia, DSSM, Rainforest Theatre PICC dan Jabatan Warisan Negara (JWN).
Info Nafas Cube :
Jalan MAEPS 4/1, 43400 Serdang, Selangor
Facebook : http://www.facebook.com/pertubuhanpeladangkebangsaan
Instagram : www.instagram.com/nafasHq
Jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi atau whatsapp :
Encik Syazwan : 017 480 0473
En Khairil : 012 342 3364
En Hafeez : 017 594 9580