I am what I am…..
Putrajaya, 02.02.2018 – Susuk tubuh seekor kuda berwarna coklat kegelapan menonjolkan karakternya yang berani dan gagah. Lirikan mata dan jeliran lidahnya seakan-akan tidak sabar untuk ditunggang di padang.
Taman Ekuestrian Putrajaya di Presint 5, telah menempatkan 100 ekor kuda termasuk kuda persendirian. Taman ini diuruskan oleh Pulse Group. Terdapat pelbagai jenis kuda dengan kebanyakannya diimport dari England, Argentina dan Arab Saudi. Antaranya daripada baka Anglo-Arab, Throughbred dan Warmblood.
Menurut Encik Azimin, Taman Ekuestrian Putrajaya telah menawarkan pelbagai aktiviti berkuda, taman ekuestrian yang bertaraf antarabangsa ini bagai satu lagi sisi menarik Putrajaya yang semakin mendapat perhatian. Apatah lagi taman ekuestrian ini bakal menjadi arena acara ekuestrian bagi kejohanan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) yang lepas.
Taman Ekuestrian Putrajaya
Selama ini Putrajaya lebih dikenali sebagai pusat pentadbiran kerajaan dan aktiviti riadah seperti berbasikal. Aktiviti berkuda pula bukan sahaja digunakan untuk kegiatan sukan berkuda ekstrem bahkan untuk tunggangan santai dan pembelajaran.
Lokasinya yang strategik dengan landskap menarik di pinggir tasik yang cantik menjadi daya tarikan utama pusat ekuestrian ini dan menjadi gelanggang bagi acara berprestij di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Taman Ekuestrian Putrajaya dibuka sejak 2006 namun popularitinya semakin memuncak apabila ia dikomersialkan dengan penjenamaan semula pada Ogos tahun lalu. Pengurus Ekuestrian dan Rekreasi, Taman Ekuestrian Putrajaya, Encik Azimin berkata, pada awal pembukaannya pada 2006, taman ekuestrian ini hanya untuk ahli kelab.
Diiktiraf Yang Terbesar Di Malaysia Dan Asia Tenggara
Kewujudan Taman Ekuestrian Putrajaya ini boleh dikatakan sebagai pelengkap kepada semua aktiviti bersukan di sini. Padang Taman Ekuestrian Putrajaya diiktiraf sebagai padang ekuestrian terbesar di Malaysia dan Asia Tenggara. Piawaian padangnya juga mendapat pengiktirafan Persatuan Polo Malaysia dan bertaraf antarabangsa.
Keluasan Taman Ekuestrian Putrajaya ialah 28 hektar, untuk sukan polo sahaja seluas 7 hektar. Kuda-kuda di sini juga dilatih mengikut kelebihan dan keunikan masing-masing seperti untuk kegunaan sukan polo atau lompatan kuda. Keunikannya di sini, pihak Taman Ekuestrian Putrajaya turut menyediakan kemudahan stable atau tempat penginapan dengan kadar sewa RM2,500 sebulan termasuk makanan dan jaga kecantikan.
Waktu Operasi Dan Bayaran Joy Ride
Bagi mereka yang ingin menunggang kuda, di sini Mamable ingin berkongsi bayaran untuk ‘Joy Ride’ ini.
Dewasa – RM15.00 harga bersih
Kanak-kanak – RM10.00 harga bersih
Waktu operasinya ialah pada hari Selasa hingga Ahad – 4.30 petang hingga 6.30 petang bertempat di area ‘paddock’.
Untuk info lanjut sila hubungi 019-9307794 atau email ke enquiry@tep.my
Waktu Operasi Dan Lawatan Ke ‘Stable’
Terdapat 2 pakej disediakan bagi mereka yang ingin melawat ‘stable’ kuda.
Pakej A (hanya lawatan sahaja) : RM15.00 harga bersih untuk seorang.
Pakej B (lawatan dan makan) : RM25.00 harga bersih untuk seorang.
Ada 6 peringkat di dalam lawatan ‘stable’ ini, antaranya :
- ‘Horse 101’
- ‘Grooming Session’
- ‘Feeding Session’
- ‘Saddle Up’
- ‘Snack Time’
- ‘Yeah! Mission Accomplished’
Waktu operasi ialah pada hari Selasa hingga Ahad pada pukul 8.30 pagi hingga 11.00 pagi dan 4.00 petang hingga 6.30 petang.
Untuk maklumat dan info lanjut sila hubungi 019-9307794 atau email ke enquiry@tep.my
Tertakluk pada terma dan syarat.
Suasana Makan Tengahari Di Rallegra

Road To Agro Tourism Siri 3 – Kuala Lumpur-Putrajaya
Road To Agro Tourism 3 (RTA3) ini merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Majlis Pelancongan Malaysia (MTC). Edisi Kuala Lumpur-Putrajaya ini adalah bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan. Antara agensi-agensi yang bersama menjayakan adalah Perbadanan Kampong Bharu (PKB), Perbadanan Putrajaya (PPJ) dengan sokongan padu daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC) dan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP).
RTA3 turut bekerjasama dengan MARDI-MAEPS, Hotel Tamu & Suites, Bas Hop On Hop Off, Pulse Grande Group. Nafas Cube, Cyberview Resort & Spa, Universiti Putra Malaysia, DSSM, Rainforest Theatre PICC dan Jabatan Warisan Negara (JWN).
Info Taman Ekuestrian Putrajaya :
Presint 5, Putrajaya, 62200 Wilayah Persekutuan
Laman web : www.tep.my
Hubungi : 019-930 7794
Facebook : https://www.facebook.com/PutrajayaEquestrianPark