Diamond Sapindus Soap : Kecantikkan Dari Hujung Rambut Hingga Ke Hujung Kaki


I am what I am……

Wah, gebunya kulit wajah dia. Inilah ayat yang sering terlintas dalam hati setiap kali memandang wajah orang yang bersih daripada sebarang cela. Bukan wajah wanita saja, kerana kini semakin ramai lelaki yang mempunyai kulit muka yang mulus. Hakikatnya untuk memiliki kulit wajah cantik bersih bukanlah sesuatu perkara yang boleh dilakukan dengan sambil lewa. Disiplin diri dalam mencuci wajah menggunakan pencuci muka amat diperlukan bagi mendapatkan hasil diinginkan.

Mencuci muka merupakan rutin yang wajib dilakukan, terutama bagi mereka yang memakai makeup, mereka yang melakukan aktiviti luar, atau mereka yang sering berpeluh.

Mamable berpeluang menggunakan DIAMOND SAPINDUS SOAP. Sabun luarbiasa yang sesuai untuk digunakan dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki. Oleh kerana ia adalah sabun yang luarbiasa, Mamable ingin kongsikan pengalaman Mamable semasa menggunakannya.

No automatic alt text available.

Alkisah Mamable : Testimoni Menggunakan DIAMOND SAPINDUS SOAP

Mamable mempunyai kulit yang sensitif dan susah nak cari pencuci muka yang bersesuaian dengan Mamable. Silap sikit, mulalah jerawat menyerang. Stress tau………….

Nak dijadikan cerita……ketika mengikuti trip MTC untuk program Road To Agro Tourism 3, Mamable memberanikan diri untuk mencuba DIAMOND SAPINDUS SOAP ini. Dengan rekomen dan bantuan daripada Racheal Loh, rakan media dan juga rakan sebilik Mamable. Sebelum tidur, Mamable pun menggunakan sabun tersebut untuk mencuci muka.

Sabun empat segi dan warnanya yang seperti jongkong emas sebenarnya mempunyai 1001 rahsia. Hanya masukkan sabun tersebut ke dalam jaring selepas itu gosok sabun dengan air hingga mengeluarkan buih.

Kemudian sapukan buih tersebut ke muka. Mamable boleh rasakan ia meresap masuk ke liang-liang muka Mamable. Tunggu hingga 3 minit dan barulah Mamable basuh muka.

Kalau nak tahu, buih-buih sabun tersebut boleh dijadikan masker. Tak percaya…cubalah beli sabun ini dan cuba rasainya sendiri. Jangan nanti menangis tepi bucu katil  bila tengok kulit muka Mamable muda jelita.

Jom singgah video Mamable sambil menggunakan Diamond Sapindus Soap https://www.facebook.com/rosmawatiaboohassan.roselst=100001008490450%3A100001008490450%3A1519306235

Image may contain: 1 person
Kredit gambar : Racheal Loh (Foodilifecious & DrLife). Sabun yang sesuai untuk dijadikan masker

Kenali DIAMOND SAPINDUS SOAP

DIAMOND SAPINDUS SOAP  yang diperbuat daripada Sapindus Genus. Kalau nak tahu Sapindus Genus ini bertindak sebagai anti-bacterial, anti-inflammatory dan anti-itching. Senang cerita sabun ini amat sesuai untuk kegunaan seisi keluarga, sesuai untuk semua jenis kulit terutama bagi mereka yang mempunyai kulit yang sensitif dan berita baiknya ia tidak menyebabkan rensangan pada kulit.

Sabun empat segi yang didatangkan dengan bungkusan kotak keemasan seperti jongkong emas. Bungkusannya yang selamat dengan sabun yang dibungkus dengan plastik serta tarikh luput di dalamnya. Disediakan juga beg berjaring  untuk diletakkan sabun di dalamnya.

DIAMOND SAPINDUS SOAP sangat baik untuk mencerahkan wajah, mencegah pertumbuhan jerawat, sebagai agen pelindung dari sinaran matahari, sabun anti penuaan, terbaik untuk menghaluskan wajah dan badan. Juga sesuai untuk anti kelemumur dan rambut gugur.

Image may contain: text

Image may contain: food

No automatic alt text available.

 

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

Daya Tarikan Dan Kelebihan Diamond Sapindus Soap

Mengapa Mamable menyukainya :

  • Anti-bakteria, anti kelemumur dan anti-rambut gugur
  • Membantu menyingkirkan kuman semasa mandi membuatkan badan lebih wangi dan harum
  • Sabun yang bersifat semulajadi, serta rendah alkali dengan pH 7.5 membuatkan kulit lebih halus dan lembut serta ia mengecilkan pori-pori muka dan ia juga anti-penuaan
  • Kulit muka lebih gebu dan berkilau
  • Dapat memudarkan parut dan mengecutkan jerawat, mengurangkan kedutan, mengurangkan garis halus dan tona tak sekata
  • DIAMOND SAPINDUS SOAP  100% diperbuat daripada bahan semulajadi , tiada campuran bahan kimia beracun dan paraben. Sabun yang mesra alam.
  • Sabun yang sesuai digunakan dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki. Boleh dijadikan sabun mandi, pencuci muka, syampu rambut dan juga digunakan sebagai ubat gigi.

Info Diamond Sapindus Soap : 

76 Tingkat 1, Jalan S2 B21, Pusat Dagangan Seremban 2, Seremban

Untuk pertanyaan dan info lanjut sila hubungi 0133683051 atau lawat laman web www.cm3premium.com

Facebook : https://www.facebook.com/cm3premium

Image may contain: text

No automatic alt text available.

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s