Chesse-Sang Cheesy Bites Hidangan Baru Pizza Hut Sempena Tahun Baru Cina


Image may contain: food

I am what I am……..

Petaling Jaya, 12.02.2018 – Dah lama juga tak makan Pizza Hut….sekali dapat jemputan daripada rakan media iatu Reef atau namanya Shariffudin Azhar Omar rasanya seperti bulan jatuh ke riba. Tanpa berlengah terus kata ‘YES’ untuk pelawaannya. Sempena pelancaran pizza terbaru ini, Pizza Hut telah menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk turut serta berkongsi kegembiraan dengan orang tersayang.

Cheese-Sang Cheesy Bites hidangan penuh keriangan untuk dinikmati pada musim Tahun Baru Cina yang lepas merupakan yang pertama kalinya bagi Pizza Hut Malaysia merupakan rangkaian pizza nombor 1 Malaysia.

Pizza edisi terhad ini boleh didapati di seluruh negara pada bulan Januari dan Februari 2018 melalui servis dine-in, penghantaran ataupun take-away.

Cheese-Sang Cheesy Bites

Cheese-Sang Cheesy Bites dilengkapi dengan lapan belas kerak pizza penuh dengan keju cedar dan mozarela diikuti udang tempura yang rangup dan nenas yang dihidangkan di atas sos telur masin keemasan.

Ketua Pegawai Eksekutif QSR Brands (M) Holdings Bhd iaitu Merrill Pereyra berkata, “Sebagai rangkaian pizza terkemuka di Malaysia, kami bangga kerana dapat menjadi jenama yang mengeratkan hubungan ramai orang dengan berkongsi saat gembira sambil menikmati pizza yang enak bersama-sama. Matlamat kami tetap sama untuk perayaan Tahun Baru Cina pada tahun ini.

Bersempena musim perayaan yang bakal tiba pastinya anda dapat melihat orang ramai mengambil bahagian dalam tradisi ‘Yee Sang’ yang dikenali sebagai hidangan yang melambangkan kemakmuran untuk menyambut Tahun Baru. Pada musim perayaan inilah keluarga dan rakan-rakan akan berkumpul untuk menikmati ‘Yee Sang’ untuk menandakan permulaan tahun yang baru. Cheese-Sang Cheesy Bites diilhamkan dari tradisi ini dan gabungan konsep ‘Yee Sang’ dengan pizza.

Ini merupakan cara mereka tersendiri untuk membawakan kegembiraan kepada pelanggan. Dikongsi dengan sesiapa pun tanpa mengira bangsa dan agama dan kami percaya itulah caranya untuk kita meraikan perayaan ini bersama semua rakyat Malaysia melalui Cheese-Sang Cheesy Bites,”tambahnya lagi.

Image may contain: food

Image may contain: food

Image may contain: food

Image may contain: food and indoor

Image may contain: food

Sambut Tahun Baru Bersama Pizza Hut

Pada Tahun Baru Cina ini, Pizza Hut menggalakkan semua rakyat Malaysia untuk meluangkan masa dan bergembira dengan orang tersayang di mana sahaja mereka berada. Rakyat Malaysia hidup dalam masyarakat yang berbilang bangsa  di mana setiap individu boleh bersuka ria bersama-sama tanpa mengira kaum mahupun agama.

Pizza Hut Menawarkan Hidangan Kombo Dan Ala Carte Untuk Tahun Baru Cina Ini

Sama ada pembelian yang dibuat secara ala carte pada harga RM38.00 untuk saiz biasa mahupun kombo, Cheesy-Sang Cheesy Bites merupakan hidangan sempurna dengan sentuhan unik dan menarik terhadap tradisi ‘Yee Sang’ untuk rakyat Malaysia bagi merayakan Tahun Baru Cina ini.

Pizza menawarkan 3 set kombo yang hebat iaitu ‘Golden Prosperity Meal’, Double Happiness Meal’, dan ‘Double Fortune Meal’, dengan harga yang berpatutan pada RM78.80, RM45.80 dan RM42.80 setiap satu. Hidangan ‘Golden Prosperity Meal’ untuk empat atau lima orang mengandungi satu pizza Cheese-Sang Cheesy Bites saiz biasa, dengan tambahan satu pizza pan/hand-stretched Favourite saiz biasa, satu pinggan udang tempura dilengkapi dengan telur masin keemasan, hidangan pembuka selera, empat minuman dan empat aiskrim. Hidangan ‘Double Happiness Meal’ untuk dua atau tiga orang mengandungi pilihan antara satu piza saiz biasa Cheese-Sang Cheesy Bites, atau pun satu piza pan/hand-stretched Supreme atau Favourite, satu hidangan pembuka selera dan dua minuman, manakala hidangan ‘Double Fortune Meal’ untuk dua atau tiga orang mengandungi satu pizza Cheese-Sang Cheesy Bites bersaiz biasa, dua sup krim cendawan, satu hidangan pembuka selera dan dua minuman.

*Harga untuk pizza Cheese-Sang Cheesy Bites dan harga kombo mungkin berbeza, bergantung pada lokasi.

Suasana Di Majlis Pelancaran Hidangan Pizza Untuk Tahun Baru Cina

Image may contain: 1 person, standing

Image may contain: 3 people, people smiling, indoor

No automatic alt text available.

Image may contain: 1 person, smiling

Image may contain: 2 people, people standing and indoor

Image may contain: 5 people, including Shariffudin Azhar Omar, people smiling, people sitting and indoor

Image may contain: 2 people, people smiling, people sitting and indoor

Info Pizza Hut Malaysia :

Hubungi 1-300-88-2525

Laman web : pizzahut.com.my

Facebook : https://www.facebook.com/pizzahutmalaysia/

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s