I am what I am……
Seremban dan Tapah, 13.02.2018 – 14.02.2018 – Bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia dalam ‘Creating Awareness, Sharing Nation’s Prosperity’ di kawasan Rehat & Rawat Seremban (arah Selatan) dan kawasan Rehat & Rawat Tapah (arah Utara) dengan kerjasama daripada pihak pengurusan Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) kerana membenarkan menggunakan kawasan RnR ini sebagai lokasi program kesedaran cukai.
Persoalannya, sampai bila nak larikan diri? LHDN memiliki keupayaan untuk mengenalpasti mereka yang tersenarai dalam kelompok individu yang dikenakan membayar cukai secara mandatori. Namun apa yang menyedihkan, masih lagi ada dalam kalangan mereka yang tidak melihat ia sebagai satu perkara yang serius.


Program ‘Creating Awareness Sharing Nation’s Properity
Program ini telah dicadangkan oleh YBhg. Dato’ Sri Sabin bin Samitah yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM. Program ini merupakan usaha LHDNM secara berterusan dalam mendekati pembayar cukai dan memberikan kesedaran mengenai kepentingan cukai pendapatan kepada pembangunan negara. Proram yang berlangsung selama dua hari iaitu pada 13.02.2018 dan 14.02.2018 di lokasi yang berbeza di RnR Seremban dan RnR Tapah.
Kedua-dua tarikh ini dipilih kerana ia bersesuaian dengan jadual perjalanan balik kampung bagi pembayar cukai terutamanya dalam kalangan kaum Tionghua yang menyambut perayaan Tahun Baru Cina pada 16hb dan 17hb Febuari 2018 yang lepas. Ini dapat memberi peluang LHDNM mendapatkan maklumat mengenai cukai pendapatan. Malah terdapat perkhidmatan kaunter bergerak bagi mereka yang ingin mendapatan khidmat nasihat mengenai cukai pendapatan.
Secara tidak langsung program ini dapat membuktikan bahawa LHDNM bukan saja merupakan agensi kerajaan yang mengutip ckai tetapi sebuah agensi yang turut prihation dan ‘caring organisation’ terhadap masyarakat dengan cara turun sendiri ke lokasi-lokasi yang mudah dikunjungi oleh orang ramai.
Tema ‘Creating Awareness, Saring Nation’s Properity’ dipilh supaya masyarakat dapat melihat bahawa cukai yang dibayar akan dikongsi semula dengan masyarakat lain dalam bentuk pembangunan dan kelestarian negara masa kini dan generasi akan datang.


Adakah Saya Layak Dikenakan Cukai
Individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM25,501 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan. Mulai Tahun 2010 individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM26,501 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan. Mulai Tahun 2013 individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM30,667 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.
Walau bagaimanapun, mulai Tahun 2015 individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM34,000 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan. Sekiranya pekerja layak dikenakan potongan PCB, pekerja dinasihatkan mendaftar fail cukai pendapatan terlebih dahulu sebelum potongan PCB dibuat.
Pekerja yang bergaji RM3,100 ke atas sahaja akan dikenakan cukai pendapatan mulai tahun hadapan apabila kerajaan mengambil langkah mengurangkan 2% kadar potongan cukai bulanan ke atas pekerja.
Ini bermakna cukai pendapatan kini turun daripada 5% kepada 3%. Merupakan langkah mengurangkan dua peratus daripada lima peratus cukai yang dikenakan itu menunjukkan keprihatinan kerajaan untuk meringankan beban rakyat.
Pengendali Blog Dan Web Tidak Terlepas Cukai Pendapatan
Pengendali blog dan web juga tidak terlepas cukai pendapatan. Sehingga kini, ramai pengendali blog dan laman web, serta usahawan internet yang biasa lari daripada membayar cukai pendapatan, dengan menganggap yang mana pendapatan melalui internet tidak perlu dicukai. Kini, dengan kerajaan mula menekankan industri ICT negara, para pengguna yang menjana duit melalui internet tidak terlepas sama sekali.
Pendapatan secara online juga kena cukai mengikut Akta Cukai 1967, seksyen 7. Blogger-blogger yang mendapat income melalui internet tak kira sama ada separuh masa atau sepenuh masa.
Kini, disebabkan ramai yang mengatakan yang mana blog dan web boleh menjana ribuan duit sebulan, ianya telah menjadikan timbulnya banyak blog-blog berupa spam, dan menyalahgunakan platform internet. Namun begitu, disebabkan masalah tersebut masih kecil, ianya tidak begitu menjejaskan industri web dan blog tanahair.
Jadi untuk lebih jelas, Mamable cuba dapatkan info daripada pegawai-pegawai LHDNM yang berada di RnR Tapah, mengenai pembayaran cukai untuk para blogger. Pendapatan seorang blogger bergantung kepada review dan skop kerja yang diterima. Ada blogger yang terima bayaran ketika membuat review tetapi ada juga blogger yang tidak dapat bayaran tetapi sebagai balasan mereka dapat staycation free atau voucher daripada pihak-pihak berkenaan. Jadi memudahkan kerja LHDNM, simpan semua rekod perbelanjaan dan penerimaan seperti e-resit grab, voucher, press release acara tersebut sebagai bukti supaya penyata kewangan yang lengkap dapat disediakan.
Pengiraan cukai hanya dapat dibuat jika penyata pendapatan dapat disediakan. Malahan maklumat kunci kira-kira dan penyata pendapatan perlu diisi dalam borang taksiran.
Objektif Program
- Meningkatkan tahap kesedaran masyarakat tentang kepentingan cukai kepada pembangunan serta kesejahteraan rakyat dan kelestarian negara di masa hadapan.
- Menyedarkan masyarakat untuk terus menyumbang dalam bentuk cukai demi keselesaan hidup serta kelansungan keharmonian masyarakat Malaysia.
- Memperkenalkan LHDNM yang berperanan sebagai agensi pemungut cukai negara dan keberadaan LHDNM bersama-sama masyarakat sepanjang masa terutamanya ketika musim perayaan.
Persidangan Media Di RnR Seremban (Arah Selatan)



Suasana Di Hari Program ‘Creating Awareness, Sharing Nation’s Propserity – RnR Seremban (Arah Selatan)





Persidangan Media Di RnR Tapah (Arah Utara)
Suasana Di Hari Program ‘Creating Awareness, Sharing Nation’s Propserity – RnR Tapah (Arah Utara)







Info Lembaga Hasil Dalam Negeri :
Waktu perkhidmatan:
Isnin hingga Jumaat
9.00 pagi – 5.00 petang
Talian Hasil Care Line adalah seperti dibawah;
Perkhidmatan Am |
Talian
|
|
|
Rujukan Segera |
Talian |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sekiranya tuan/puan mengalami masalah menghubungi Hasil Care Line, tuan/puan juga boleh menghubungi mana-mana Cawangan LHDNM terdekat untuk mendapatkan bantuan.
Perkhidmatan e-Mel
Untuk sebarang maklumbalas / pertanyaan / permohonan melalui emel, sila gunakan Borang Maklumbalas Pelanggan di portal rasmi LHDNM.
Sila klik di sini untuk ke Borang Maklumbalas Pelanggan
Perhatian : untuk kategori maklumbalas, sila pilih hanya satu kategori sahaja iaitu samada “Pertanyaan” atau Permohonan”.
Perkhidmatan Bayaran & Sekatan Perjalanan
Talian HASiL RECOVERY CALL CENTRE @ HRCC :
HASiL RECOVERY CALL CENTRE @ HRCC
HRCC adalah medium yang disediakan oleh LHDNM bagi mengendalikan semua pertanyaan mengenai bayaran cukai dan sekatan perjalanan yang dikenakan ke atas pembayar cukai. Pusat panggilan ini menyediakan perkhidmatan mesra oleh Tax Recovery Consultant (TRC) mengenai kaedah bayaran cukai pendapatan individu, syarikat, potongan cukai bulanan (PCB) serta bayaran untuk Sekatan Perjalanan.
Semakan status Sekatan Perjalanan boleh dibuat melalui capaian: http://sspi.imi.gov.my/sspi/
Laman web : http://www.hasil.gov.my