Review, Travel

Cyberview Resort & Spa Didominasikan Dengan Kehijauan


Malaysia Tourism Council Logo

I am what I am……..

Cyberjaya, 03.02.2018 – Bukan menginap tetapi mengeksplor Cyberview Resort & Spa dalam masa yang singkat, mesti anda tidak akan percaya. Jelajah hari keempat bersama Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) ke resort ini amatlah berbaloi.

Dalam kesibukkan warga ibukota dan saling mengejar masa tidak kira sama ada siang atau malam kadangkala menyebabkan penghuninya terbelenggu dengan rutin harian yang menyesakkan dan membosankan. Seawal pagi sejurus selepas bangkit dari tidur, kita pasti berdepan dengan suasana berlumba-lumba untuk bergegas ke tempat kerja dan merempuh kesesakkan jalan raya yang memualkan kerana pada masa yang sama terpaksa berebut-rebut dengan warga kota yang lain. Keadaan yang sama berlarutan dari sehari ke sehari yang kadangkala mencecah ke sebulan atau bertahun tanpa disedari. Untuk mengubatinya, anda perlukan sesuatu kelainan dalam kehidupan agar semangat kembali segar, lebih bermakna dan tenang dengan berkunjung ke syurga tropika di Cyberview Resort & Spa di Cyberjaya yang bertaraf lima bintang.

Lokasi Strategik

Kedudukan resort berkenaan di Cyberjaya yang merupakan tulang belakang Koridor Raya Multimedia (MSC) di Malaysia itu merupakan satu kelebihan bagi mereka yang tidak pernah menjejak kaki ke sana.

Cyberview Resort & Spa terletak 900 meter dari Stesen Transit Cyberjaya KLIA. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Kuala Lumpur City Centre berada dalam jarak 30 minit pemanduan dari sini.

Layanan Dan Lanskap Terbaik

Resort yang dikelilingi dengan pokok palma, rimbunan dedaun dari hutan serta bunga-bungaan pelbagai jenis menjadikan sekitar kawasan resort begitu aman sekali. Cyberview Resort & Spa yang didominasi warna kehijauan di sekeliling kawasan itu juga pernah memenangi beberapa anugerah layanan baik dan landskap untuk resort serta spa.

Image may contain: tree, sky, plant, outdoor and nature

Image may contain: tree, sky, cloud, plant, outdoor, nature and water

Image may contain: sky, cloud, tree, outdoor and nature

Kemudahan Di Cyberview Resort & Spa

Terdapat kemudahan tempat makan dan bersantai seperti Bistro Cascata yang menawarkan pengalaman baru dalam bidang kulinari iaitu masakan Itali bermula dari tengah hari sehingga petang. Bagi tetamu yang inginkan suasana kasual, boleh rasakan suasana di Restoran Verandah yang menghimpunkan masakan dari Pan-Asia yang menghidangkan masakan pelbagai kuisin di dapur terbuka. Ia juga dibuka untuk bufet tengah hari, makan malam termasuk pada hari Ahad.

Di Atap Lobby Lounge pula menjadi sasaran pengunjung untuk mendapatkan hidangan ringan dan minuman manakala di Restoran Xing Zhu Chinese yang terletak di villa dan kompleks resort pula menawarkan pelbagai masakan Cina.

Terdapat Sembunyi Spa yang menawarkan pelbagai rawatan tradisi tradisional dan kontemporari. Dengan keluasan sebanyak 10,000 kaki persegi amat bersesuaian untuk merehatkan badan, jiwa dan pemikiran buat seketika. Sembunyi Spa yang memenangi perkhidmatan pelanggan terbaik bagi Malaysia Spa & Wellness Awards 2008 ini juga menawarkan perkhidmatan rawatan untuk muka, badan urutan yang terbaik dengan tenaga pakar yang berpengalaman.

Ia mempunyai 3 kolam renang berlandskap dan spa yang serba-lengkap. Chalet-chalet yang elegan di Cyberview Resort mempunyai lantai kayu keras dan balkoni peribadi yang menawarkan pemandangan kolam renang atau taman. Semua chalet dilengkapi dengan akses internet percuma, TV kabel dan peti keselamatan di bilik.

Para tetamu boleh bersenam di pusat kecergasan atau bermain tenis. Memancing di tepi tasik adalah 1 lagi pilihan rekreasi yang baik. Untuk kemudahan, resort ini menawarkan perkhidmatan menyewa basikal serta tempat meletak kenderaan secara percuma.

Dengan lindungan cahaya matahari, suasana menyegarkan melengkapkan hari bersejarah mempelai untuk dikenang sepanjang hayat. Suasana semulajadi itu amat bertepatan untuk mendapatkan suasana romantis untuk diabadikan menerusi sesi fotografi.

Image may contain: grass, outdoor and nature

No automatic alt text available.

Image may contain: people sitting, table and indoor

Image may contain: table, plant, outdoor and indoor

Image may contain: outdoor and text

Image may contain: outdoor and text

 

Spa menu1

Jenis-Jenis Bilik Di Cyberview Resort & Spa

  • Superior Chalet

Image may contain: bedroom and indoor

Image may contain: indoor

  • Deluxe Chalet

Image may contain: bedroom and indoor

Image may contain: indoor

Image may contain: indoor

  • Mawar Suite

Image may contain: bedroom and indoor

Image may contain: bedroom and indoor

Image may contain: indoor

  • Bunga Raya Suite

Image may contain: people sitting, bedroom, table and indoor

Image may contain: indoor

Image may contain: indoor

Image may contain: indoor

Image may contain: people sitting, table and indoor

Image may contain: people sitting and indoor

Image may contain: indoor

Cerita Disebalik Cyberview Resort & Spa

Cyberview Resort dan Spa yang dibina sempena sidang kemuncak itu merupakan antara bangunan terawal yang dibina di Cyberjaya. Resort tersebut dibuka selepas lebih setahun majlis pecah tanah Cyberjaya berlangsung iaitu pada 17 Mei 1997.

Biarpun dianggap sebagai mercu tanda yang popular di bandar pintar tersebut, Cyberview Resort dan Spa tidak dipengaruhi konsep bangunan yang futuristik, sebaliknya ia bercirikan landskap ala tropika yang harmoni dengan alam semula jadi.

Di Cyberview Resort & Spa inilah mantan Perdana Menteri Malaysia keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad berdiri bersama 20 orang Perdana Menteri dari negara lain ketika negara ini menjadi tuam rumah APEC yang ke-10 pada tahun 1998.

Program Road To Agro Tourism Siri 3

Road To Agro Tourism 3 (RTA3) ini merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Majlis Pelancongan Malaysia (MTC). Edisi Kuala Lumpur-Putrajaya ini adalah bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan. Antara agensi-agensi yang bersama menjayakan adalah Perbadanan Kampong Bharu (PKB), Perbadanan Putrajaya (PPJ) dengan sokongan padu daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC) dan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP).

RTA3 turut bekerjasama dengan MARDI-MAEPS, Hotel Tamu & Suites, Bas Hop On Hop Off, Pulse Grande Group. Nafas Cube, Cyberview Resort & Spa, Universiti Putra Malaysia, DSSM, Rainforest Theatre PICC dan Jabatan Warisan Negara (JWN).

 

Info Cyberjaya Resort & Spa :

The Lodge, Persiaran Multimedia, Cyber 7
63000 Cyberjaya
Selangor, Malaysia

Tel: (603) 8312 7000
Fax: (603) 8312 7001
Email: hotline@cyberviewresort.com

GPS Coordinate
Latitude: N 2 55.440
Longitude: E 101 40.020

Laman web : http://cyberviewresort.com/

Facebook : https://www.facebook.com/cyberviewresort/

Image result for cyberview resort cyberjaya

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s