I am what I am…..
Pabila bercakap mengenai Putrajaya, pasti ramai termasuklah Mamable ingat bahawa Wilayah Persekutuan ini hanyalah mengenai sebuah pusat bandar untuk kerajaan. Selalunya orang akan beranggapan sebegitu hinggalah mereka sendiri datang ke ke sini dan meneroka beberapa tempat tarikan menarik yang ada di Putrajaya yang semakin membangun ini.
Tempat-Tempat Menarik Di Putrajaya
Putrajaya adalah sebuah bandar raya model, yang menjadi tunjang kepada sebuah negara progresif serta nadi kemajuan rakyat berbilang bangsa dan budaya yang komited terhadap pembangunan dan kemakmuran negara tercinta. Keunggulan Putrajaya adalah hasil kombinasi unik keindahan alam semula jadi dan kecanggihan teknologi terkini, di antaranya ialah jambatan-jambatan yang tersergam indah lambang mercu kegemilangan Putrajaya.
Masjid Putra – Persiaran Persekutuan, Presint 1, 62502 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.
No. Telefon: 60 3-8888 5678
Tiket: Percuma

Dataran Putrajaya – terletak berhadapan dengan Masjid Putra. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini seperti kayuh basikal, menaiki skuter, bermain kasut roda, berkelah bersama keluarga dan banyak lagi.
Destinasi ini amat sesuai pada mereka yang datang dengan karavan. Terdapat tempat letak kenderaan dan keluarga pastinya akan dapat menghabiskan masa bersama sambil berkelah dan sebagainya.
Cruise Tasik Putrajaya
Cruise tasik Putrajaya telah diuruskan sepenuhnya oleh Perbadanan Putrajaya. Terdapat 2 buah cruise iaitu Cruise Kelah dan Cruise Sebarau. Kalau nak tahu, kelah dan sebarau nama ikan air tawar. Dan pada masa kejadian, Mamable dan rakan media yang lain berkesempatan untuk menaiki Cruise Kelah.
Mamable nak kongsi pengalaman Mamable menaiki Cruise Tasik Putrajaya. Cruise ini merupakan salah satu tarikan paling menarik yang terdapat di Putrajaya. Menaiki cruise pada waktu petang dan malam, Mamable dapat menyaksikan pemandangan yang cantik di sekitar tasik buatan manusia ini.
Ketika mengelilingi tasik Putrajaya tersebut, Mamable telah melalui jambatan-jambatan yang terkenal di Putrajaya seperti Jambatan Putra, Jambatan Perdana, Jambatan Seri Wawasan, Jambatan Seri Bakti, Jambatan Seri Gemilang dan Jambatan Seri Saujana.


Pemandangan Menarik 360 Darjah Dari Cruise

Harga Tiket Untuk Menaiki Cruise Ini
Tiket untuk ‘early bird sightseeing cruise’ –
- Standard dewasa RM25.00
- Standard kanak-kanak RM18.00
- MyKad dewasa RM15.00
- MyKad kanak-kanak RM10.00
Info Cruise Tasik Putrajaya
Facebook : https://www.facebook.com/CruiseTasikPtjy/
Waktu beroperasi – 10.00 pagi, 11.00 pagi dan 12.00 tengahari
Hotspot Putrajaya
Di Putrajaya dah ada Foodtruck Hotspot, lokasinya adalah berhampiran dengan Masjid Besi.
Penat berjalan di sekitar Putrajaya, bolehlah kiranya singgah sebentar di Hotspot ini. Terdapat beberapa komuniti foodtruck yang sempat Mamable ambil gambar. Memang banyak pilihan yang ada seperti masakan western, masakan orang melayu, menu dari Pantai Timur sampailah ke Nasi Kerabu, semua ada di sini. Tugas anda hanyalah pilih mengikut anak tekak masing-masing. Harga pun berpatutan.
Foodtruck Yang Ada Di Sini
Pilihan Mamable Di Hotspot
Makan malam Mamable di Hotspot ialah Char Kuey Teow Kerang dari Hijrah Foodtruck. Dengan hanya RM6.00 sebungkus.
Dan jus Nenas dari Papamya Foodtruck dengan hanya RM3.50 saja.



C.A.M Caravan – Sendok Group
Bercuti bersama keluarga di sekitar Putrajaya dengan menaiki C.A.M Caravan amatlah sesuai. Tempat yang bersesuaian dan memudahkan bagi mereka yang inginkan percutian mereka lain dari yang lain.
Program Road To Agro Tourism Siri 3
Road To Agro Tourism 3 (RTA3) ini merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Majlis Pelancongan Malaysia (MTC). Edisi Kuala Lumpur-Putrajaya ini adalah bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan. Antara agensi-agensi yang bersama menjayakan adalah Perbadanan Kampong Bharu (PKB), Perbadanan Putrajaya (PPJ) dengan sokongan padu daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC) dan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP).
RTA3 turut bekerjasama dengan MARDI-MAEPS, Hotel Tamu & Suites, Bas Hop On Hop Off, Pulse Grande Group. Nafas Cube, Cyberview Resort & Spa, Universiti Putra Malaysia, DSSM, Rainforest Theatre PICC dan Jabatan Warisan Negara (JWN).
Info Perbadanan Putrajaya : Kompleks Perbadanan Putrajaya, 24 Persiaran Perdana,
Putrajaya, Wilayah Persekutuan, Malaysia 62675
Lawat laman web : www.ppj.gov.my
Hubungi : 03-8000 8000
Facebook : https://www.facebook.com/putrajaya/