I am what I am…….
Putrajaya, 03.02.2018 – Hari keempat Mamable bersama Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) di Putrajaya untuk Program Pertanian Putrajaya (Putrajaya Urban Farming) merupakan projek perintis pekongsian pintar di antara Perbadanan Putrajaya, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Koperasi Komuniti Penduduk Putrajaya Berhad (KKPPB) yang dikelolai oleh Jawatankuasa Kerja Pembangunan Landskap (JKPL-Greenovation), Bahagian Taman dan Rekreasi, Jabatan Landskap & Taman, Perbadanan Putrajaya untuk Program Local Agenda 21 (LA21) Putrajaya sebagai salah satu program melestarikan pembangunan di Putrajaya.
Model Pertanian Bandar Putrajaya melalui kaedah participation, engagement dan empowerment ini diharap mampu melibatkan komuniti Putrajaya dalam aktiviti pertanian berteknologi fertigasi yang mudah dijalankan di kawasan bandar yang diuruskan sendiri bagi memperkasakan komuniti setempat.
Objektif Program Ini
- Menjamin keselamatan Agromakanan (Food Security).
- Persediaan komuniti untuk perubahan cuaca (climate change).
- Menampung keperluan bahan bahan makanan isi rumah selain wujudkan pertanian bandar yang berdaya maju seterusnya meningkatkan taraf ekonomi penduduk setempat.
- Pengeluaran makanan oleh komuniti untuk keperluan setempat (community food production for local consumption).
- Meningkatkan integrasi sosial setempat, meningkatkan kesihatan fizikal dan kesejahteraan kejiranan melalui aktiviti pertanian berinovasi.
- Kawasan yang belum dibangunkan digunakan secara optima selain berfungsi sebagai tunggak bandar dan dapat menyumbang kepada suasana bandar yang sihat dalam meneruskan kelangsungan hidup.
- Produk pelancongan dan pendidikan berkaitan model Pertanian Bandar kepada komuniti setempat dan luar.
Dihadiri Komuniti Penduduk Setempat Dan Pelajar Sekolah
Lebih kurang 30 orang pelajar dari Sekolah Menengah Pendidikan Khas Presint 9 dan komuniti penduduk setempat telah hadir untuk menjayakan program ini. Pelbagai jenis tanaman seperti Rock Melon, Cili Kulai, Timun dan sayur-sayuran telah ditanam di dalam rumah lindungan.
Apa yang Mamable tahu, setiap tanaman fertigasi ini mempunyai karektor tersendiri. sekiranya teknik tanaman tersebut menggunapakai kepakaran pihak MARDI secara optimum pada waktu yang bertepatan.
Menurut Encik Uzaidi Udanis (Presiden Majlis Pelancongan Malaysia) berkata, Jabatan Pertanian telah memperkenalkan Program Pertanian Bandar yang bertujuan untuk menggalakkan penduduk bandar untuk bertani bagi mengeluarkan bahan makanan sendiri dan pendapatan sampingan. Program tersebut terdiri daripada individu, komuniti, sekolah dan institusi kerajaan serta swasta. Program Pertanian Bandar bertujuan membantu isi rumah bandar meringankan kos sara hidup melalui pengeluaran sendiri sebahagian daripada bahan makanan yang diperlukan melalui bimbingan Jabatan Pertanian. Program tersebut melibatkan penduduk di kawasan bandar dan pinggir bandar dengan kerjasama dan penglibatan pelbagai jabatan dan agensi yang berkaitan pada peringkat negeri dan Persekutuan.
Kesimpulan / Pemerhatian
Malaysia mengimport bahan makanan bagi menampung keperluan makanan negara. Kadar kebergantungan yang tinggi kepada sumber makanan import memberi impak besar kepada negara sekiranya berlaku krisis makanan dunia.
Bagi mengekang pertambahan import makanan, kerajaan melaksanakan Program Pertanian Bandar yang bertujuan untuk menggalakkan penduduk bandar menanam sendiri bahan makanan agar dapat mengurangkan tekanan permintaan domestik.
Sepanjang program ini, Mamable berharap agar program ini akan terus berkembang melalui aktiviti-aktiviti yang telah dirancang bersama selain penganjuran kursus secara hands-on dan bengkel-bengkel. Usahasama dengan rakan perkongsian pintar yang berpotensi dan berkaitan akan diperluaskan bagi memastikan program sentiasa berdaya saing dengan penghasilan tanaman yang memberangsangkan untuk pasaran komuniti Putrajaya dan sekitarnya.
Suasana Program Pertanian Bandar Putrajaya
Program Road To Agro Tourism Siri 3
Road To Agro Tourism 3 (RTA3) ini merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Majlis Pelancongan Malaysia (MTC). Edisi Kuala Lumpur-Putrajaya ini adalah bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan. Antara agensi-agensi yang bersama menjayakan adalah Perbadanan Kampong Bharu (PKB), Perbadanan Putrajaya (PPJ) dengan sokongan padu daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC) dan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP).
RTA3 turut bekerjasama dengan MARDI-MAEPS, Hotel Tamu & Suites, Bas Hop On Hop Off, Pulse Grande Group. Nafas Cube, Cyberview Resort & Spa, Universiti Putra Malaysia, DSSM, Rainforest Theatre PICC dan Jabatan Warisan Negara (JWN).
Agro pelancongan merangkumi aktiviti pelancongan yang berkaitan dengan peladangan, pertanian, penternakan, perikanan, Industri Asas Tani (makanan berproses & bukan makanan), perkhidmatan dan aktiviti berkaitan destinasi, hospitaliti dan pengurusan acara.
Info Perbadanan Putrajaya :
Kompleks Perbadanan Putrajaya, 24 Persiaran Perdana, Putrajaya, Wilayah Persekutuan, Malaysia 62675
Lawat laman web : www.ppj.gov.my
Hubungi : 03-8000 8000
Facebook : https://www.facebook.com/putrajaya/