Teater Muzikal Fantasy Rainforest Di PICC


Malaysia Tourism Council Logo

I am what I am……

Putrajaya, 02.02.2018 – Agro pelancongan merangkumi aktiviti pelancongan berkaitan dengan peladangan, pertanian, penternakan, perikanan, Industri Asas Tani (makanan berproses dan bukan makanan), perkhidmatan dan aktiviti berkaitan dengan agro seperti destinasi, hospitaliti dan pengurursan acara. Objektif Majlis Pelancongan Malaysia dalam mempromosikan dan mengetengahkan produk, destinasi dan persembahan bagi menjalinkan kerjasama strategik dan melebarkan jaringan dalam industri agro pelancongan.

Mamable berpeluang menyaksikan persembahan teater berjudul Fantasy Rainforest bersama 50 rakan media dan agensi-agensi yang terlibat. Ia adalah satu teater muzikal yang bertemakan alam semulajadi yang merupakan usaha untuk memupuk kesedaran orang ramai menghargai dan menjaga alam sekitar.

Teater ini sesuai ditonton oleh segenap lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang dan usia.

Persembahan yang berlangsung selama 60 minit itu telah dipentaskan di Dewan Putra A PICC dengan dibahagikan kepada dua sesi iaitu pada pukul 2.00 petang dan 6.00 petang pada setiap hari. Pementasan teater yang diusahakan oleh PICC bersama Mahligai Masyhur Sdn. Bhd. itu me­libatkan 55 tenaga kerja dengan ke­semuanya adalah terdiri dalam kalangan anak-anak muda tempatan.

Secara tidak langsung, ia memperlihatkan keharmonian di Malaysia dengan rakyat berbilang kaum hidup bersama secara aman dan menerima perbezaan masing-masing, sekali gus menjadikan Malaysia negara yang indah.

Pementasan turut menampilkan pelbagai watak yang dekat dengan masyarakat Malaysia seperti burung kenyalang, monyet, merak dan harimau serta watak yang mewakili pelbagai kaum di negara ini.

Image may contain: 2 people, including Rosmawati Aboo Hassan, people smiling

Image may contain: 2 people, including Rosmawati Aboo Hassan, people smiling

Image may contain: 2 people, including Rosmawati Aboo Hassan, people smiling, beard

Image may contain: 5 people, including Rosmawati Aboo Hassan, people smiling

Image may contain: one or more people and people standing

Jalan Cerita Fantasy Rainforest

Pementasan teater ini merangkumi konsep cinta dan toleransi yang sangat mudah difahami bermula dengan suasana harmoni di hutan hujan Malaysia di mana Orang Asli dan hidupan liar tinggal dengan aman dan damai.

Bagaimanapun, keharmonian itu telah diganggu seorang pemburu yang memasang perangkap untuk menangkap burung kenyalang, antara unggas terancam di Malaysia. Demi menjaga keamanan dan keharmonian kehidupan di dalam hutan hujan itu, kesalahan si pemburu dimaafkan oleh semua penghuni hutan dan menerima dia seadanya.

No automatic alt text available.

Program Road To Agro Tourism Siri 3

Road To Agro Tourism 3 (RTA3) ini merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Majlis Pelancongan Malaysia (MTC). Edisi Kuala Lumpur-Putrajaya ini adalah bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan. Antara agensi-agensi yang bersama menjayakan adalah Perbadanan Kampong Bharu (PKB), Perbadanan Putrajaya (PPJ) dengan sokongan padu daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC) dan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP).

RTA3 turut bekerjasama dengan MARDI-MAEPS, Hotel Tamu & Suites, Bas Hop On Hop Off, Pulse Grande Group. Nafas Cube, Cyberview Resort & Spa, Universiti Putra Malaysia, DSSM, Rainforest Theatre PICC dan Jabatan Warisan Negara (JWN).

Harga Tiket Dan Info : 

Tiket-tiket bagi menyaksikan Teater Fantasy Rainforest boleh didapati dengan harga RM200 untuk kerusi VIP, RM120 (standard) dan RM60 bagi kanak-kanak.

Alamat : Putrajaya International Convention Centre, Dataran Gemilang, Presint 5, 62000 Putrajaya.

Untuk maklumat lanjut dan urusan pembelian tiket, boleh layari laman web http://www.fantasyrainforest.com atau facebook.com/fantasyrainforest selain menghubungi nombor telefon, 0388876000.

No automatic alt text available.

Image may contain: bird

 

 

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s