Travel

KL Bird Park : Kehijauan, Kedamaian Dan Burung Bebas Berterbangan


I am what I am…..

Kuala Lumpur, 03.03.2018 – Jika anda masih mencari-cari keindahan panorama alam semula jadi yang masih belum tercemar oleh arus pembangunan, Taman Burung Kuala Lumpur pasti memberi pengalaman manis yang sukar dilupakan. Seperti Mamable, anda juga boleh memilih untuk ke sini dengan menaiki bas KL Hop On Hop Off.

Pernahkah anda berkunjung ataupun meluangkan masa untuk menyaksikan kecantikan pelbagai jenis burung yang terbang bebas di udara? Jika anda tinggal di Lembah Klang, anda tidak perlu memerah kepala mencari lokasi beratus-ratus kilometer di puncak bukit atau gunung untuk meneropong burung-burung yang cantik berterbangan.

Image may contain: plant, tree, outdoor, nature and water

Pengalaman Pertama Bagi Mamable

Jangan terkejut kalau Mamable katakan ini adalah pertama kali Mamable menjejakkan kaki ke Taman Burung Kuala Lumpur.

Apa yang Mamable tahu, Taman Burung Kuala Lumpur bukan lagi destinasi baru untuk diperkenalkan. Ia menjadi tarikan yang kuat di ibu kota, kerana kedudukannya di dalam Taman Tasik Perdana menjadikannya lebih seronok didekati dan dinikmati, sama ada kerana pemandangannya yang berwarna-warni ataupun udaranya yang segar.

Dengan hanya menaiki bas KLHOHO, Mamable dan beberapa rakan media yang lain berpeluang menyaksikan sendiri kejinakkan burung-burung di taman ini. Terasa diri ini  begitu dekat dengan mergastua yang terdapat di sini. Terpegun dengan keindahan, kehijauan dan ciptaan Yang Maha Esa.

Taman Burung Kuala Lumpur atau KL Birds Park mempunyai lebih 3,000 burung di dalamnya dan mempunyai 200 spesies burung. Kira-kira 90 daripadanya burung yang ada di seluruh negara manakala selebihnya spesies burung import dari seluruh dunia untuk tatapan pengunjung.

Bila sudah ke sini, jangan lupa menjenguk ‘superstar’ taman ini. Antaranya ialah Merak Biru India dengan ekor warna warninya sepanjang 5 kaki, Merpati Crowned yang besarnya sudah sebesar ayam belanda, Burung Kakak Tua Pesquet yang hampir tak wujud lagi di dunia dan burung Congo Afrika Grey Parrots — dikenali sebagai spesies nuri yang paling pandai di dunia.

Tarikan Taman Burung Kuala Lumpur

Menurut Encik Taufik Mohd. Sharif (Eksekutif Pemasaran dan Promosi), ‘Taman Burung Kuala Lumpur meliputi kawasan seluas sehingga lapan hektar dan dihuni tidak kurang daripada 50 spesies burung yang berjumlah kira-kira 5,000 ekor dan ditempatkan di dalam empat zon. Daripada jumlah itu, 90 peratus adalah burung tempatan manakala selebihnya burung yang diimport dari negara-negara jiran. Taman ini bukan sahaja memberi peluang kepada pengunjung melihat pelbagai spesies burung berwarna-warni tetapi boleh mengenalinya dengan lebih dekat, katanya.

Katanya lagi, Taman Burung Kuala Lumpur  mendapat jolokan sebagai sangkar burung terbang bebas terbesar di dunia. Kebanyakan burung yang terdapat di taman itu tidak dikurung, sebaliknya dibiarkan bebas berterbangan.

Encik Taufik sendiri telah membawa Mamable dan rakan media melawati 4 zon iaitu :

  • Zon 1 dan 2 adalah tempat penerbangan bebas. Di sini burung dibiarkan terbang dan berkeliaran.
  • Zon 3 ditetapkan sebagai khas sebagai Taman Enggang.
  • Zon 4 pula tempat kawasan khas untuk pembiakan burung. Di sini juga ada amfiteater — iaitu tempat pertunjukan burung diadakan setiap hari.

Zon 1 & 2 – Tempat penerbangan bebas. Di sini burung dibiarkan terbang dan berkeliaran.

Image may contain: outdoor

Image may contain: 1 person, bird, plant and outdoor

Image may contain: bird, outdoor and water

Image may contain: bird and outdoor

Image may contain: people sitting and bird
Burung Merak

Image may contain: bird and outdoor

Image may contain: people sitting and outdoor
Merpati Crowned
Image may contain: outdoor
Beberapa jenis dan baka Burung Hantu

Image may contain: tree, plant, outdoor and nature

Image may contain: outdoor and nature
Bangau
Image may contain: plant, grass, outdoor and nature
Ayam Hutan
Image may contain: outdoor and water
Black Swan

No automatic alt text available.

Zon 3 – Taman Enggang

Image result for kl bird park

Zon 4 – Tempat kawasan khas untuk pembiakan burung. Di sini juga ada amfiteater — iaitu tempat pertunjukan burung diadakan setiap hari

Image may contain: plant

Image may contain: 7 people, including Rosmawati Aboo Hassan, Racheal Loh and Lwin Wen Li, people smiling, people standing
Gambar oleh Racheal Loh – http://www.foodilifecious.com

Image may contain: 4 people, people smiling

Image may contain: bird and outdoor

Image may contain: one or more people and bird
Gambar oleh Racheal Loh – http://www.foodilifecious.com
Image may contain: bird
Gambar oleh Racheal Loh – http://www.foodilifecious.com
Image may contain: bird, plant and outdoor
Burung Kasawari
Image may contain: plant and outdoor
Burung Unta

Apa yang Mamable perasan ialah di taman ini, aktiviti yang paling lazim ialah mencerap burung. Landskap flora yang kaya menjanjikan aktiviti ini lebih menarik untuk dilakukan. Namun pastikan diri anda dilengkapi dengan teropong binokular bagi memastikan aktiviti ini berjalan lebih lancar.

Lokasi yang menempatkan habitat semula jadi burung ini amat sesuai untuk pencinta burung terutamanya yang mengkaji corak tingkah laku unggas itu.

Sekali-sekala menyaksikan dengan mata sendiri Burung Enggang yang terbang dan hinggap dari satu pokok ke satu pokok yang lain, jangan lepaskan pula peluang melihat keunikan taman mini, kolam atau tasik buatan, serta air bertingkat. Selain itu wujud juga sebuah amfiteater dan taman permainan kanak-kanak.

Tarikan utama lain ialah Tanah Brahminy, Kolam Flamingo, Taman Enggang, Dunia Burung Kakak Tua dan banyak lagi.

Bagaimanapun perjalanan akan terhenti sekali-sekala kerana kita perlu melepasi beberapa pagar yang membataskan satu bahagian daripada bahagian yang lain yang bertujuan mengawal pergerakan burung yang dibenarkan bebas terbang di dalam wilayah masing-masing.

Image may contain: Taufik Mohd Sharif
Ucapan selamat datang dan mendengar taklimat daripada Encik Taufik Mohd. Sharif (Eksekutif Pemasaran dan Promosi)

Harga Tiket Taman Burung Kuala Lumpur

Dewasa (RM) Kanak-Kanak (RM)
Warganegara 27 13
Pelancong Asing 67 45

Info Taman Burung Kuala Lumpur :

Alamat : KL Bird Park, 920, Jalan Cenderawasih, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia

Hubungi : 03-2272 1010

Laman web : www.klbirdpark.com

Facebook : https://www.facebook.com/KLBirdPark/

No automatic alt text available.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s