Rakyat Tempatan Pun Boleh Menaiki Bas KL Hop On Hop Off


I am what I am…….

Kuala Lumpur, 03.03.2018 – Siapa pernah naik bas KL Hop On Hop Off ? Siapa kata rakyat tempatan tidak boleh menaiki bas KL Hop On Hop Off ? Percaya tak kalau Mamable cakap, cara terbaik untuk explore Kuala Lumpur adalah dengan menaiki bas KL Hop On Hop Off.
Bagi pelancong asing dan rakyat tempatan yang suka bersiar-siar di ibu negara dengan tanpa memandu kenderaan sendiri, mereka boleh menaiki perkhidmatan bas KL Hop-On Hop-Off dan ia  adalah cara terbaik untuk menikmati panorama bandar raya ini.
Seawal pukul 9.00 pagi, Mamable dan beberapa rakan media yang lain dengan berpakaian tradisional kebudayaan Malaysia seperti berbaju kurung, berbaju melayu dan berkain batik tidak sabar untuk merasai sendiri menaiki bas Hop On Hop Off untuk mengelilingi bandaraya metropolitan Kuala Lumpur.  Kami memulakan perjalanan bersama KLHOHO di hentian 6 iaitu Bukit Bintang.
Image may contain: Rosmawati Aboo Hassan, outdoor
Mamable di Hentian 6 – Bukit Bintang menunggu KLHOHO dengan berpakaian tradisional
Image may contain: indoor
Kaunter Hentian 6 – Bukit Bintang

Image may contain: table and outdoor

No automatic alt text available.

Mengenai Bas KLHOHO

Bas KLHOHO singkatan bagi Kuala Lumpur Hop On Hop Off merupakan perkhidmatan bas dua tingkat yang menyediakan ruang terbuka di bahagian atas dan berhawa dingin di sebelah bawah.

Bas berkapasiti 60 orang penumpang itu telah menjelajah tempat-tempat tarikan utama sama ada lokasi bersejarah, pusat beli-belah dan bangunan pencakar langit di Kuala Lumpur.

Bas dua tingkat yang tidak berbumbung itu memulakan operasi seawal pukul 9 pagi hingga pukul 8 malam dan melalui 23 kawasan yang mempunyai lebih 70 tarikan pelancongan tersendiri. Penumpang juga tidak perlu menunggu lama kerana kadar kekerapan bas di setiap laluan ialah antara 20 minit hingga 30 minit.

Langkah memperkenalkan bas tersebut sejak tahun 2006 merupakan langkah yang bijak dalam mempromosi keindahan bandar raya ini kepada pelancong asing dan rakyat tempatan dalam mengenali identiti dan wajah Kuala Lumpur. Perkhidmatan KLHOHO membolehkan para pelancong dan rakyat tempatan meneroka ibu negara tanpa perlu bersusah payah mencari pengangkutan atau lokasi tempat menarik.

Harga tiket yang dikenakan juga berpatutan dan harga berbeza dikenakan kepada pelancong asing berbanding rakyat tempatan.

Harga tiket untuk rakyat tempatan (24 jam) :

  • RM25.00 seorang – pemegang MyKad (dewasa)
  • RM15.00 seorang – pemegang MyKad (kanak-kanak)
  • Percuma untuk kanak-kanak yang berumur 5 tahun ke bawah

Harga tiket untuk rakyat tempatan (48 jam) :

  • RM40.00 seorang – pemegang MyKad (dewasa)
  • RM25.00 seorang – pemegang MyKad (kanak-kanak)
  • Percuma untuk kanak-kanak yang berumur 5 tahun ke bawah

Harga tiket untuk pelancong asing (24 jam) :

  • RM55.00 seorang (dewasa)
  • RM30.00 seorang (kanak-kanak)

Harga tiket untuk pelancong asing (48 jam) :

  • RM95.00 seorang (dewasa)
  • RM50.00 seorang (kanak-kanak)

Tiket bas boleh digunakan bagi tempoh 24 jam atau 48 jam dan mereka boleh meminta bas berhenti di mana-mana hentian dan menaiki bas seterusnya setelah selesai melawat sesuatu lokasi.

Bas tersebut beroperasi pada setiap hari dan orang ramai boleh membeli tiket lebih awal dan memilih waktu untuk menggunakan perkhidmatan itu.

Perjalanan bersama KLHOHO yang menyeronokkan kerana dibantu oleh penerangan daripada pemandu pelancong di bas berkenaan yang mesra dan cukup berpengetahuan mengenai Kuala Lumpur.

Image may contain: outdoor

Image may contain: 1 person, outdoor

Image may contain: 1 person, smiling

Antara destinasi-destinasi menarik yang dilalui :

  • Hentian 1 – MATIC, Jalan Ampang
  • Hentian 2 – KL Tower
  • Hentian 3 – P. Ramlee
  • Hentian 4 – Aquaria KLCC
  • Hentian 5 – Karyaneka
  • Hentian 6 – Bukit Bintang
  • Hentian 7 – Tengkat Tong Shin
  • Hentian 8 – Chinatown
  • Hentian 9 – Pasar Seni
  • Hentian 10 – Little India
  • Hentian 11 – KL Sentral
  • Hentian 12 – Muzium Negara
  • Hentian 13 – Istana Negara
  • Hentian 14 – Tasik Perdana
  • Hentian 15 – Taman Burung Kuala Lumpur
  • Hentian 16 – Masjid Negara
  • Hentian 17 – Dataran Merdeka
  • Hentian 18 – Medan Mara
  • Hentian 19 – PWTC
  • Hentian 20 – Titiwangsa
  • Hentian 21 – Istana Budaya
  • Hentian 22 – Citibank, Jalan Ampang
  • Hentian 23 – KLCC

KLHOHO menawarkan laluan perjalanan ke tempat-tempat tarikan utama dan popular di sekitar Kuala Lumpur sahaja. Merupakan satu-satunya perkhidmatan pengangkutan di Kuala Lumpur yang melalui hampir ke semua tempat-tempat menarik di bandar raya ini.

Image may contain: sky and outdoor
Stesen Keretapi Tanah Melayu
Image may contain: tree, sky and outdoor
Little India
Image may contain: sky, skyscraper, cloud and outdoor
KL Sentral
Image may contain: cloud, sky, tree and outdoor
Muzium Negara
Image may contain: outdoor and nature
Istana Negara

Apa Yang Kita Perlu Ketahui

  • Penumpang hanya perlu membeli tiket sehari atau dua hari dan mereka boleh menggunakan perkhidmatan bas ini pada bila-bila masa sahaja.
  • Penumpang boleh naik bas tanpa turun. Mereka juga boleh naik dan turun di mana-mana destinasi perhentian, kemudian naik bas lain untuk pulang.
  • Bagi memudahkan penumpang naik dan turun bas, kami menyediakan papan tanda khas di setiap hentian.
  • Sepanjang perjalanan, penumpang akan diberi penerangan ringkas mengenai setiap tempat tarikan menerusi rakaman audio. Penerangan tersebut disampaikan dalam dwibahasa iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu selain dilengkapi kemudahan Wi-Fi.
  • Dalam bas, kami menyediakan skrin televisyen dan risalah untuk memudahkan penumpang mendapatkan maklumat mengenai tempat-tempat menarik lain di Malaysia.

Perjalanan Mamable Bersama KLHOHO Berakhir Di Taman Burung Kuala Lumpur

Memulakan perjalanan di Hentian 6 – Bukit Bintang dan menjelajah ke beberapa hentian seperti Chinatown, Pasar Seni, Little India, KL Sentral, Muzium Negara, Istana Negara, Tasik Perdana dan berakhir di Taman Burung Kuala Lumpur.

Image may contain: 9 people, including Marcus Osmand, Rosmawati Aboo Hassan, Shariffudin Azhar Omar, Rafzan Tomomi and Lwin Wen Li, people smiling, people standing and text
Gambar oleh AJ Zackery
Image may contain: outdoor
Hentian 6 – Bukit Bintang
Image may contain: 1 person, smiling, standing
Mendengar taklimat ringkas daripada Cik Mira (pihak pengurusan KLHOHO)

Image may contain: outdoor

Image may contain: 9 people, including Marcus Osmand, Rosmawati Aboo Hassan, Lwin Wen Li, Rafzan Tomomi and Shariffudin Azhar Omar, people smiling, people standing
Gambar oleh Racheal Loh – http://www.foodilifecious.com

Image may contain: people sitting

Image may contain: Shariffudin Azhar Omar, sitting and outdoor
Image may contain: 6 people, including Marcus Osmand, Shariffudin Azhar Omar and Racheal Loh, people smiling, people sitting and outdoor
Gambar oleh Aj Zackery

Info KLHOHO : 

Alamat : Elang Wah Sdn Bhd, No. 17 – 1&2, Jalan 1/76, Desa Pandan, 55100 Kuala Lumpur.

Hubungi : 03-92822713 , Email : inquiry@myhoponhopoff.com

Laman web : http://www.myhoponhopoff.com

Facebook : http://www.facebook.com/klhoponhopoff

Instagram : www.instagram.com/klhoponhopoff

No automatic alt text available.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

highlands2hammocks

Budget Adventure Travel - Showing You That Any Adventure is Possible on a Budget

Her Ultimate Life

Simple Tips & Ideas For Your Ultimate Life!

Everydayhero

life & travel / vida & viajes

Veronica's

poem-poem

Get in Shape & Stay in Shape! Weight Loss for Women, Secrets & Tips Revealed!

AMJ Nutrition and Wellness - Your best resource for weight loss products for women! Special tips for getting that tight tummy and waistline you deserve.

Wanderlust Travel & Photos

Experiencing the World One Trip at a Time

www.iksmart.com.my

Bersama Meneraju Jenama Malaysia

AGEN JILBAB SYAR'I

MENJUAL KEBUTUHAN MUSLIMAH GROSIR & ECERAN ONLINE

ZAZ Sweet Trip

"FRIENDS SHOW THEIR LOVE IN TIMES OF TROUBLE, NOT IN HAPPINESS"

sokmodotnet.wordpress.com/

hok sengotti sokmo x2

Live Life Lah.......

Travel, Eat and Live Life to the fullest....

o l i t a

place of all things lovely, by ola masalska

lifewithlilred

Life is better in red

CravenWild

The life and times of a filmmaker: fashion, beauty, books and life.

RABIA RAMBLES

Ramblings About Beauty, Lifestyle & Everything In Between!

highlands2hammocks

Budget Adventure Travel - Showing You That Any Adventure is Possible on a Budget

Her Ultimate Life

Simple Tips & Ideas For Your Ultimate Life!

Everydayhero

life & travel / vida & viajes

Veronica's

poem-poem

Get in Shape & Stay in Shape! Weight Loss for Women, Secrets & Tips Revealed!

AMJ Nutrition and Wellness - Your best resource for weight loss products for women! Special tips for getting that tight tummy and waistline you deserve.

Wanderlust Travel & Photos

Experiencing the World One Trip at a Time

www.iksmart.com.my

Bersama Meneraju Jenama Malaysia

AGEN JILBAB SYAR'I

MENJUAL KEBUTUHAN MUSLIMAH GROSIR & ECERAN ONLINE

ZAZ Sweet Trip

"FRIENDS SHOW THEIR LOVE IN TIMES OF TROUBLE, NOT IN HAPPINESS"

sokmodotnet.wordpress.com/

hok sengotti sokmo x2

Live Life Lah.......

Travel, Eat and Live Life to the fullest....

o l i t a

place of all things lovely, by ola masalska

lifewithlilred

Life is better in red

CravenWild

The life and times of a filmmaker: fashion, beauty, books and life.

RABIA RAMBLES

Ramblings About Beauty, Lifestyle & Everything In Between!

%d bloggers like this: