I am what I am……
Diselangi tiupan angin menyambut kedatangan Mamable di pantai Tanjung Balau, Kota Tinggi Johor merupakan lokasi program yang berprestij iaitu Himpunan Seribu Srikandi Edisi 4.
Program ini telah dianjurkan oleh Majlis Pelancongan Malaysia (MTC), Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) dan Persatuan Dunia Seni Silat Melayu Malaysia (DSSM) serta kerjasama daripada Tourism Johor, Ahli Parlimen Kota Tinggi, Ahli Parlimen Pengerang dan Jabatan Warisan Negara (JWN).
KEJORA Taja Penginapan Himpunan Seribu Srikandi Edisi 4
Pihak KEJORA telah menaja penginapan Mamable dan para srikandi di Bayu Balau Beach Resort. Sebuah resort yang terletak di Tanjung Balau, Desaru di sini boleh dijadikan antara lokasi pilihan untuk melarikan diri daripada kesibukan kerja serta menghabiskan cuti hujung minggu bersama keluarga tercinta.
Merupakan keputusan bijak oleh KEJORA kerana membawa program Himpunan Seribu Srikandi Edisi 4 ini ke Tanjung Balau. Ia memberi impak yang besar kepada sektor pelancongan dan memperkenalkan Tanjung Balau sebagai satu destinasi pelancongan yang unik dan menarik.

Tarikan Utama Tanjung Balau
Mengapa Mamable katakan lokasi ini adalah unik dan menarik? Ini adalah kerana lokasi Tanjung Balau yang terletak di bahagian timur negeri Johor ini amat terkenal dengan perkampungan nelayan dan keindahan pantainya yang mampu memukau sesiapa sahaja. Uniknya pula apabila pantainya menghadap Laut China Selatan telah menawarkan keindahan tersendiri dan sentiasa menjadi pilihan pengunjung tempatan dan luar.
Tarikan utama pantai di Tanjung Balau adalah pada formasi batuan akibat hakisan angin (wind-stress rock) yang boleh dilihat jelas ketika air surut. Dipercayai wujud sejak zaman Permo-karbon sekali gus lebih tua dari era Permian yang bermula sekitar 275 juta tahun silam.
Bayu Balau Beach Resort
Bayu Balau Beach Resort dikelola sepenuh oleh Kejora Hospitality & Services Sdn Bhd (KHSSB). Sebuah resort yang memiliki 17 unit chalet, 6 unit dormitri, 2 unit ‘family room’ dan 8 unit bilik superior. Setiap bilik bercirikan konsep chalet kampung nelayan, unik dan selesa untuk diinapi dan dikunjungi.
Dalam pada itu Kejora Hospitality & Services Sdn Bhd juga telah mengusaha dan mengambil alih sebuah hotel yang dahulunya dikenali sebagai Pelangi Balau Resort dan kini ia dikenali sebagai Bayu Balau Beach Resort. Bertujuan bagi memenuhi permintaan industri pelancongan, Bayu Balau Beach Resort tampil menyediakan kemudahan penginapan yang selesa dan mampu memuaskan hati pengunjung.
Bayu Balau Beach Resort memiliki 108 bilik yang terdiri daripada 80 unit standard, 8 unit Deluxe, 8 unit Family Deluxe, 10 unit villa, hotel ini turut di lengkapi dengan fasiliti seperti bilik diskusi, dewan, ruangan mesyuarat, restoran dan kolam renang yang dilengkapi kolam mini bersaiz jakuzi yang memberikan keselesaan dan meningkatkan kualiti untuk memenuhi keperluan para tetamu.
Kawasan hotel ini berhampiran dengan pantai Tanjung Balau dan Muzium Nelayan Tanjung Balau. Di samping itu, para tetamu boleh merasai keindahan alam semulajadi dan di hotel ini menyajikan makanan berkonsep eksotik dan selera kampung.


Info Bayu Balau Beach Resort :
Tanjung Balau (200.94 mi), Kota Tinggi, Johor
Laman web : kejorahospitality.wordpress.com
Facebook : https://www.facebook.com/BAYU-BALAU-BEACH-RESORT
Untuk maklumat lebih lanjut boleh hubungi kami di talian 013 7289021 (Norazlina) dan 013 6536841 (Izahar)
Info KEJORA :
Jalan Dato’ Hj. Hassan Yunus, 81930 Johor
Laman web : www.kejora.gov.my
Facebook : https://www.facebook.com/Lembaga-Kemajuan-Johor-Tenggara-KEJORA
Hubungi : 07-8843000