Himpunan Seribu Srikandi Edisi 4 Di Pantai Tanjung Balau, Johor


Malaysia Tourism Council Logo

I am what I am………….

Silat adalah satu seni yang sinonim dengan bangsa Melayu. Ia menggambarkan kecantikan seni, ketangkasan langkah, kecekalan dan kebolehan orang yang mahir di dalamnya untuk mengawal pancaindera mereka.

Dua minggu yang lepas, Mamable telah mengikuti trip ‘Himpunan Seribu Srikandi Melayu – Edisi 4’ di Tanjung Balau, Johor Darul Takzim. Program ini dianjurkan oleh Majlis Perlancongan Malaysia (MTC), Persatuan Dunia Seni Silat Melayu Malaysia (DSSM) dan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) bersempena sambutan Hari Wanita. Dengan kerjasama Tourism Johor, Ahli Parlimen Kota Tinggi, Ahli Parlimen Pengerang dan Jabatan Warisan Negara (JWN).

Apa yang Mamable faham mengenai silat ialah sebagai mempertahankan diri. Dah nama pun silat, mestilah khusus untuk mempertahankan diri. Eh! Macam mana pula…? Itulah uniknya seni silat ini. Kita cuma perlu berdiri tegak dan menanti serangan. Pendek kata kalau ada orang serang baru kita balas balik.

Image may contain: outdoor

Image may contain: 1 person, crowd, outdoor and nature

Wanita Kini Mantap Bersilat

Siapa kata tangan yang menghayun buaian tak boleh menggoncang dunia. Kini terbukti Himpunan Seribu Srikandi Melayu ini yang telah meletakkan martabat kedudukan kaum wanita di tempat yang tertinggi. Mamable berasa bangga berada dikalangan srikandi-srikandi ini. Para srikandi yang hadir terdiri daripada wanita yang bekerjaya, wanita yang bergelar isteri dan ibu, wanita yang bergelar pelajar dan ada juga srikandi cilik termuda berumur dalam lingkungan 6 tahun.

Seni mempertahankan diri silat amat sesuai dijadikan amalan kaum hawa kerana ia mempunyai kelembutan semulajadi. Setiap silat mempunyai gerak badan dan pergerakan bunga tari yang berlainan dan wanita mempunyai keistimewaannya tersendiri berbanding lelaki untuk tujuan itu.

Kaum wanita sentiasa mahukan perbezaan supaya mereka kelihatan berbeza diantara satu sama lain. Dalam konteks ini, ia membawa satu gelombang yang baik dalam arena persilatan. Memakai busana Melayu serba lengkap membuatkan mereka tampil dengan kelainan baru. Sudah menjadi lumrah wanita gemar dengan kecantikan kerana itu mereka gemar menggayakan pakaian dan aksesori tradisional melayu di majlis persilatan.

Image may contain: 7 people, crowd and outdoor

Image may contain: 1 person, outdoor

Image may contain: 2 people, people smiling, outdoor

Image may contain: 2 people, crowd and outdoor

Himpunan Seribu Srikandi Edisi 4 Diiktiraf

Paluan gendang, gong dan tiupan seruling bergema di sekitar kawasan Pantai Tanjung Balau, Johor memeriahkan lagi suasana. Program yang dihadiri lebih 2,000 srikandi turut mendapat pengiktirafan Malaysia Tourism Record daripada Majlis Perlancongan Malaysia (MTC) kerana berjaya mengumpulkan 20 jenis perguruan silat di satu tempat. Paling menakjubkan apabila Himpunan Seribu Srikandi Melayu Edisi 4 ini diiktiraf sebagai perhimpunan terbesar yang pernah diadakan di Malaysia oleh Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) yang membabitkan golongan wanita.

Presiden MTC iaitu Encik Uzaidi Udanis berkata ini merupakan perhimpunan srikandi terbesar di dalam negara yang berpotensi menarik pelancong dari luar. Ia selari dengan visi ‘Tahun Melawat Malaysia 2020’ dengan kerajaan mensasarkan untuk menarik lebih 36 juta pelancong ke dalam negara dan berharap dengan inisiatif penganjuran himpunan ini akan dapat menaikkan semangat untuk memartabat dan mempertahankan budaya Melayu kita” katanya.

Menurut Dato’ Ibrahim Saad selaku Ketua Pengarah Biro Tata Negara berkata, “Seni silat selain mempertahankan diri, ia juga satu seni budaya orang Melayu yang boleh menjadi daya tarikan pelancong apabila dipakejkan dengan betul seperti di majlis-majlis adat-istiadat melayu, persembahan dan perkahwinan. Silat adalah satu warisan orang melayu yang diwarisi sejak zaman berzaman”, katanya.

Selepas perasmian program dengan paluan gong sebanyak 5 kali dan pukulan gendang oleh Datuk Ibrahim Saad selaku Ketua Pengarah Biro Tata Negara (BTN) iaitu Datuk Ibrahim Saad, yang mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said dipersembahkan persilatan oleh srikandi dari pelbagai perguruan seperti Pencak Pukulan Sendeng Kota Tinggi, Gayang 5 / Lian-Kluang, Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia kg. Alma, Pulau Pinang, Pertubuhan Silat Seni Gerak Seni Naga Malaysia, Manjung, Perak dan Perguruan Seni Silat Harimau Gayong Malaysia.

Image may contain: 2 people, people playing sports and outdoor

Image may contain: 2 people, including Wai Zuraidah, child, crowd and outdoor

Image may contain: one or more people, people dancing, child, sky and outdoor

Image may contain: 1 person, crowd and outdoor

Misi Dan Visi

Tujuan program ini adalah menyatukan dan menggerakkan para pengamal persilatan generasi lama dan baru dari pelbagai perguruan persilatan di dalam pelbagai aktiviti warisan silat yang berkonsepkan silarturrahim dengan pendirian untuk menyatu, membudaya, memaju, memartabat seni silat Melayu supaya ia dilestarikan, dihormati dan disegani seperti termaktub di dalam akta Warisan Negara.

Silat Untuk Sihat

Kini silat Melayu bukan saja untuk mempertahankan diri, malah menjadi medium untuk mencergaskan minda, badan dan juga kekuatan tulang. Ia juga memberikan kekuatan kepada jantung dan paru-paru agar lebih aktif dan boleh diamalkan perokok yang sering mendapat lelah atau pendek pernafasan.

Persembahan Kuda Kepang

Image may contain: 1 person, sitting and outdoor

Image may contain: 1 person, riding on a horse, beard, outdoor and nature

Suasana Program Himpunan Seribu Srikandi Edisi 4

Image may contain: 21 people, including Zayn Hakeem, people smiling, people standing, night and outdoor
Sebelum bertolak ke Tanjung Balau, Johor – Bergambar bersama para srikandi
Image may contain: 1 person, indoor
Mendengar taklimat sebelum bertolak
Image may contain: 12 people, people standing
Bacaan doa oleh Saudara Mukhriz sebelum bertolak semoga segalanya berjalan dengan lancar

 

Image may contain: 4 people, people smiling, people standing, tree, child, outdoor and nature
Sempat bergambar sebelum memulakan program
Image may contain: 1 person, smiling, standing and outdoor
Puan Maimoon Hussein (Setiausaha Kehormat Persatuan Dunia Seni Silat Melayu Malaysia merangkap Pengarah Program Himpunan Seribu Srikandi Edisi 4)
Image may contain: 2 people, people sitting and food
Alunan paluan gendang, gong dan caklimpung menggamatkan suasana
Image may contain: 4 people, people standing and outdoor
Para hulubalang mengiringi tetamu VIP hingga ke pentas
Image may contain: 11 people, people smiling, crowd and outdoor
Para hulubalang mengiringi tetamu VIP hingga ke pentas
Image may contain: 6 people, people smiling, people sitting and table
Dari kiri : Cikgu Abdul Aziz Abd Majid (Presiden Persatuan Dunia Seni Silat Melayu Malaysia – DSSM), Encik Norazman Othman (Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Tenggara Johor), Dato’ Ibrahim Saad (Ketua Pengarah Biro Tata Negara) dan Dato’ Kamarul Bahrain (Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia).
Image may contain: 3 people, people smiling, people standing and outdoor
Ucapan oleh Encik Uzaidi Udanis selaku Presiden Majlis Pelancongan Malaysia (MTC)
Image may contain: 5 people, people smiling, people standing
Penghargaan kepada Dato’ Ibrahim Saad (Ketua Pengarah Biro Tata Negara)
Image may contain: 5 people, people smiling, people standing
Penghargaan kepada Encik Uzaidi Udanis (Presiden Majlis Pelancongan Malaysia)
Image may contain: 6 people, people smiling, people standing
Penghargaan kepada Encik Norazman Othman (Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Tenggara Johor)
Image may contain: 5 people, people smiling, people standing
Penghargaan kepada Dato’ Ibrahim Saad (Ketua Pengarah Biro Tata Negara) oleh Datuk Sri Megat Hadzlie Adlan (Presiden Persatuan Pelancongan Warisan Malaysia)
Image may contain: 7 people, people smiling, people standing and outdoor
Perasmian Himpunan Seribu Srikandi Edisi 4
Image may contain: 1 person, standing
Pembukaan acara oleh Srikandi Intan Diana

Image may contain: 1 person, standing, crowd and outdoor

Image may contain: 8 people, including Zayani Zulkiffli, people smiling, tree, shoes, outdoor and nature

Image may contain: 10 people, people sitting and table
Sidang media
Image may contain: 24 people, including Adli Maaris, Nia Marlissa and Farah Waheda Wahid, people smiling, crowd and outdoor
Dato’ Ibrahim Saad (Ketua Pengarah Biro Tata Negara) memegang kertas tanda “Kami bersetuju silat diangkat sebagai warisan kebudayaan tidak ketara di dunia”

Image may contain: 7 people, including Wana Abdullah, people smiling, people standing, crowd and outdoor

Gerai Keris, Capal Dan Tengkolok

Image may contain: 1 person, standing and outdoor

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

Info KEJORA : Lembaga Kemajuan Johor Tenggara, Bangunan Ibu Pejabat KEJORA, Jalan Dato’ Haji Hassan Yunus, 81930 Bandar Penawar, Johor Darul Takzim.

Hubungi : 07-8843000

Laman web : www.kejora.gov.my

Facebook : https://www.facebook.com/Lembaga-Kemajuan-Johor-Tenggara-KEJORA

No automatic alt text available.

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s