Lawatan Ke Muzium Kota Johor Lama Bersama Himpunan Seribu Srikandi Edisi 4


Malaysia Tourism Council Logo

I am what I am…….

Pepatah lama pernah berkata, “tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas”. Warisan perlu dikekalkan dan budaya perlu disuburkan. Jika usaha itu tidak dilaksanakan maka generasi akan datang tidak dapat melihat budaya dan warisan nenek moyang mereka.

Mamable berpeluang menyingkap pengkisahan sejarah Johor Lama melalui program Himpunan Seribu Srikandi Edisi 4 dengan anjuran oleh Majlis Pelancongan Malaysia (MTC), Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) dan Persatuan Dunia Seni Silat Melayu Malaysia (DSSM) dengan kerjasama daripada Tourism Johor, Ahli Parlimen Kota Tinggi, Ahli Parlimen Pengerang dan Jabatan Warisan Negara.

Image may contain: 2 people, people smiling, people standing, tree, outdoor and nature

Image may contain: 3 people, people standing and outdoor
Bersama srikandi dan srikanda dalam menyingkap sejarah Johor Lama

Cerita Disebalik Muzium Kota Johor Lama

Muzium ini mula dibuka kepada umum pada bulan Oktober 2007. Rekabentuk bangunan muzium ini bercirikan bentuk rumah tradisional dan merupakan satu-satunya muzium yang dibangunkan secara ‘insitu’ di suatu kawasan yang pernah melakar sejarah penting dalam perkembangan sejarah negara.

Ruang pameran di dalam muzium ini terbahagi kepada beberapa segmen bermula dengan pengenalan Kota Johor Lama sehinggalah kajian-kajian arkeologi yang telah dijalankan di dalam kawasan kota ini oleh penyelidik tempatan dan luar negara.

Image may contain: one or more people, people standing, sky and outdoor

Image may contain: outdoor

Image may contain: 5 people, indoor

No automatic alt text available.

Image may contain: table and indoor

No automatic alt text available.

Kota Johor Lama Sebagai Kota Warisan

Kehadiran kami telah disambut dengan dendangan syair oleh Haji Kamdi Bin Kamil selaku Pegawai Sejarah Yayasan Warisan Johor.

Menurut Haji Kamdi berkata,”tidak ramai yang kenal Kampung Johor Lama, sebuah kawasan penempatan kecil dan terpencil jauh dari pusat bandar Kota Tinggi. Kampung tersebut dinamakan sempena dengan kedudukannya dalam Kota Batu iaitu tempat yang menjadi pusat pentadbiran kerajaan Johor terawal.

Kota Warisan merujuk kepada kota-kota yang menjadi pusat pemenrintahan, kota pertahanan, pusat perdagangan dan pusat perkembangan Islam pada zaman Empayar Johor Riau. Ia didirikan oleh sultan-sultan Johor bagi meneruskan kelangsungan Kerajaan Melayu Melaka yang tewas di tangan Portugis pada tahun 1511, tambahnya lagi.

Melalui penceritaan Haji Kamdi, terdapat 7 buah tapak warisan yang menjadi pusat pemerintahan bagi 11 orang sultan bertempat di persisisran Sungai Johor. Di pusat tapak-tapak tersebut, terdapat makam-makam sultan yang menggunakan batu nisan Acheh.

Image may contain: one or more people, people sitting, tree and outdoor

Image may contain: 1 person, sitting and outdoor

Image may contain: 16 people, people smiling, crowd and outdoor

Tujuh buah tapak warisan tersebut ialah :

  • Kota Kara – dikenali sebagai Pekan Tua yang menjadi pusat pemerintahan Empayar Johor yang pertama. Dibina oleh Sultan Alauddin Riayat Shah II iaitu sultan pertama yang mengasaskan Kesultanan Johor Lama. Terletak di Kampung Sungai Telur, Kota Tinggi.
  • Kota Sayong – terletak di hulu Sungai Sayong. Merupakan pusat pemerintahan kedua kerajaan Johor semasa pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah II. Terdapat makam seperti Makam 12, Makam 7, Makam 5 dan Makam 1 Sayong Pinang.
  • Kota Batu, Johor Lama – terletak di Johor Lama, mudik kanan Sungai Johor. Terdapat makam Sultan Abdul Jalil Riayat Syah II.
  • Kota Seluyut – terletak 7km dari Bandar Kota Tinggi dan merupakan tempat kelahiran Tun Sri Lanang iaitu Bendahara Johor ke 14. Berada di puncak Bukit Seluyut di Kuala Sungai Seluyut dan Selat Medina.
  • Kota Batu Sawar – terletak 3km dari Bandar Kota Tinggi di tebing kanan mudik Sungai Johor. Kota ini diserang oleh Acheh pada tahun 1613.
  • Kota Tauhid – terletak di Kampung Makam iaitu 2km dari Bandar Kota Tinggi. Kota ini dibina daripada batu pada kedudukan yang tinggi bagi memudahkan askar-askar Johor mengawasi kedatangan musuh. Menjadi pusat perdagangan antarabangsa. Terdapat makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang dan Bendahara Tun Habib Abdul Majid yang terletak dalam Kampung Makam.
  • Kota Panchor – pusat pemerintahan terakhir Kerajaan Johor di persisir Sungai Johor sebelum berpindah ke Bentan. Terletak di Kampung Panchor 15km dari Kota Tinggi. Terdapat replika Makam Sultan Abdul Jalil Shah bagi mengenang baginda yang memerintah Panchor. Selain itu terdapat Makam Tengku Dara Putih iaitu anak Sultan Abdul Jalil Shah dari isteri yang lain.

Image may contain: plant and outdoor

Kampung Johor Lama adalah satu-satunya peninggalan yang akan mengingatkan masyarakat tentang sejarah terbinanya sebuah empayar yang kukuh pada suatu masa dahulu. Kampung yang mengambil masa 20 minit perjalanan dari bandar Kota Tinggi ini menyimpan pelbagai keunikan. Selain permandangan yang indah, ia juga mempunyai identitinya tersendiri. Jangan terkejut jika pertama kali menjejakkan kaki ke kampung itu, pasti akan terkejut dengan kewujudan kubur yang berada di merata-rata.

Waktu Beroperasi :

Isnin – Ahad: 9.00 pagi – 6.00 petang

Bayaran Masuk :

Bayaran masuk adalah percuma

Info Muzium Kota Johor Lama :

Kampong Johor Lama, 81900 Kota Tinggi, Johor

Hubungi : 07-883 1498

Info Jabatan Warisan Negara :

Blok A dan B, Bangunan Sultan Abdul Samad, Jalan Raja, Kuala Lumpur

Facebook : https://www.facebook.com/JabatanWarisanNegara/

Laman web : www.heritage.gov.my

Hubungi : 03-2604 4800

Image may contain: text

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s