Menyingkap Sejarah Menyusuri Sungai Johor


Malaysia Tourism Council Logo

I am what I am……

Menyusuri Sungai Johor sambil menikmati suasana hijau de­ngan keindahan pokok bakau serta desiran air sungai memberi pengalaman dan meninggalkan memori yang tidak dapat Mamable lupakan.

Keseronokan dan keterujaan itu dapat dirasakan semasa Mamable menyertai Program Himpunan Seribu Srikandi Edisi 4 anjuran Majlis Pelancongan Malaysia (MTC), Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) dan Persatuan Dunia Seni Silat Melayu Malaysia (DSSM) dengan kerjasama daripada Tourism Johor, Ahli Parlimen Kota Tinggi, Ahli Parlimen Pengerang dan Jabatan Warisan Negara (JWN).

Image may contain: outdoor, water and nature

Image may contain: cloud, sky, ocean, plant, outdoor, nature and water

Menyingkap Sejarah Menyusuri Sungai Johor

Sungai Johor merupakan satu nama besar yang tercatat padanya sejarah kegemilangan Kerajaan Johor. Selama 400 tahun, di perairan sungai itu telah berlaku proses mempertahankan kedaulatan negara, meneruskan warisan kerajaan, mengukuhkan tamadun bangsa Melayu dalam mempertahankan maruah bangsa, agama dan negara. Sejarah keruntuhan kerajaan Melaka pada tahun 1511 di warisi oleh kerajaan Johor mulai tahun 1528. Semua catatan detik gemilang dan peristiwa bersejarah itu tertinggal kukuh si sepanjang sungai ini sehingga hari ini.

Kembara Mamable bermula di Jeti Kampung Johor Lama bersama peserta Himpunan Seribu Srikandi Edisi 4 dapat melihat dan menjejaki sendiri kesan sejarah pemerintahan Kesultanan Me­layu Johor satu ketika dahulu.

Mamable dan beberapa rakan media merupakan pasukan pertama yang menaiki bot. Ini bagi memudahkan kerja kami mengambil beberapa gambar para peserta menaiki bot besar dan beberapa bot kecil yang lain.

No automatic alt text available.

Image may contain: 1 person, smiling, sky, ocean, boat, cloud, outdoor, water and nature

Image may contain: one or more people, sky, cloud, outdoor, nature and water
Pakcik yang mengemudi bot kami
Image may contain: sky, outdoor, nature and water
Para peserta Himpunan Seribu Srikandi Edisi 4 menaiki bot ini untuk menyusuri Sungai Johor

Image may contain: cloud, sky, outdoor, nature and water

Image may contain: sky, cloud, ocean, outdoor, water and nature

Image may contain: 1 person, ocean, sky, cloud, outdoor, water and nature

Meredah Kampung Panchor

Aktiviti menyusur sungai semakin menarik apabila Mamable dan para peserta meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki meredah Kampung Panchor yang pernah memainkan peranan penting dalam sejarah Johor.

Rupa-rupanya, sebelum pusat pemerintahan kerajaan Johor berpindah ke Tanjung Puteri yang dikenali sebagai Johor Bahru sekarang, Kampung Panchor merupakan ibu negeri Johor terakhir hingga tahun 1866. Mamable terasa amat bertuah dapat menjejakkan kaki ke kampung yang bersejarah itu. Mamable seperti tidak akan terbayang, kawasan berkenaan amat bersejarah dan kini kampung tersebut hanya sebuah perkampungan nelayan kecil.

Antara peninggalan sejarah yang terdapat di kampung itu seperti Makam Sultan Abdul Jalil di kaki bukit, Kubu Kota dan makam Tengku Dara Putih di puncak bukit.

Image may contain: text
Image may contain: sky, cloud, ocean, outdoor, water and nature

Image may contain: sky, cloud, outdoor and nature

Image may contain: 1 person, standing, tree, plant, outdoor and nature
Mendengar taklimat sebelum menziarah makan
Image may contain: one or more people, people standing, tree, outdoor and nature
Melalui kawasan berbukit ke makan Tengku Dara Putih
Image may contain: 21 people, people smiling, people standing and outdoor
Bergambar berkumpulan di hadapan makam Tengku Dara Putih
Image may contain: outdoor
Makan Tengku Dara Putih

Image may contain: tree and outdoor

Image may contain: outdoor
Makam Sultan Abdul Jalil Shah

Mamable berharap agar menerusi program ini, kawasan Kampung Panchor terus menerus dijadikan produk pelancongan. Lebih menarik, perkongsian ilmu menerusi program ini telah  berjaya membuka minda para peserta mendapat pengetahuan yang bermanfaat selain meneroka khazanah alam dengan menaiki bot.

Info Jabatan Warisan Negara : 

Blok A dan B, Bangunan Sultan Abdul Samad, Jalan Raja, 50500 Kuala Lumpur

Laman web : www.heritage.gov.my

Facebook : https://www.facebook.com/JabatanWarisanNegara/

Hubungi : 03-2604 4800

Image may contain: text

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s