I am what I am……..
Resorts World Genting sememangnya sinonim dengan pelbagai tarikan terutama taman-taman temanya yang berjaya menarik ramai pelancong dari dalam dan juga luar negara.
Setelah penat berhibur, pasti para pengunjung mencari-cari medan selera yang bersesuaian dengan citarasa masing-masing.
Kalau nak diikutkan memang terdapat banyak tempat-tempat makan di Resorts World Genting tetapi kini ia sedang melebarkan sayapnya dengan pembukaan medan selera dengan menyajikan pelbagai menu yang menarik.
Menurut Encik Mohd Fauzan Abdul Fatah merupakan Pengurus Outlet Medan Selera di SkyAvenue, terdapat 164 jenis menu disediakan dan antaranya dibahagikan mengikut citarasa selera Asia dan Asia Barat.

Antara menu tempatan yang disediakan adalah Bakso, Mihun Goreng, Char Kway Teow, Nasi Lemak, Nasi Kandar, Nasi Beriani, Mee Goreng, Mee Bandung, Laksa Nyonya, Laksa Johor, Laksam Kelantan, Asam Laksa, Nasi Dagang, Nasi Kerabu, Nasi Ayam, Nasi Goreng, Rojak Mamak, Rojak Mee dengan harga serendah RM12 bagi setiap hidangan.
Untuk menu makanan Barat dan Asia Barat pula antaranya seperti Kebab, Fsh & Chips, Ayam Panggang ‘Shish Tawook’, Roti Keju, Calamari Rings, Kentang Goreng dan Shawarma Kambing.
Juga terdapat pelbagai jenis minuman sejuk dijual termasuk menu pencuci mulut seperti Som Som Gula Melaka, Sagu Gula Melaka serta aneka kuih-muih termasuk Karipap, Samosa Kentang dan Kek Lapis Sarawak.
Menurut Cef Hapizi, ‘keaslian rasa setiap hidangan yang disajikan mengambil kira latar budaya, agama dan bangsa yang berkunjung ke taman tema tersebut. Setiap hidangan yang dihidangkan adalah bagi memenuhi selera para pengunjung yang datang ke sini supaya rasa masakan-masakan yang dihasilkan di sini sama seperti menu-menu yang sama dengan yang dijual di luar’.
Apa Ada Di Medan Selera SkyAvenue
Menawarkan Menu-Menu Yang Menarik
Ruang Makan Yang Selesa Dan Bersih
Medan Selera SkyAvenue ini terletak di Aras G, SkyAvenue Mall dan ia mampu memuatkan 270 orang dalam satu masa. Ia mula beroperasi pada pukul 8.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari.
Info :
Laman web : www.rwgenting.com
Facebook : https://www.facebook.com/ResortsWorldGenting/