Perasmian Majlis Penutup Himpunan Seribu Srikandi Edisi 4


I am what I am……..

Menghadiri majlis penutup bagi Program Himpunan Seribu Srikandi Edisi 4 di Kampung Johor Lama. Majlis penutup ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narashid, Ahli Parlimen Kota Tinggi, Johor.

Himpunan Seribu Srikandi Edisi 4 ini merupakan program khas yang meletakkan martabat kaum wanita itu sendiri separas dengan kaum lelaki. Program khas ini telah dianjurkan oleh Majlis Pelancongan Malaysia (MTC), Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), Persatuan Dunia Seni Silat Melayu Malaysia (DSSM) dan disokong oleh Jabatan Muzium Malaysia (JMM), Jabatan Warisan Negara (JWN), Tourism Johor, Ahli Parlimen Penawar dan Ahli Parlimen Pengerang.

Image may contain: 4 people, crowd
Kehadiran srikandi dan srikanda untuk Himpunan Seribu Srikandi Edisi 4 di Kampung Johor Lama
Image may contain: 4 people, people standing
Ketibaan YB Dato’ Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narashid, Ahli Parlimen Kota Tinggi, Johor, disambut mesra oleh srikandi-srikandi seluruh negeri.

Ketibaan YB Dato’ Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narashid yang meruakan Ahli Parlimen Kota Tinggi telah disambut mesra dan penuh hormat oleh para srikandi dan srikanda dari Himpunan Seribu Srikandi Edisi 4 di Kampung Johor Lama.

Para hadirin berdiri tegak penuh hormat menyanyikan lagu Bangsa Johor dan diikuti pula dengan nyanyian lagu Negaraku.

Image may contain: 5 people, people smiling
Barisan tetamu kehormat yang hadir

Persembahan daripada adik-adik dalam mempersembahkan Tarian Inang Selamat Datang kepada para tetamu kehormat dan para hadirin srikandi dan srikanda dalam majlis penutup Himpunan Seribu Srikandi Edisi 4 ini.

Image may contain: 6 people, people smiling
Para adik bersedia untuk persembahan 
Image may contain: 1 person, standing and child
Persembahan Tarian Inang Selamat Datang

Ucapan kata alu-aluan oleh Encik Zaini Bin Sayuti selaku Penghulu Mukim Johor Lama dan ucapan perasmian oleh YB Dato’ Noor Ehsanuddin Bin Mohd Harun Narrashid yang merupakan Ahli Parlimen Kota Tinggi serta penyampaian cenderahati.

Image may contain: 5 people, people smiling, people standing
YB Dato’ Noor Ehsanuddin Bin Mohd Harun Narrashid (Ahli Parlimen Kota Tinggi) bersama Encik Norazman Bin Othman (Pengurus Besar KEJORA)

Image may contain: 5 people, people smiling, people standing

Image may contain: 4 people, people smiling, people standing

Image may contain: 6 people, people smiling, people standing

Image may contain: 5 people, people smiling, people standing

Objektif Himpunan Seribu Srikandi Dunia Seni Silat Melayu Edisi Ke 4

  • Menghimpun seribu para pesilat srikandi dalam satu majlis ilmu bela diri.
  • Mengeratkan hubungan silaturrahim antara para pesilat seluruh Malaysia.
  • Melahirkan para pesilat yang sihat jasmani dan rohani.
  • Keseluruhan program akan didokumentasikan bagi tujuan pencalonan warisan dan budaya seni persilatan ke UNESCO oleh Jabatan Warisan Negara.

Suasana Kampung Johor Lama

No automatic alt text available.

Image may contain: cloud, sky, tree, outdoor, nature and water

Image may contain: cloud, sky, ocean, tree, outdoor, nature and water

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s