I am what I am…….
Dengan tagline mereka iaitu “irreplaceable human touch” telah meletakkan Luminous Beauty Parlour disetiap hati wanita yang datang untuk mendapatkan rawatan kecantikkan yang bermula dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.
Luminous Beauty Parlour terletak di Desa Parkcity menjadi tumpuan para wanita untuk mendapatkan rawatannya. Mamable salah seorang wanita yang telah mendapatkan rawatan mengurut, itu pun kerana ajakan seorang rakan media Cik Racheal Loh.
Apa yang ada di Luminous Beauty Parlour?
Servis yang ditawarkan adalah penjagaan kecantikkan diri bermula dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Menawarkan kecantikkan paras rupa, kuku kaki dan tangan, urutan badan dan ’embroidery’ kening.
Memanjakan diri bagi seseorang wanita amatlah penting. Kerana setiap penampilan wanita itu merupakan keyakinan diri ketika berhadapan dengan klien dan orang-perseorangan. Boleh dikatakan kecantikkan merupakan aset penting bagi setiap wanita.
Oleh itu, Luminous Beauty Parlor telah menyediakan rawatan kecantikkan yang mempunyai kombinasi yang unik. Antaranya:
- Penjagaan kuku kaki dan tangan – menggunakan produk Diami – produk kosmetik gel mencuci kuku nombor 1 terkenal dari Korea. Juga produk Thuya dari Spain untuk penjagaan tangan dan kaki. Siapa kata kaki tidak perlukan terapi, di sini mereka menggunakan produk Theesak. Di mana kaki dirawat untuk mengelakkan tumit kaki pecah.
- Penjagaan wajah – menggunakan produk dari Babor. Produk inidapat mengelakkan wajah dari gejala penuaan, kulit yang dehidrat, warna ton yang tak sekata, kombinasi kulit yang berminyak, untuk kulit yang sensitif dan kulit kusam.
- Penjagaan badan – untuk penjagaan badan ini terdapat beberapa jenis rawatan urutan yang disediakan antaranya urutan Aroma, urutan Swedish, urutan Balinese, urutan Hot Stone, urutan Ginger, urutan Slimming, urutan Sport, urutan Payudara, urutan kaki dan kepala serta urutan ketika berpantang dan selepas pantang. Urutan yang disediakan ini hanya mengikut kehendak pelanggan itu sendiri.
- Rawatan ‘Embroidery’ – Luminous Beauty Parlour merupakan pakar dalam rawatan ini. Pakar dalam mencantikkan kening dan bibir mengikut bentuk muka masing-masing.

Rawatan urutan badan untuk Mamable
Mamable dilayan seperti seorang permaisuri ketika mendapatan rawatan urutan keseluruhan badan. Rawatan yang diberikan merupakan urutan Balinese.
Bayangkan Mamable yang baru balik dari trip dan bekerja selama seminggu tanpa rehat, pastinya akan berasa letih, lesu, tidak bermaya dan tidak cergas. Tubuh manusia seperti juga mesin memerlukan rehat.
Merupakan peluang bagi Mamable dengan memanjakan diri selama hampir 2 jam itu hadir kali pertama seumur hidup selepas Mamable membuat keputusan tidak salah mencuba dan merasai pengalaman ‘dibelai’ dan mendapat rawatan di spa.
Kalau nak tahu, keistimewaan urutan ini ialah dapat memecahkan gelembung angin dalam badan dan membuatkan Mamable berasa selesa dan tertidur semasa urutan dilakukan. Urutan Bali ini berbeza dengan urutan lain kerana ia bersifat lebih lembut dengan menggunakan urutan jari-jemari tanpa melibatkan anggota tubuh lain seperti siku dan kaki seperti terdapat pada urutan Thai.
Tubuh Mamable diurut dengan teknik Bali dalam masa 2 jam dan jelas, teknik menggunakan ibu jari dan penggunaan siku yang tidak begitu menyakitkan itu membantu melegakan otot serta menghilangkan lenguh.
Selesai saja sesi urutan badan, Mamable dihidangkan dengan secawan teh herba. Lega dan menenangkan.


Info Luminous Beauty Parlour :
G-1-7 Plaza Arkadia NO 31 Perdana Desa Park City, Jalan Intisari, 52200 Kuala Lumpur
Hubungi : 017-260 3180
Website : http://www.luminous-nails.com/
Facebook : https://www.facebook.com/luminousbeautyparlour/
Waktu Operasi :
Isnin hingga Jumaat : 11.00 pagi hingga 8.00 malam
Sabtu hingga Ahad : 10.00 pagi hingga 7.00 malam
Tutup pada minggu pertama setiap bulan
wow wonderful pics and collections .. Could not understand the language , used translator to understand it , written well.
LikeLiked by 2 people