Event

Demam Bola 2018 Kini Melanda Resort World Genting


Image may contain: 3 people, people smiling

I am what I am…….

Demam bola bakal menggegarkan arena bola sepak. Pertandingan yang mempunyai paling ramai penonton kini menggilai para peminat tegar bola sepak. Pada 2018 ini, Resort World Genting ingin membawa pengunjung mereka yang memegang kad ahli Genting Reward untuk memenangi trip ke Rusia untuk menyaksikan sendiri pertandingan bola sepak bertaraf dunia itu.

Untuk makluman semua, Rusia selaku tuan rumah untuk Piala Dunia 2018 yang bakal diadakan bermula 14 Jun hingga 15 Julai 2018, di 11 buah bandar raya iaitu Moscow, St. Petersburg, Kazan, Nizhny Novgorod, Saransk, Kaliningrad, Volgograd, Yekaterinburg, Samara, Sochi dan Rostov-on-Don.

Pada 15 Mac lepas, Resort World Genting telah merasmikan ‘Genting Football Fever 2018’ di mana Encik Kevin Tann selaku Vice President bagi Hiburan dan Promosi Resort World Genting berkata, ‘dalam Piala Dunia ini, hanya berkisar mengenai rasa tidak sabar untuk mengetahui siapa juara untuk tahun 2018 nanti. Kerana itulah, Resort World Genting ingin berkongsi rasa keterujaan tersebut bersama para pengunjung dan dalam masa yang sama mereka dapat memenangi hadiah lumayan untuk menyaksikan Piala Dunia 2018 di Rusia. Hanya 10 pemenang bertuah berpeluang memenangi hadiah tersebut.

Image may contain: 1 person, screen

Image may contain: 2 people, people smiling, people standing, suit and indoor

Hanya para pengunjung yang memegang kad ahli Genting Reward sahaja bakal memenangi hadiah berupa 10 tiket pergi dan balik ke Moscow, Rusia, termasuk penginapan selama 4 malam dan tiket FIFA Club untuk menyaksikan acara pembukaan Piala Dunia 2018. Untuk memenangi kesemua hadiah lumayan dan berprestij ini, para pemegang kad ahli GRC hanya perlu ‘spend’ minimum RM500 dalam satu resit bermula pada 01 Mac 2018 hingga 30 April 2018. Setiap resit pembelian tersebut perlu dilampirkan bersama borang permohonan dan masukkan ke dalam kotak yang telah disediakan di pusat informasi Sky Avenue aras 1. Jangan terkejut kalau anda merupakan pemenang bertuah bagi sebuah Toyota C-HR 1.8.

Pakej travel Genting Football Fever 2018 Russia :

  • Tiket kelas ekonomi (Kuala Lumpur – Moscow), termasuk cukai – penerbangan pada 11 June 2018.
  • Penginapan 4 malam termasuk sarapan – tertakluk untuk twin sharing.
  • ‘Return airport transfers’.
  • ‘Return stadium transfer’.
  • Separuh hari ‘city tour’ termasuk makan tengahari.
  • Makam malam.
  • ‘Fully escorted guide’.
  • 1x tiket FIFA Club untuk acara pembukaan Piala Dunia 2018.

Image may contain: car

Para pengunjung juga boleh menyaksikan perlawanan Piala Dunia 2018 tersebut di Arene Courtyard pada 17 Mei hingga 15 Julai 2018 dan terdapat pelbagai aktiviti bakal diadakan. Bagi memeriahkan kehangatan yang bakal terasa, Resort World Genting akan membawa 3 pemain bola sepak legend dunia iaitu Michael Owen merupakan bekas penyerang bagi pasukan Liverpool, Real Madrid, Manchester United dan Kumpulan Kebangsaan English akan tiba pada 14 hingga 16 Jun 2918 untuk bertemu para peminatnya. Manakala Robbie Fowler pula merupakan bekas pemain Liverpool dan penyerang bagi pasukan England dan Paul Scholes pula merupakan bekas pemain pasukan Manchester United dan pemain pertahanan tengah bagi pasukan England bakal bertemu peminat pada 13 hingga 15 Julai 2018 nanti.

Image may contain: 2 people

Image may contain: 1 person, camera

Info :

Untuk info lebh lanjut, sila hubungi o3-61011118 atau lawati laman web di http://www.rwgenting.com

Image may contain: text

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s