I am what I am……
Raksasa menyerang pusat membeli belah MyTown, Cheras. Ehhh tersilap pula, bukan raksasa tetapi Mighty Monster kini melebarkan sayapnya di MyTown pula. Pada bulan March yang lepas, Mamable menerima jemputan daripada Bella Jamal untuk menghadiri majlis perlancaran restoran Mighty Monster dan memperkenalkan beberapa menu yang menjadi signature di restoran ini.
Jangan pula nanti anda datang ke restoran ini dan makan seperti raksasa…hahahaha. Restoran ini sebenarnya mempunyai karektor tersendiri. Membawa karektor seekor raksasa yang comel menampilkan personaliti sebagai sebuah restoran yang gah, berani, penuh dengan keegoan dan sensitif.
Restoran ini menyajikan sajian fusion ‘western’ dan ‘Asian Cuisine’. Terbahagi kepada beberapa kategori seperti ‘Brunch’, ‘Dinner’, ‘Monster Snack’ dan ‘Desserts’. Tetapi untuk kali ini, Mamable hadir untuk review beberapa menu yang menjadi signature. Ketua Cef Andrew Karmajana dari Indonesia telah membawa pengalaman memasak beliau dari Australia, Sydney dan Indonesia terus ke dalam masakannya. Patutlah Mamable boleh merasai kombinasi masakan dari negara Seberang, barat dan Timur. Satu kombinasi rasa yang unik.
Antara menu-menu signature tersebut ialah :
- Monster Burger (RM38.00)

- Hulk Smash (RM28.00)

- Sweet Escape (RM28.00)

Terdapat juga menu-menu yang menjadi pilihan :












Suasana di Mighty Monster
Berita dari Mighty Monster, MyTown
Berita terkini daripada Mighty Monster di MyTown, cawangan kedua Mighty Monster akan dibuka di IPC, Kota Damansara pada bulan Jun 2018 nanti. Salah satu perancangan dalam Monster Project, mereka akan melancarkan sebuah QSR (quick service restaurant) iaitu Monster Coffee Lab.
Waktu beroperasi :
Ahad hingga Rabu – 10.00 pagi hingga 12.00 pagi
Khamis hingga Sabtu – 10.00 pagi hingga 2.00 pagi
Info Mighty Monster :
Alamat : G-019, Mytown Shopping Center, Kuala Lumpur
Hubungi : 03 9201 6132 | info@mightymonster.co
Laman web : https://www.mightymonster.co/
Facebook : https://www.facebook.com/mymightymonster/
Instagram : https://www.instagram.com/mymightymonster/