Majlis Pelancaran Program Jalan Kaki 1600KM Malaysia Book Of Records LHDNM 2018


Image may contain: one or more people and text

I am what I am……

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah melancarkan satu program yang telah memberi impak besar kepada LHDNM itu sendiri. Program yang dimaksudkan tadi ialah Program Jalan Kaki 1600KM Malaysia Book Of Records LHDNM 2018 yang bermula pada 09 April 2018 di LHDNM Cawangan Ipoh, Perak dan dijangka tamat di Cyberjaya pada 15 Mei 2018 nanti.

Objektif utama program ini ialah untuk mencipta rekod bagi LHDNM di bawah kategori Jalan Kaki Terjauh secara berkumpulan dan sekaligus memecahkan rekod Malaysia Book Of Records sebelum ini. Untuk memecah rekod yang telah dicipta, Malaysia Book Of Records telah menetapkan peserta Jalan Kaki Terjauh LHDNM ini perlu mencapai jarak minima 1595.76KM iaitu sebanyak 20% melebihi rekod sebelum ini.

Melalui program ini juga dapat memberikan kesedaran cukai kepada pembayar cukai dan menjalankan tanggungjawab sosial CSR LHDNM di cawangan-cawangan tertentu.

Para peserta yang mewakili LHDNM dalam Program Jalan Kaki Terjauh ini ialah Supt/PB Tuan Eyu Leong Boon yang merupakan Pengarah Bahagian Keselamatan, Encik Muhammad Nazmi Bin Mohammad Norrizal, seorang Pegawai Bahagian Keselamatan dan Sjn/PB Rogayah Binti Ali juga Pegawai Bahagian Keselamatan. Para wira ini juga telah membawa 10000 risalah untuk diedarkan kepada orang ramai nanti.

Misi dengan mencipta rekod baru dalam Malaysia Book Of Records ini sebenarnya menaikkan imej LHDNM malah ia dapat membangkitkan semangat dan motivasi khususnya kepada Polis Bantuan LHDNM dan secara amnya kepada pegawai-pegawai LHDNM dalam menghadapi sesuatu cabaran. Bukan itu saja program ini akan diisi bersama Program CSR ke sekolah-sekolah terpilih dan Program Hasil4U untuk memberi kesedaran cukai di Pusat Khidmat Hasil Kulim Kedah, Cawangan Kuala Terengganu, Cawangan Johor Bahru dan Cawangan Melaka.

Pelaksanaan program ini sedikit sebanyak dapat memberikan kesedaran pada orang awam dan orang awam itu sendiri mengenali LHDNM bukan sahaja sebagai mengutip cukai tetapi dikenali melalui sumbangannya kepada masyarakat yang bertujuan untuk kesejahteraan rakyat Malaysia.

Image may contain: text

Suasana Majlis Pelancaran Program Jalan Kaki 1600KM

Image may contain: one or more people and outdoor

Image may contain: people standing and outdoor
Di bangunan LHDNM Cawangan Ipoh, Perak
Image may contain: 9 people, including Izan Khai and RNoor Afzan RYahya, people smiling, people standing and outdoor
Warga LHDNM Cawangan Ipoh turut serta dalam memberikan semangat kepada wira penjalan kaki
Image may contain: 10 people, people smiling, people standing
Sorakan Pom Pom Girl warga LHDNM
Image may contain: one or more people, people standing, crowd and outdoor
Warga LHDNM bergambar bersama maskot LHDNM
Image may contain: 1 person, standing and outdoor
Maskot LHDNM turut serta
Image may contain: 3 people, people standing
Barisan tetamu kehormat dari kiri : Encik Roszamman Md. Nawi (Pengarah LHDN Perak), Puan Rozina Shaik Osman Merican (Pengarah Jabatan Khidmat Korporat LHDN) dan Encik Mohammed Noor Ahmad (Pengarah Jabatan Operasi Cukai LHDN)
Image may contain: 2 people, people standing and crowd
Perasmian oleh Puan Rozina Shaik Osman Merican (Pengarah Jabatan Khidmat Korporat LHDN) disaksikan oleh Encik Mohammed Noor Ahmad (Pengarah Jabatan Operasi Cukai LHDN) dan Encik Roszamman Md. Nawi (Pengarah LHDN Perak) 
Image may contain: 12 people, people smiling, people standing
Penyerahan bendera LHDN oleh Puan Rozina Shaik Osman Merican (Pengarah Jabatan Khidmat Korporat LHDN) kepada wira penjalan kaki

Image may contain: 11 people, people smiling, people standing

Pelepasan Wira Penjalan Kaki 1600KM

Image may contain: one or more people, people standing and outdoor

Image may contain: 3 people, people standing and outdoor

Image may contain: 1 person, standing and outdoor

Info Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) :

Alamat : Ibu Pejabat LHDN Malaysia, Menara Hasil, Persiaran Rimba Permai, Cyber 8
Cyberjaya 63000

Hubungi : 1-800-88-5436

Laman web : www.hasil.gov.my

Facebook : https://www.facebook.com/LHDNM/

No automatic alt text available.

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s