Review Just Seafood : Pilihan Restoran Seafood Terbaik Di Kota Damansara


I am what I am……

Seleksi hidangan makanan laut yang terbaik dan segar khusus untuk penggemar dan peminatnya yang didatangkan dari samudera terus ke meja anda. Just Seafood yang terletak di Sunway Giza, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor merupakan antara destinasi yang wajib dikunjungi.

Ketam, udang, sotong, kerang dan kupang, Just Seafood mampu memenuhi selera itu dalam pelbagai gaya hidangan. Just Seafood menawarkan sajian masakan laut seperti shellout yang diketengahkan kebanyakan restoran-restoran makanan laut lain cuma yang menjadi perbezaan Just Seafood dengan restoran lain ialah Just Seafood memberikan citarasa baru kepada orang ramai dengan menggabungkan makanan laut dengan pelbagai jenis kuah.

Image may contain: food

Image may contain: food

Antara Yang Ditawarkan Di Just Seafood

Antara menu yang ditawarkan di Just Seafood ialah :

  • Nasi Lemak Cajun yang dihidangkan dengan Louisiana Cajun Sauce.

Image may contain: food

Image may contain: food

  • Golden Salted Egg Sauce Seafood – seafood yang dimakan dengan sos telur masin ini memang sedap dan terbaik. Ia juga boleh dimakan dengan Deep Fried Man Tou iaitu sejenis roti yang digoreng rangup tapi rasanya seperti jemput-jemput tepung. Teramat sedap dicicah dengan sos Golden Salted Egg.

Image may contain: food

  • Creamy Durian Sauce Seafood – Just Seafood baru saja memperkenalkan sos berperisa durian terbaru daripada Just Seafood untuk anda pada 15 April 2018 yang lepas. Jangan pelik jika durian dimakan bersama seafood. Sesuatu yang tak pernah dibuat orang. Hakikatnya rasa Creamy Durian Sauce Seafood sememangnya sedap dan kombinasi antara seafood dan durian adalah seimbang. Mamable amat recommend menu ini pada anda semua.

Seafood Dengan Kuah Durian….Biar Betul?

Dalam usaha memberikan lebih pilihan hidangan kepada masakan laut ini, Encik Terence Ham, tampil dengan sejenis masakan seafood berkuah durian dan ia berasaskan resipi sendiri. Kiranya Encik Terence seorang yang berani mencuba. Dia yang juga merupakan pemilik restoran Just Seafood berkata, apa yang ditawarkan pasti memberi kelainan citarasa daripada restoran-restoran lain.

Image may contain: food

Image may contain: food

  • Original Cajun Sauce – Semuanya sama seperti set yang lain serta rasa sosnya dengan gabungan mentega dan bawang putih.
  • Coconut Ice Cream – merupakan dessert ais krim bersama biskut kelapa kering. Terdapat isi kelapa di bahagian dasar ais krim. Dessert ini nampak unik sebab ia dihidangkan menggunakan tempurung kelapa itu sendiri.

Image may contain: dessert and food

Apa Anda Perlu Tahu Mengenai Just Seafood

Setiap set mengandungi campuran ketam, udang gergasi, sotong, kupang dan kepah akan dihidangkan bersama jagung, lobak merah dan kentang.

Tedapat tiga sos pilihan yang ditawarkan iaitu Lousiana Cajun, Butter Milk dan Creamy Peanuts hasil ciptaan Cef Bo Hue Luc Cuong dari Vietnam. Ketiga-tiga sos ini mempunyai keistimewaan dan tarikan yang tersendiri. Bagaimanapun, Sos Lousiana Cajun yang dipopularkan oleh komuniti Vietnam di Lousiana, AS merupakan pilihan utama pelanggan di sini.

Just Seafood juga menawarkan aneka pilihan makanan yang hidangkan secara ala carte. Terdapat aneka salad, makanan bergoreng, pencuci mulut dan minuman yang boleh dijadikan pilihan hidangan bergantung kepada selera pelanggan.

Alkisah Just Seafood

Sebuah restoran dua tingkat yang santai dan terbuka membolehkan pelanggan menikmati makanan dalam suasana yang santai ala-ala di tepi laut. Just Seafood mengutamakan aspek kebersihan dan menggunakan bahan yang HALAL bagi menarik lebih ramai pengunjung Melayu yang gemarkan konsep shell out.

Restoran dua tingkat ini mampu memuatkan 80 hingga 100 pelanggan pada satu-satu masa. Bagi pelanggan yang ingin mengadakan parti atau jamuan tertutup, mereka turut menyediakan ruang di tingkat atas yang mampu memuatkan kira-kira 50 pelanggan.

Image may contain: 1 person, sitting and indoor
Encik Terence Ham

Image may contain: plant and outdoor

Image may contain: outdoor and indoor

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

Image may contain: 1 person, smiling

Image may contain: Balqis Athirah, eating, sitting, table, indoor and food

Image may contain: 5 people, people sitting, people eating, table, food and indoor

Info Just Seafood : 

Alamat : A-9-G, Sunway Giza Mall, Jalan PJU 5/14, Dataran Sunway, Kota Damansara, 47810, Petaling Jaya, Malaysia.

Operasi : 12.00 tengahari – 10.30 malam (Isnin – Ahad)

Hubungi : 012-2290855 (Tempahan)

Facebook : https://www.facebook.com/JustSeafoodMY/

No automatic alt text available.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s