I am what I am……
Kacang Pool dan Nasi Kandar serta masakan kampung yang lain menjadi pilihan Zende Restaurant, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur untuk juadah berbuka puasa pada Ramadan ini.
Cef Haji Saad dan teamnya akan memastikan hidangan bufet ramadan berbuka puasa nanti menarik perhatian para pengunjungnya. Cef juga rekomen hidangan ulaman bersama Sambal Belacan, Cencalok, Budu, Tempoyak Cili, Sambal Nanas, Sambal Mangga dan Sambal Gesek. Manakala Kerabu dan ulam-ulaman kampung seperti Kacang Botol, Pegaga, Ulam Raja, Daun Kadok dan Paku Rawan merupakan menu yang amat sesuai bagi mereka yang diet dan menjaga badan.
Kehadiran Ramadan Al-Mubarak diserikan dengan sajian bertemakan Santapan Buka Puasa sebagai tarikan utama yang bermula dari pelbagai hidangan masakan Melayu tradisional ‘mesti cuba’ seperti Kambing Bakar, Kacang Pool, Nasi Kandar, Briyani Gam dan Sup Gearbox.

Antara Juadah Berbuka Puasa Di Zande Restaurant
Mamable bermula dengan hidangan pembuka selera seperti Rojak Buah-Buahan, Petis Udang Manis, Pasembor, Aneka Goreng Satay Skewer dan Aneka Kerabu.
Halaman ulam-ulaman bagi mereka yang berdiet dan jaga badan. Pencecah ulaman seperti Sambal Belacan, Cencaluk, Budu, Tempoyak Cili, Sambal Gesek, Sambal Nanas dan Sambal Mangga.
Terdapat juga stall-stall yang menyajikan pelbagai jenis masakan seperti Kway Teow Goreng, Briyani Gam, Mee Rebus, Mee Kari, Kacang Pool Telur Goyang, Sup Gearbox, Shell Out, pilihan Pizza, Nasi Kandar dengan Kari kepala Ikan, Daging Masak Hitam, Acar Mentah, ada juga menu Lok-Lok, Roti John Meleleh dan banyak lagi.






Selepas itu, Mamable menjengah pula ke sajian utama bufet ramadan dengan menu masakan selera kampung seperti :




Bubur Manis Station merupakan hentian yang paling Mamable suka. Di sini terdapat 8 jenis bubur dan kesemuanya Mamable suka. Antaranya Pengat Ubi, Bubur Kacang Hijau dengan Durian, Pulut Hitam, Pengat Pisang, Bubur Gandum, Pengat Ubi dengan Sago, Bubur Cha Cha dan Bubur Jagung.
Kuih-muih trdisional dan moden, kek, coklat dan buah-buahan juga turut di sajikan kepada para pengunjung.
Baucar Tempahan Berbuka Puasa Dan Pakej Hari Raya
Baucar tempahan dibuka sekarang dengan tawaran promosi RM90.00 bersih untuk pelanggan terawal bermula sekarang.
Harga biasa adalah RM120.00 bersih selain turut menawarkan RM80.00 bersih seorang untuk pakej dan menu special bagi berbuka puasa dan pakej Rumah Terbuka Hari Raya secara kumpulan melebihi 50 orang.
Perkhidmatan katering, pakej berbuka dan pakej rumah terbuka Aidilfitri juga ada disediakan.
Info Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur :
Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur, Jalan Putra, Kuala Lumpur.
Hubungi : 03-4042 5555
Laman web : http://www.seripacifichotel.com
Facebook : https://www.facebook.com/seripacificofficial/
Instagram : https://www.instagram.com/seripacifichotelkl/?hl=en