I am what I am…….
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) terus-menerus memperkasakan aktiviti kemasyarakatan dengan pelancaran program Tanggungjawab Sosial (SR) LHDNM Bil 5/2018 yang bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Cochrane Perkasa Kuala Lumpur baru-baru ini.
Program ini merupakan kesinambungan kepada program-program SR yang telah memasuki fasa ke-5 pada tahun ini dengan bertemakan “Creating Awareness, Sharing Nation’s Prosperity” sebagai tunjang dan matlamat utama program SR LHDNM 2018.
Di antara aktiviti-aktiviti yang dianjurkan bersempena dengan program ini adalah :
- Warga LHDNM bersama para pelajar dan para guru menceriakan persekitaran sekolah dengan membuat lakaran / lukisan graffiting yang memaparkan manfaat cukai untuk kemakmuran negara.
- Warga LHDNM bersama para guru dan pelajar berganding bahu mengecat dinding sekolah di kawasan tapak perhimpunan.
- LHDNM memberikan sumbangan alat bantuan mengajar kepada sekolah.





Menurut Puan Rozina, LHDNM mempunyai misi dalam membantu negara untuk membina satu masyarakat yang penyayang dalam merangka tanggungjawab sosial yang inklusif melalui pendekatan serampang dua mata iaitu memperkasa aktiviti kesedaran cukai dan pada masa yang sama terus mendekati masyarakat yang merupakan sebahagian daripada ekosistem percukaian negara, katanya.
Selain daripada menceriakan sekolah dan memberikan bantuan, terdapat juga aktiviti lain yang dijalankan untuk para pengunjung seperti :
- Aktiviti senamrobik.
- Kaunter Perkhidmatan Hasil4U.
- Kaunter Bantuan Rakyat 1Malaysia.
- Kuiz kesedaran dan pendididkan cukai.
- Perlawanan Persahabatan dalam acara futsal, bola tampar dan bola jaring melibatkan warga LHDNM dan para pelajar.



Sesi Perasmian Program Tanggungjawab Sosial LHDNM Ke-5
Puan Rozina Shaik Osman Merican, Pengarah Jabatan Khidmat Korporat LHDNM yang mewakili YBhg. Dato’ Sri Sabin Samitah selaku Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM bersama-sama lebih 200 peserta yang terdiri daripada para guru, ibubapa, pelajar dan Hasilian yang turut sama menjayakan program ini.
Pada tahun ini sebanyak 4 program tanggungjawab sosial telah berjaya dilaksanakan oleh LHDNM bermula dengan Program Pembersihan Pantai Tanjung Lipat, Kota Kinabalu diikuti dengan Penyerahan Sumbangan Cermin Mata kepada 150 orang pelajar yang kurang berkemampuan di kawasan Bachok dan Tumpat, Kelantan. Seterusnya Penyerahan Sumbangan Alat Bantuan Mengajar kepada 32 buah sekolah dalam Parlimen Jerlun, Kedah dan Penyerahan Sumbangan Alat Bantuan Mengajar kepada sekolah-sekolah terpilih di Bukit Mertajam bulan ini.
Suasana Program Tanggungjawab Sosial LHDNM 2018


Info Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) :
Ibu Pejabat LHDN Malaysia, Menara Hasil, Persiaran Rimba Permai, Cyber 8, 63000 Cyberjaya.
Hubungi : 1-800-88-5436
Laman web : www.hasil.gov.my
Facebook : https://www.facebook.com/LHDNM/
Instagram : https://www.instagram.com/lhdnm/
harap2 next program akk boleh join ;D
LikeLiked by 2 people