I am what I am….
Mamable bersama beberapa rakan media turut serta dalam menyaksikan pelancaran ‘Aspiro Global Business Services Centre’ pada 26.04.2018 di Aspiro Sdn Bhd, UOA Business Park, Shah Alam. Dengan dihadiri para tetamu terhormat seperti Encik Mohd Zahid Abdullah (Pengarah Kanan Sektor Perkhidmatan Bahagian Pembangunan – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri), Dato’ Ng Wan Peng (COO – Malaysia Digital Economy Corporation Sdn Bhd), Encik Gan Bock Herm (Country Malaysia – Jobstreet Malaysia), Encik Goh Lin Piao (Pengarah Urusan – Asia Pulp & Paper), Encik Lee Teck Seng (Ketua Pegawai Eksekutif – Aspiro Sdn Bhd) dan Encik Thomas Lim (Pengarah Bahagian Corporate Services – Aspiro Sdn Bhd).
Pelancaran ini merupakan satu bab baru bagi Aspiro Sdn Bhd yang menawarkan servis bukan sahaja dari segi kemahiran dan kecekapan pekerja malah menawarkan pendedahan dalam pengalaman bekerja bertaraf antarabangsa.
Aspiro Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang berstatus MSC itu menawarkan servis perkhidmatan dalam penyelesaian sumber manusia, teknologi maklumat, kewangan dan perakaunan kepada lebih 80,000 pengguna meliputi perniagaan di negara Indonesia dan China.
Pada Disember 2017, Aspiro Sdn Bhd telah memulakan khidmat pelanggan dan kini organisasi ini sedang berkembang pesat dengan berkhidmat dengan Asia Pulp & Paper, salah satu syarikat pulpa dan kertas terbesar di dunia.
Menurut Encik Lee Teck Seng selaku Ketua Eksekutif bagi Aspiro Sdn Bhd berkata, syarikat menyasarkan untuk memperkasakan tenaga kerja Malaysia melalui pertumbuhan kerjaya yang berkesan dengan kepelbagaian Malaysia dan keseluruhan tenaga mahir digabungkan dengan teknologi yang terbaik. Malah Aspiro Sdn Bhd menyasarkan untuk menjana 450 dan 500 pekerjaan dalam meliputi pelbagai bidang dalam teknologi dan keupayaan Malaysia pada akhir tahun ini dan kira-kira 1,500 pekerjaan pada akhir tahun depan.
Aspiro Sdn Bhd memilih Malaysia sebagai pengkalan adalah kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian budaya yang mempunyai pelbagai kumpulan tenaga kerja yang kreatif dan inovatif serta merupakan pemacu utama dalam menuju arah pertumbuhan perniagaan dan inovasi dalaman bagi mana-mana syarikat.
Malah Malaysia juga merupakan lokasi yang terbaik bagi pusat perkhidmatan perniagaan global kerana infrastruktur dan dasar orientasi perniagaan yang mesra dan penggunaan pelbagai bahasa.
Aspiro Sdn Bhd mempunyai keselamatan siber digital yang terbaik dalam perniagaan apabila gabungan antara kepelbagaian tenaga kerja yang inklusif dan mahir dengan teknologi analitik dan robotika.
Dengan Aspiro Sdn Bhd, graduan baru diberi latihan dan mereka berpeluang untuk berpindah ke unit perniagaan dan korporat. Ini membolehkan mereka mendapat pengalaman dari pelbagai latar belakang sesuatu syarikat dan ini menjadikan mereka dapat menyesuaikan diri dan lebih berdaya saing.
Aspiro menawarkan perkhidmatan yang terbaik dan memuaskan kepada para pelanggan dengan keupayaan perniagaan dan perkhidmatan berkualiti tinggi. Dengan tagline ‘One Team’ Aspiro dapat memupuk satu budaya kerja berpasukan di mana mereka mengoptimumkan potensi tenaga kerja untuk mengembangkan kemampuan mereka sendiri.
Ucapan Disampaikan Oleh Encik Lee Teck Seng, Encik Goh Lin Piao Dan Encik Mohd Zahid Abdullah



Suasana Pelancaran ‘Aspiro Global Business Services Centre’

Meninjau Apa Ada Di Aspiro Sdn Bhd
Mamable dan rakan media yang lain dibawa melawat dan melihat suasana kerja di Aspiro Sdn Bhd.
Info Aspiro Sdn Bhd :
Unit 13-1, Level 13, Tower 9, UOA Business Park, No. 1, Jalan Pengaturcara U1/51A, Seksyen U1, 40150 Shah Alam.
Hubungi : 03-2262 0800
Laman web : https://www.aspiro.co/
Facebook : https://www.facebook.com/aspiromy/
