Review Ramadan : Berbuka Puasa Selera Malaya Di The Kuala Lumpur Journal


I am what I am……

‘Selera Malaya’ di Kedai Kopi Journal, The Kuala Lumpur Journal menawarkan pelbagai jenis sajian klasik dan terkini. Antara sajian berbuka puasa yang dihidangkan ialah Signatur Kari Kepala Ikan, Asam Pedas Ikan Pari, Signatur Rendang Daging, Ayam Kapitan, Ayam Percik, Masak Kurma Daging Kambing, Soto Ayam dan Tom Yam Seafood, Otak-Otak Muar, Kuih Muih, Lok-Lok, Ulam-Ulaman, Rojak Buah, Pasembur, pelbagai jenis Keropok dan Coklat ‘Fountain’.

Bagi Lok-Lok ‘lovers’, The Kuala Lumpur Journal menyajikan 30 jenis skewer. Disediakan juga air rebusan sup dan kuah kacang yang dimakan bersama Lok-Lok.

Setelah puas mengambil gambar dan video setiap juadah dan hidangan yang bertemakan ‘Selera Malaya’ di Kedai Kopi Journal, Mamable terus mengambil beberapa jenis sajian seperti Nasi Tomato, Signatur Rendang Daging, Signatur Kari Kepala Ikan dan keropok sebagai sajian pertama Mamable. Kalau nak tahu, hidangan inilah yang Mamable sendiri tak sabar nak makan.

Rasanya semua orang dah tahu yang Kari Kepala Ikan The Kuala Lumpur Journal merupakan Kari Kepala Ikan yang tersedap di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Sajian pertama Mamable tidak berhenti di situ saja, Mamable mencuba pula Rojak Buah. Gabungan buah jambu, sengkuang, timun dan nenas bersama kuah rojaknya yang manis-manis pedas. Terangkat juga Mamable pada ketika itu.

Teringat zaman kanak-kanak dulu, apabila Mamable mencuba Aiskrim Potong Kacang Merah. Ada juga perasa lain seperti jagung. Nampak saja aiskrim ini, yang lain dah tak pandang. Mamable rasa hanya di Kedai Kopi Journal saja menyediakan Aiskrim Potong ini.

Terdapat pilihan minuman klasik seperti Teh Tarik, Nescafe dan Milo panas. Juga pelbagai jenis minuman sejuk seperti Soya Bean, Sirap Bandung, Ais Lemon dan banyak lagi. Tak tahu nak minum apa, tepuk dada tanyalah selera.

Sajian Berbuka Puasa Di The Kuala Lumpur Journal

Menu Utama

Image may contain: food
Nasi Tomato
Image may contain: plant and food
Signature Beef Rendang
Image may contain: food
Signature Fish Head Curry
Image may contain: food
Asam Pedas Ikan Pari
Image may contain: food
Ayam Kapitan
Image may contain: food
Masak Kurma Kambing
Image may contain: food
Ayam Percik

Image may contain: food

Image may contain: food

Image may contain: food
Kerabu Kacang Panjang
Image may contain: food
Acar Timun dan Nenas

Ulam-ulaman

Image may contain: food and indoor
Ulam-ulaman dengan Sambal Belacan, Cencaluk dan Budu

Rojak Pasembur dan Rojak Buah

Image may contain: food
Pasembur

Image may contain: food

Image may contain: food

Keropok Ikan, Keropok Udang dan Papadom

Image may contain: food and indoor

Image may contain: food

Image may contain: food and indoor

Lok-Lok Stop

Image may contain: food

Image may contain: food

Image may contain: food

Image may contain: food

Coklat ‘Fountain’

No automatic alt text available.

Pemanis Mulut

Image may contain: food

Image may contain: drink and indoor

Image may contain: drink, indoor and food

Harga Berbuka Puasa Dan Tempahan Awal

Berbuka puasa ‘Selera Malaya’ dengan harga RM118.00 seorang. Untuk tempahan awal diskaun sebanyak 50% akan diberikan bermula 16.04.2018 hingga 30.04.2018. Dan mereka yang menempah pada 01.05.2018 hingga 17.05.2018 akan dapat diskaun sebanyak 30%.

Bagi kanak-kanak yang berumur 11 tahun ke bawah akan dikenakan sebanyak 50% diskaun manakala kanak-kanak yang berumur 5 tahun ke bawah tidak akan dikenakan apa-apa bayaran.

Ingin Berbuka Puasa Di Worker’s Union

Untuk merasai suasana unik dan lain dari yang lain, The Kuala Lumpur Journal ada menyediakan sajian berbuka puasa di Worker’s Union yang terletak di aras 1. Sesuai bagi syarikat-syarikat korporat atau kumpulan besar yang inigin berbuka di sini. Untuk maklumat lanjut atau ingin terus menempah sila hubungi 03-2110 2211 atau email ke fbm@kljournal.com.

Info The Kuala Lumpur Journal :

No. 30, Jalan Beremi, Off Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur.

Hubungi : 03-2110 2211

Laman web : www.kljournalhotel.com

Facebook : https://www.facebook.com/thekljournal/

Instagram : https://www.instagram.com/kljournal/?hl=en

No automatic alt text available.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s