SofeaRose : Koleksi Raya Bersama Puteri Duyung Dan Penyu


I am what I am……..

Bulan Ramadan menjelang tiba dan disusuli pula dengan Syawal. Pasti kaum hawa tak kira muda dan tua tercari-cari shawl dan pakaian untuk dipakai semasa Raya. Jangan risau kerana kini SofeaRose hadir dalam pelbagai bentuk dan corak terbaru mengikut citarasa fesyen terkini. Koleksi tudung dan pakaian Ready To Wear (RTW) telah diinspirasikan oleh kecantikan Si Puteri Duyung.

Kaitan SofeaRose Dengan Penyu Dan Puteri Duyung

Apa kaitan SofeaRose dengan penyu dan puteri duyung? Sebenarnya SofeaRose telah bekerjasama dengan SEATRU iaitu (Unit Penyelidikan Penyu Universiti Malaysia Terengganu) dalam kempen memulih dan memelihara penyu. Bagi meningkatkan kesedaran dalam ancaman yang dihadapi penyu, SEATRU bermula pada tahun 1984 apabila penyelidikan Penyu Belimbing di Rantau Abang dimulakan. Populasi penyu semakin menurun dan ini menunjukkan bahawa kepupusan penyu bukan perkara mustahil.

SofeaRose telah memasuki tahun keempat di dalam industri dan telah mengambil inisiatif dengan menghasilkan koleksi pakaian bertemakan Puteri Duyung (Mermaid) bagi mengumpul dana program ‘SEATRU – Adopt a Turtle’. Dengan mengambil penyu sebagai anak angkat, ia seperti membela nasib alam semulajadi, SofeaRose akan menyumbangkan sebahagian jualan dari koleksi Mermaid yang akan digunakan untuk proses pemuliharaan penyu seperti memantau pergerakan penyu, melindungi habitat, membeli peralatan veterina dan banyak lagi. Kalau nak tahu, secara purata, hanya 1 daripada 5000 ekor anak penyu akan hidup sehingga ke peringkat dewasa kerana ancaman dari pencemaran laut, pemburu penyu, haiwan pemangsa dan lain-lain.

Image result for sofearose
SofeaRose di antara Puteri Duyung dan penyu dalam SEATRU

Koleksi Ready To Wear SofeaRose

Selain koleksi Ready To Wear SofeaRose seperti tudung, kini ia telah mengeluarkan 13 koleksi baju Raya Mermaid antaranya baju mini kurung, kurung moden, jubah, kurung kedah dan beberapa koleksi yang lain. Koleksi Mermaid ini dijual dengah harga RM59.00 sehingga RM419.00 sepasang dan sebahagian dari duit anda akan digunakan untuk tujuan pemuliharaan penyu.

Image may contain: 1 person
Gambar dari Facebook SofeaRose. Koleksi SofeaRose – Jubah yang hadir dalam warna pastel dan lembut.
Image may contain: 1 person, standing and text
Gambar dari Facebook SofeaRose. Koleksi SofeaRose – kurung moden
Image may contain: 1 person, standing
Gambar dari Facebook SofeaRose – Koleksi SofeaRose baju kurung
Image may contain: 2 people, people standing and text
Gambar dari Facebook SofeaRose. Koleksi SofeaRose baju kurung kedah.

Testimoni Mamable Mengenai Thalia Mermaid I Charming Series – Scarf Square

Mamable diantara beberapa rakan media yang telah dipilih oleh SofeaRose HQ untuk review Thalia Mermaid – Scarf Square. Menurut SofeaRose HQ, koleksi terbaru ini merupakan koleksi yang dinanti-nantikan oleh setiap Ratu. Jadi Mamable adalah Ratu kerana berpeluang memakai tudung Thalia Mermaid ini.

Terasa selesa ketika Mamable memakai tudung Thalia Mermaid ini, tudung yang labuh dan senang untuk digayakan dengan apa cara sekalipun. Mamable boleh menggayakannya dengan cara klasik, moden atau kasual. Tudung yang sesuai digayakan untuk apa jua majlis.

Material daripada fabrik chiffon premium memberi jaminan kepada pemakainya supaya selesa dan tidak berpeluh. Ia merupakan tudung yang labuh mengikut syariat dengan ukuran saiz 48 inci (panjang) x 48 inci (lebar). Warna pastel yang lembut amat sesuai bagi semua peringkat umur tak kira muda dan tua.

Terdapat 6 jenis design Thalia Mermaid seperti Breeze Blue, Rainbow Pastel, Sand Castle, Puffy Beige, Coral Brick dan Baby Windy. Untuk review ini, Mamable telah diberi design Baby Windy.

Pada 28.04.2018 yang lepas, Mamable telah memakai Thalia Mermaid I Charming Series – Scarf Square ke Majlis Demo Live di Toscana Medi Clinic yang telah dihadiri oleh rakan media. Di majlis tersebut, rakan media telah memuji dan mengatakan yang tudung ini amat sesuai dengan Mamable. Sebab warnanya yang lembut dan corak abstraknya ringkas.

Terima kasih SofeaRose sebab memberi peluang kepada Mamable untuk review dan tampil lebih menarik.

Image may contain: 6 people, people smiling
Gambar dari Facebook SofeaRose. Ini merupakan design Thalia Mermaid.
No automatic alt text available.
Pembungkusan SofeaRose yang bermutu dan gaya korporat bagi membuatkan para pelanggan SofeaRose lebih dihormati.
Image may contain: Rosmawati Aboo Hassan, smiling, closeup
Mamable menggayakan Thalia Mermaid – Baby Windy ke Majlis Demo Live di Toscana Medi Clinic pada 28.04.2018 yang lepas.
Image may contain: 2 people, including Rosmawati Aboo Hassan, people smiling
Selesa memakai Thalia Mermaid ini. Senang digayakan di mana jua Mamable berada.
Image may contain: Rosmawati Aboo Hassan, smiling, closeup
Thalia Mermaid senang dan sesuai digayakan dengan apa jua pakaian. 

Info Pembelian Thalia Mermaid Dan Koleksi SofeaRose Yang Lain

Pembelian koleksi SofeaRose boleh dilakukan melalui tiga jenis cara iaitu dengan menghubungi Penasihat Imej di 019 – 635 0313 (Teha) atau kunjungi ke butik SofeaRose di Bangi Sentral. Untuk lebih senang, anda boleh melawat laman sesawang SofeaRose di www.sofearose.com.

Dengan setiap pembelian koleksi SofeaRose RM100.00 ke atas, para pelanggan secara langsung akan didaftarkan sebagai Ahli SofeaRose dengan PERCUMA untuk seumur hidup dan mendapat potongan sebanyak 20% untuk setiap koleksi SofeaRose.

Info SofeaRose HQ :

Wisma Qzara, Jalan Nelayan 19/B, Seksyen 19, Shah Alam, 40300 Selangor.

Laman web : https://www.sofearose.com/

Hubungi : 012-2900521 (Mior) atau 013-2361690 (Syafiqa)

Facebook : www.facebook.com/sofearose.my

Instagram : www.instagram.com/sofearose_hq

Twitter : www.twitter.com/sofearose_hq

Image result for sofearose

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s