Review Bye Bye Scars Dan Vampire Bloody Facials Yang Menggunakan Kaedah PRP


I am what I am……

Pelbagai kaedah teknologi terkini berkaitan rawatan kecantikkan wajah diperkenalkan yang boleh dijadikan pilihan kepada orang ramai untuk mengekalkan keremajaan kulit.

Baru-baru ini Mamable telah dijemput oleh Marcus Osmand untuk satu demo estetik secara ‘live’ dari Toscana Medi Clinic. Terdapat dua demo estetik yang dilakukan secara ‘live’ iaitu Bye Bye Scars dan Vampire Bloody Facials. Dua rawatan ini menggunakan kaedah PRP. Nak tahu apa itu prosedur Bye Bye Scars, Vampire Bloody Facials dan PRP, jom ikuti penceritaan Mamable ini.

Apa Itu PRP ?

PRP ialah Platelet Rich Plasma atau ada yang menggelarnya Vampire Facial atau Dracula Facial. Ini kerana darah kita sendiri diambil dari lengan kemudian dicucuk semula ke kulit wajah. Merupakan perawatan kecantikkan yang disamakan dengan Facelift Tanpa Pembedahan tetapi sememangnya ia berdarah!

Melalui kaedah rawatan ini, individu yang menjalaninya tidak tercemar dengan penggunaan bahan-bahan kimia. Sebaliknya, rawatan yang dijalankan seratus peratus menggunakan sel stem yang terdapat di dalam sel darah merah milik individu itu sendiri.

Apa Itu Bye Bye Scars ?

Kini terdapat banyak rawatan bagi menghilangkan parut seperti parut jerawat dengan kesan serta-merta berbanding menggunakan krim kecantikan. Bye Bye Scars yang menggunakan kaedah laser dan suntikan PRP ini telah menjadi pilihan selebriti di seluruh dunia termasuklah Kim Kardashian. Ia adalah satu-satunya rawatan yang tidak mempunyai kesan sampingan seperti wajah kelihatan merah dan hitam. Malahan rawatan ini selamat untuk semua jenis kulit bagi menaikkan seri wajah, selain memberi kesan serta-merta.

Platlet Rich Plasma (PRP) merupakan kaedah merawat kulit menggunakan sel stem yang terdapat di dalam darah pesakit. Siapa yang tidak takut apabila jarum suntikan singgah di bahagian muka.

Bagaimanapun menurut Pengamal Estetik Toscana Medi Clinic iaitu Doktor Kanwal Gill, kaedah penggunaan darah iaitu rawatan PRP terbukti lebih berkesan dalam merawat masalah seperti parut memandangkan kandungan estetik yang tinggi di dalam darah mampu merangsang tumbesaran hormon secara semula jadi. Tambahan pula, rawatan ini tidak melibatkan penggunaan bahan-bahan kimia yang lain.

Rawatan Bye Bye Scars ini bukanlah seperti rawatan laser yang boleh menyebabkan kulit menjadi terbakar, merah dan bengkak. Individu boleh terus keluar berjalan atau menyambung kerja selepas selesai rawatan ini.

Gambar di bawah ini menunjukkan seorang subjek yang dipilih dikalangan rakan media yang hadir. Subjek menjalani rawatan laser terlebih dahulu kemudian baru kaedah suntikan PRP. Tidak perlu risau kerana proses rawatan ini tidak menyakitkan kerana subjek akan disapu krim kebas bagi mengelakkan kesakitan.

Image may contain: 1 person, living room and indoor
Penerangan daripada Doktor Kanwal Gill mengenai Rawatan Bye Bye Scars.
Image may contain: 1 person
Subjek dipilih dari kalangan rakan media yang hadir. Subjek diberi Rawatan Bye Bye Scars yang menggunakan kaedah laser dan suntikan ke atas muka.
Image may contain: one or more people
Gambar oleh Toscana Medi Clinic – Subjek ketika menerima suntikan PRP ke wajahnya.
Image may contain: one or more people and closeup
Keadaan subjek selepas menerima rawatan PRP bersama laser dan suntikan.

Apa Itu Vampire Bloody Facials ?

Rawatan Vampire Bloody Facials atau nama saintifiknya Platlet Rich Plasma (PRP) merupakan kaedah merawat kulit menggunakan sel stem yang terdapat di dalam darah pesakit.

Menurut Pengamal Estetik Toscana Medi Clinic, Doktor Lashela, biarpun kaedah rawatan ini masih lagi kedengaran asing di negara ini, namun ia sebenarnya telah lama diguna pakai di beberapa buah negara maju seperti Jepun dan Eropah.

Pada asalnya, kaedah rawatan vampire ini sering digunakan di dalam perubatan terutamanya penyakit-penyakit kronik seperti pembedahan jantung, ortopedik dan urologi, namun disebabkan skop perubatan ini semakin meluas, ia kemudian mula digunakan oleh atlet-atlet untuk merawat tisu ligamen dan tendon yang terkoyak.

Lebih kurang pada tahun 2000, rawatan ini mula digunakan dalam bidang perubatan estetik terutamanya untuk merawat parut pada wajah selain mengekalkan keremajaan kulit. Selain perubatan estetik, suntikan rawatan vampire ini sesuai dipraktikkan untuk merawat masalah keguguran rambut dan menyembuhkan luka bagi pesakit kencing manis.

Subjek di bawah dipilih dikalangan rakan media yang hadir. Subjek menjalani rawatan PRP tanpa laser. Ini bermakna subjek hanya akan menerima suntikan sahaja di wajah. Tidak perlu risau kerana proses rawatan ini tidak menyakitkan kerana subjek akan disapu krim kebas bagi mengelakkan kesakitan.

Image may contain: 3 people, including Marcus Osmand, people sitting and indoor
Doktor Lashela memberi penerangan mengenai kaedah rawatan PRP tanpa laser. 

Image may contain: 1 person, sitting, living room and indoor

Image may contain: 1 person, smiling, sitting
Subjek tenang ketika menerima rawatan suntikan PRP. Mamable boleh nampak jarum yang dicicuk terus ke kulit wajah subjek. 
Image may contain: 1 person, sitting
Gambar oleh Toscana Medi Clinic – Subjek semasa menerima suntikan PRP.

No automatic alt text available.

Image may contain: one or more people and text
Demo estetik secara ‘live’ dari Toscana Medi Clinic.
No automatic alt text available.
Sambil-sambil tu Mamable nak promosi produk Medical Grade Skincare yang bernilai RM988. Dengan pembelian produk ini FOC 1xPRP atau 1xMeso HA (worth RM1500).

PRP Yang Anda Perlu Tahu – Info Dari Kosmo

  • Bagi setiap rawatan vampire yang dijalankan, sebanyak 20 hingga 50 mililiter darah akan diambil daripada lengan pesakit.
  • Darah tersebut kemudian akan diletakkan di dalam sebuah tabung khas sebelum dimasukkan di dalam mesin yang dipanggil centrifuge kira-kira 15 minit untuk memisahkan serum dan sel darah merah yang mengandungi sel stem, platlet serta hormon.
  • setelah proses pemisahan dijalankan, hanya plasma iaitu cecair bening yang berada di atas permukaan darah akan digunakan dalam rawatan tersebut memandangkan lapisan tersebut mempunyai banyak sel penyembuhan.
  • Cecair yang dikenali sebagai platlet darah itu kemudian akan diasingkan dan dipindahkan ke tiub khas bebas kuman sebelum disuntik ke bahagian-bahagian tertentu.
  • Suntikan tersebut berupaya membina sel-sel baharu bagi menggantikan sel yang telah rosak dan membuatkan permukaan kulit lebih anjal dan gebu secara semula jadi.
  • Rawatan ini boleh dijalankan terhadap individu seawal umur 18 tahun.

Info Toscana Medi Clinic :

Alamat : Lot 01 & 02 Level G4 Block D5 , Solaris Dutamas, No 1 Jalan Dutamas 1, 50480 Kuala Lumpur.

Hubungi : 03-6143 8866

Laman web : www.toscanamed.com/

Facebook : https://www.facebook.com/toscanamed/

Instagram : https://www.instagram.com/toscana_mediclinic/

No automatic alt text available.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s