Safi Shayla Dengan Fomulasi Terbaru Dan Pakar Rambut Wanita Bertudung


I am what I am……

Safi Shayla yang diiktiraf sebagai ‘PAKAR RAMBUT WANITA BERTUDUNG’ kini kembali dengan formulasi terbaru yang mengandungi 1001 manfaat Habbatus Sauda dan kebaikan Micro Bamboo Charcoal.

Golongan wanita yang bertudung atau tidak bertudung, kini usah risau kerana produk Safi merupakan rangkaian produk Halal yang terbesar di dunia dalam produk penjagaan diri.

Safi Shayla juga memperkenalkan Mist 2 dalam 1 iaitu rambut dan hijab, serum dan minyak rambut yang membantu golongan wanita bertudung dengan penjagaan rambut yang rapi disamping memastikan rambut lebih sihat dan bersinar.

Image may contain: outdoor

Habbatus Sauda Dan Micro Bamboo Charcoal Dalam Syampu

Habbatus Sauda merupakan estrak yang digunakan sejak zaman dahulu lagi dan dipercayai dapat memberikan manfaat kepada penggunanya. Kebaikan Habbatus Sauda adalah ia dapat membantu mengurangkan kegatalan kulit kepala dan mengelak penghasilan bakteria. Malahan ia juga dapat mengekalkan rambut lebih sihat dan menghindari keguguran rambut serta rambut lebih lembab dan bersinar.

Micro Bamboo Charcoal pula membantu menghilangkan toksin daripada kulit kepala, mengurangkan minyak dan kotoran, menjadikan rambut lebih lebat dan dalam masa yang sama ia dapat mengawal bau rambut.

Terdapat 8 Variasi Syampu Safi Shayla Seperti :

  • Safi Shayla Syampu Segar dan Bermaya – mengandungi Nano Lipid Enhancer di mana ia dapat melindungi rambut dan mengeluarkan kekotoran minyak pada rambut serta rambut lebih segar dan bermaya.
  • Safi Shayla Syampu Licin Terurus – Teknologi Perawatan Rambut Lembut yang dapat meluruskan, melembutkan, melindungi dan mengurangkan rambut kerinting. Ia juga memudahkan anda dalam menjaga dan membelainya.
  • Safi Shayla Syampu Anti-Kelemumur – Mengandungi Micro ZPT Complex dimana ia dapat mengurangkan 99.9% kulat yang boleh menyebabkan kelemumur dengan hanya basuhan pertama.
  • Safi Shayla Syampu Kawalan Rambut Gugur – Pro-Vitamin B5 iaitu protein gandum yang dapat mengukuhkan struktur rambut dan mengurangkan rambut gugur.
  • Safi Shayla Syampu Hitam Menawan – Sheen Lock yang merupakan ejen pengunci kilauan yang dapat membuatkan rambut hitam berkilat, sihat, berkilau, lembut dan mudah diuruskan.
  • Safi Shayla Syampu Itch-Kontrol – Minyak Argan dan mentol yang dapat menyegarkan dan menghapuskan bau kulit di kepala. Minyak Argan dan mentol akan membuatkan kulit kepala terasa dingin dan segar.
  • Safi Shayla Syampu Kawalan Minyak – Mengandungi citrus dan mentol berfungsi untuk membantu dalam pengawalan rambut berminyak dengan membersihkan liang-liang roma secara mendalam dan menghilangkan kekotoran serta ia menyegarkan kulit kepala.
  • Safi Shayla Syampu Kawalan Rambut Rosak – Mengandungi amino complex yang membantu dalam pemulihan rambut rosak dengan memelihara selaput rambut sekaligus memberikan kelembapan pada rambut.

Terdapat 2 Variasi Mist 2 Dalam 1 Rambut Dan Hijab

Dua variasi tersebut adalah Licin Terus dan Hitam Menawan. Kedua-dua variasi ini mengandungi Habbatus Sauda Organik, perapi asas semulajadi, Pro-Vit B5 dimana ia membekalkan nutrisi, anti-bakteria, perlindungan dari cahaya matahari kepada rambut.

Safi Shayla Serum Rambut

Terdapat 2 variasi Safi Shayla Serum Rambut dengan mengandungi formulasi Minyak Organik Habbatus Sauda yang memberikan perlindungan UV serta membekalkan nutrisi untuk rambut yang mengandungi anti-bakteria. Minyak Moroccan Argan Organik yang kaya dengan vitamin, mineral dan anti-oksida yang dapat membantu rambut yang hidrasi. Minyak Zaitun Asli membantu menyegarkan kembali rambut kering, kusam dan kerinting. Minyak Vitamin E pula membantu mengekalkan rambut sentiasa kuat dan sihat serta mengandungi vitamin E yang dapat meneutralkan radikal di rambut.

Safi Shayla Minyak Rambut

Difomulasikan dengan Habbatus Sauda organik dan juga Minyak Zaitun asli. Ia hadir dengan 3 variasi iaitu :

  • Safi Shayla Anti-Kekeringan – mengandungi vitamin E, A dan C yang dapat menjadikan kulit kepala lebih sihat dan melindunginya daripada sinaran matahari.
  • Safi Shayla Kawalan Rambut Gugur – Minyak Argan membantu memberikan rambut lebih bersinar dan mengurangkan rambut rapuh.
  • Safi Shayla Anti-Kelemumur – Agen anti-kelemumur dan mentol di mana ia berkesan dalam mengurangkan kelemumur, kegatalan kulit kepala dan kulit kepala yang berminyak. Berbeza dengan 2 minyak rambut yang disebutkan di atas, minyak rambut Safi Shayla Anti-Kelemumur dipakai sebelum mencuci rambut. Urutkan secara perlahan-lahan minyak rambut dipermukaan kulit kepala hingga ke hujung rambut. Biarkan selama 3 – 5 minit kemudian basuh dan bilas bersama rangkaian produk syampu Safi Shayla.

Pembungkusan Yang Menarik Perhatian

Safi Shayla hadir dalam pembungkusan baru yang menarik serta terdapat pelbagai saiz. Keharumannya jangan cakaplah kerana wanginya kekal bertahan selama 48 jam.

Variasi produk Safi Shayla. Dari kiri – Safi Shayla Minyak Rambut, Safi Shayla Syampu, Safi Shayla Syampu Pump, Safi Shayla Syampu Pouch dan Safi Shayla 2 dalam 1 Rambut dan Tudung

Suasana Majlis Pelancaran Safi Shayla

Ketua Eksekutif  Wipro UNZA (M) Sdn Bhd iaitu Encik Sriram Krishnamurthy dan Puan Mahsuri Sulaiman selaku Pengurus Pemasaran Safi untuk pengenalan dan pelancaran semula Safi Shayla dengan fomulasi terbaru dengan pembungkusan premium.
Gambar berkumpulan. Dari kiri – Cik Sakinah (Eksekutif Produk), Puan Jessie Wong (Pengurus Besar Pemasaran), Puan Doris Gwee (Pengurus Kanan Produk), Puan Pan Choi Yan (Pengurus Besar Pemasaran), Encik Sriram Krishnamurthy (Ketua Eksekutif Wipro UNZA (M) Sdn Bhd) dan Puan Mahsuri Sulaiman (Pengurus Pemasaran)
Pelancaran Gambit – Serlahkan keaktifanmu dengan Safi Shayla pakar rambut wanita bertudung
Aktiviti Zumba bersama para tetamu dan rakan media

Image may contain: 1 person, standing, basketball court and shoes

Image may contain: one or more people, people standing, shoes and outdoor

Image may contain: 2 people
Mamable ketika terlibat dalam aktiviti di District 21 sempena pelancaran semula Safi Shayla

Image may contain: Rosmawati Aboo Hassan, smiling
Dengan Safi Shayla, wanita bertudung lebih yakin berketrampilan

 

Pasukan yang menang dalam aktiviti di District 21

Rangkaian Safi Shayla Melengkapi Antara Satu Sama Lain

Melengkapi antara satu sama lain dan ia dapat membuahkan hasil yang baik bagi golongan wanita bertudung atau pun tidak. Safi Shayla ini sangatlah sesuai bagi semua golongan wanita daripada wanita bekerjaya sebagai pemain drum, pemain papan luncur, pengajar zumba ataupun penunggang jet-ski kerana Safi Shayla mengurangkan kegatalan dan masalah kulit kepala berminyak sambil meninggalkan kesan haruman sepanjang hari.

No automatic alt text available.

Info Syampu, Mist, Serum, Minyak Rambut Dan Harganya

  • Syampu dengan berat 160G – RM8.35 dengan 8 variasi
  • Syampu dengan berat 320G – RM13.65 dengan 8 variasi
  • Syampu pouch dengan berat 480G – RM14.65 dengan 5 variasi seperti Syampu Kawalan Rambut Gugur, Syampu Segar Bermaya, Syampu Itch-Kontrol, Syampu Anti-Kelemumur dan Syampu Licin Terurus
  • Syampu pump dengan berat 520G – RM19.90 dengan 5 variasi seperti Syampu Kawalan Rambut Gugur, Syampu Segar Bermaya, Syampu Itch-Kontrol, Syampu Anti-Kelemumur dan Syampu Licin Terurus
  • Mist 2 dalam 1 Rambut dan Hijab dengan berat 100ML – RM17.90
  • Serum Rambut dengan berat 50ML – RM17.90
  • Minyak Rambut dengan berat 100ML – RM11.90

Info Safi Shayla :

Rangkaian Safi Shayla adalah dalam lingkungan harga mampu milik dan memiliki sijil halal. Safi Shayla boleh didapati di pasaraya besar dan laman web dalam talian. Untuk keterangan lanjut mengenai produk Safi Shayla :

Alamat : No 10 Jalan Subang 2, Taman Perindustrian Subang, Subang Jaya, 47610 Petaling Jaya.

Hubungi : 1-800-88-8867

Laman web : www.safi.com.my

Facebook : https://www.facebook.com/SAFI.MY/

Instagram : https://www.instagram.com/safimalaysia/

Youtube : http://www.youtube.com/safimalaysia

Image may contain: text

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s