Jakel Barulah Raya 2018 Di Jakel Shah Alam


I am what I am…..

Kalau hari biasa pasti slogan ‘Ingat Kain Ingat Jakel’ bermain-main di telinga anda tetapi musim Raya bakal menjelma, berslogankan ‘Jakel Barulah Raya’ menampilkan koleksi terbaru melalui duta-duta Jakel seperti Hanis Zalikha, Hairul Azreen, Yusuf Iskandar, Nabil Ahmad, Harith Iskander, Awal Ashaari, Scha Al-Yahya, Lara, Upin dan Ipin.

Apabila Mamable sampai saja, 0rang ramai menyerbu jualan lelong 1,000 untuk 100 pelanggan terawal membeli belah koleksi ‘Jakel Barulah Raya’ di Jakel Mall Shah Alam pada 20 Mei 2018 yang lepas. Jakel Shah Alam membuat sesi harga runtuh dengan lelongan 1,000 pakaian dengan diskaun sehingga 85 peratus.

Image result for jakel raya 2018

Sesi Borak Santai Bersama Duta Raya Jakel 2018

Dendangan lagu Raya membuatkan suasana Raya semakin terasa di Majlis Sesi Borak Santai Bersama Duta Raya Jakel 2018 di Jakel Shah Alam. Dengan kehadiran Duta Raya yang lengkap berpakaian baju melayu dan ada juga yang berbaju kurung menyemarakkan lagi suasana.

Related image

Image result for jakel raya 2018

Sumbangan Raya RM5000.00 Buat RACTAR

Ketika bersuka ria, tidak dilupakan mereka yang tidak bernasib baik. Jakel Shah Alam telah menyumbangkan RM5000.00 kepada Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah (RACTAR).

Koleksi Raya Jakel 2018

Rata-rata semua suka bershopping di Jakel, terus terang Mamable katakan Jakel merupakan ‘pusat sehenti’ untuk semua bermula dari langsir hinggalah ke pakaian kanak-kanak semuanya ada dijual.

Jakel memperkenalkan koleksi baju-baju melayu terkini yang menarik dan bergaya terdiri daripada :

  • Baju Melayu Aaron Aziz – direka khas dengan memberikan kekemasan pada leher, poket dan keselesaan. Pada tahun ini, Jakel mengeluarkan rekaan terbaru khas 2018 yang direkakan daripada pelbagai jenis warna dan fabrik. Kalau nak tahu, warna popular tahun ini ialah hijau burung merak atau pun dikenali dengan warna teal green.
  • Baju Melayu Nabil Ahmad – baju melayu yang berkonsepkan moden kotemporari yang menekankan kekemasan pada leher dan poket termasuk potongan slim-fit. Koleksi baju ini dijual dengan harga yang berbeza mengikut pada rekaan dan kualiti kerana Jakel mempunyai beberapa kumpulan sasaran dan ingin menjadikan koleksi Nabil Ahmad sebagai koleksi bernilai dengan pelbagai pilihan warna yang boleh dipilih. Warna yang dijangka menjadi hit ialah warna merah hati.
  • Baju Melayu Awal Ashaari  hadir dengan rekaan moden kotemporari dan mempunyai label AA di bahagian poket hadapan baju yang memberikan si pemakai lebih segak. Koleksi Awal lebih memfokuskan pada warna dan kualiti. Warna yang dijangkakan hit pada tahun ini ialah warna navi blue.
  • Baju Melayu Harith Iskander – baju melayu yang direka khas bagi mereka yang memakai ‘plus size’ dapat menggayakan baju melayu yang bergaya serta warna yang bakal menjadi hit ialah yellow cup.
  • Kurta Awal Ashaari – Pada mereka yang inginkan kelainan di pagi raya, bolehlah mencuba Kurta Awal Ashaari. Fabrik kain kapas yang selesa dan membuatkan pemakainya tidak berasa panas. Jadi untuk Raya nanti, Mamable pilih kurta untuk Encik Suami. Agar senang Encik Suami nak padankan dengan seluar jenis Khakis atau Jeans.

Info Jakel Shah Alam :

Alamat : Jakel, Seksyen 7 Shah Alam, Selangor

Hubungi : 012-310 2341

Laman Web : http://www.jakel.com

Facebook : https://www.facebook.com/jakelshahalam/

Instagram : https://www.instagram.com/jakel_shahalam/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s