Review : BBQ Lamb KL Kemensah, Hanya Belakang Zoo Negara


I am what I am……

BBQ Lamb KL Kemensah inilah yang pernah diviralkan di laman sosial media mengenai makan dalam air, terletak hanya di belakang Zoo Negara saja. Pertama kali bagi Mamable datang ke tempat seperti ini. Kalau tak Mamable hanya sampai Zoo Negara saja. Nama saja orang Ampang kan………..

Ajakan daripada Marcus Osmand dan beberapa rakan media membuatkan Mamable tertarik untuk datang ke sini. Melihat sendiri keindahan dan kehijauan Kemensah, Hulu Kelang.

Image may contain: 12 people, people smiling, outdoor
Gambar oleh : FB page BBQ Lamb KL Kemensah – nak makan dalam air pun ada tau tetapi kena request terlebih dahulu. 

BBQ Lamb KL Kemensah Di Hulu Kelang

Di sini, kita bukan saja boleh makan-makan tetapi kita juga boleh bermandi-manda. Tak terlintas difikiran bahawa di tengah-tengah kepesatan pembangunan terdapat aliran sungai yang jernih dan kehijauan alam sekitar yang masih terpelihara.

Kedatangan Mamable telah disambut mesra oleh empunya BBQ Lamb KL Kemensah iaitu Encik Zainudin dan isterinya.

Image may contain: 2 people, including Mi Mie Iberahim, people smiling, people sitting and hat
Bila melihat pasangan ini, pastinya kita sendiri tak menjangka bahawa mereka adalah empunya BBQ Lamb KL Kemensah ini. Memang sememangnya romantik dan baik hati.

Menu Yang Terdapat Di Sini

Bbq Lamb KL Kemensah mula dibuka untuk berbuka puasa pada 19hb May hingga 12hb Jun 2018. Terdapat 3 jenis set untuk berbuka puasa iaitu :

  • Set Seafood – RM188.00 per set
  • Set Daging – Rm188.00 per set
  • Set Burung – RM168.00 per set
    Set ini sesuai untuk dimakan 4 hingga 6 orang. 
    Yang bestnya semua set akan dihidangkan bersama buah kurma, puding, koktail buah-buahan, nasi herba yang boleh ditambah, lamb soup, salad/coleslaw serta 2 jug minuman.

Image may contain: people sitting, table and food

Image may contain: food
Set Daging – RM118.00 per set
Image may contain: food
Gambar oleh FB page BBQ Lamb KL Kemensah – Set Burung RM118.00 per set
Image may contain: people sitting, table and food
Set Seafood – RM168.00 per set
Image may contain: food
Gambar oleh FB page BBQ Lamb KL Kemensah – Nasi Herba yang didatangi bersama set
Image may contain: food
Gambar oleh FB page BBQ Lamb KL Kemensah – Koktail dan puding
Image may contain: drink
2 jug minuman untuk setiap set yang dihidangkan

Menggunakan Dapur Khas

Image may contain: outdoor

No automatic alt text available.
Menurut Encik Zainuddin, dapur khas ini dibina semata-semata untuk memanggang daging kambing. Daging kambing yang telah diperap itu dibakar selama 8 jam untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Baunya yang harum adalah kerana hasil pembakaran menggunakan kayu api. Patutlah sedap dan harum baunya.

Image may contain: food

 

Penghantaran Pun Ada Disediakan

Tak sangka pula, BBQ Lamb KL Kemensah juga ada menyediakan kemudahan penghantaran (delivery) pada setiap hari kecuali hari Isnin bermula pada pukul 6.00 petang hingga 11.00 malam. Kawasan penghantaran lebih kurang 5 km radius daripada  Zoo Negara. Ini memudahkan lagi penggemar-penggemar makanan bergrill untuk menghubungi ddan menempah menu yang disediakan dan hantar.

  • Kos penghantaran adalah RM5.00
  • Minimum order adalah RM50.00
  • Masa penghantaran adalah 45 minit selepas pengesahan tempahan
  • 1 minuman percuma iaitu Teh O Ais Limau akan diberikan pada 5 pelanggan yang pertama
Gambar oleh : FB page BBQ Lamb KL Kemensah
Image may contain: food
Gambar oleh : BBQ Lamb KL Kemensah

Suasana Di BBQ Lamb KL Kemensah 

Image may contain: outdoor

Image may contain: outdoor

Image may contain: plant, tree, bridge, outdoor, nature and water

Image may contain: plant, tree, outdoor and nature

Image may contain: plant, tree, bridge, outdoor, nature and water

Image may contain: plant, flower, outdoor and nature

Image may contain: outdoor

Image may contain: Rohani MD Tahir, smiling, outdoor
Keletah kami sebelum memulakan review. Bukan shooting filem hindustan yer….
Image may contain: Rosmawati Aboo Hassan, smiling, plant, tree and outdoor
Sambil makan-makan tu bolehlah bergambar di sekitar BBQ Lamb KL Kemensah. Terdapat banyak tempat cantik di sini.
Image may contain: Idayu Nim and Rosmawati Aboo Hassan, people smiling, hat, outdoor and closeup
Bersama si manis….Cik Idayu

Image may contain: Rosmawati Aboo Hassan, smiling, outdoor

Image may contain: 1 person, smiling, sitting, eating, table, food and indoor

Info BBQ Lamb KL Kemensah : 

Alamat : Jalan Taman Zooview, 68000 Kuala Lumpur

Hubungi : 012-211 4100

Facebook : https://www.facebook.com/Bbqlambklkemensah/

Instagram : https://www.instagram.com/bbqlambklkemensah/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s