Baju Raya 2018 Di Haqqi Bangi


I am what I am…..

Di sana sini mula berkumandang lagu raya, selepas Haqqi TTDI Mamable bershopping lagi di Haqqi Bangi.

Mamable mencari satu kelainan untuk raya pada kali ini. Mencari fesyen islamik yang lebih sopan dan ringkas tetapi menarik. Puas sudah mencari di dalam Google, apakah yang menarik untuk Mamable pakai pada pagi Raya nanti.

Haqqi merupakan hab untuk produk kelengkapan ibadah haji, umrah dan fesyen islamik yang mematuhi syariah.

Haqqi Sebagai Peneraju

Haqqi sebagai peneraju dan hab bagi kelengkapan ibadah haji serta umrah mampu milik yang terbesar di negara ini telah dibangunkan bersama Koperasi Tabung Haji Berhad (KTHB) dengan Glass Go Media selaku rakan niaga dan pakar teknologi maklumat yang menggunakan platform www.haqqi.com.my.

Satu-satunya butik fesyen islamik yang membolehkan pengguna kini membuat pembelian keperluan ibadah dan fesyen pakaian dengan lebih mudah dan di hujung jari melalui telefon bimbit, tablet mahupun komputer di mana-mana lokasi dan pada bila-bila masa.

Pilihan Mamable Untuk Raya Nanti

Puas mencari dan akhirnya dapat juga Mamable baju raya yang akan dipakai pada pagi raya nanti. Koleksi Baju Kurung Nadhirah menjadi pilihan Mamable. Melangkah masuk ke Haqqi Bangi, baju inilah yang menarik perhatian Mamable dan terus mencubanya.

Baju Kurung Nadhirah amat selesa dipakai malah fabriknya amat berkualiti serta perincian di hujung lengan merupakan ‘drama’ untuk baju kurung ini. Baju kurung yang diolah menjadi moden dengan lipatan kemas dan kembang di hujung lengan membuatkan baju kurung ini nampak lebih esklusif dan elegen. Terdapat dua warna iaitu berlatarbelakangkan warna putih berbunga kelabu dan sikit-sikit warna merah dan berlatarbelakangkan warna coklat berbunga biru. Kainnya pula lurus dari atas dan kembang sedikit di bawahnya dan apabila Mamable berjalan ia beralun mengikut rentak kita berjalan.

Image may contain: Rosmawati Aboo Hassan, smiling, standing and phone
Mamable menggayakan Koleksi Baju Kurung Nadhirah

 

Image may contain: Rosmawati Aboo Hassan, standing
Mamable menggayakan Koleksi Baju Kurung Nadhirah

Koleksi Raya 2018 Di Haqqi Bangi

Image may contain: Rosmawati Aboo Hassan, standing
Jubah Cardigan yang sesuai dipakai dengan legging atau seluar di dalamnya. Perincian pada zip yang terletak di hadapan jubah dan kanan kiri lengan
Gambar diambil dari Facebook page Haqqi – Blouse Fresia dan Baju Kurung Nadhirah
Image may contain: 1 person, standing
Gambar diambil dari Facebook page Haqqi – Hot sale raya tahun ini, Casual Amigos daripada IzzueXclusive. Diperbuat daripada material yang berkualiti tinggi, Amigos adalah pilihan terbaik untuk tampil lebih ranggi dan bergaya
Image may contain: 1 person, standing and closeup
Gambar diambil dari Facebook page Haqqi – Baju melayu Kurta dari IzzueXclusive

Info Haqqi Bangi : 

Alamat : Butik Haqqi Bangi, B-23-01, Jalan Medan Pusat Bandar 7A, Bangi Sentral, 43650

Bandar Baru Bangi, Selangor
Hubungi : 03 89121542

Laman Web : www.haqqi.com.my

Facebook : https://www.facebook.com/haqqi.com.my/

Instagram : https://www.instagram.com/haqqi.com.my/

Twitter : haqqi_official https://twitter.com/haqqi_official

One thought on “Baju Raya 2018 Di Haqqi Bangi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s