DTahta Menyajikan Juadah Berbuka Yang Lazat Di Garden Hall, I-City


I am what I am…….

Selepas event di Jakel Shah Alam, Mamable telah dijemput oleh Marou dan Idayu untuk berbuka di D’Tahta. Kata mereka juadah di situ sedap-sedap belaka.

Bagi mereka yang ingikan berbuka di tempat yang mempunyai menu berbuka yang banyak pilihan citarasa, tempat yang kita boleh berkumpul bersama dengan rakan-rakan dan keluarga malahan berbuka puasa di dewan berkonsep English Garden, seumpama dalam taman…..jawapannya adalah D’Tahta.

Image may contain: text

Sajian Masakan Kampung

D’Tahta menyediakan bufet Ramadan dengan menu masakan kampung dan yang bestnya ada kambing bakar yang disediakan oleh Mak Ngah Catering dengan menawarkan pakej bufet berharga RM59.00 untuk dewasa dan RM35.00 bagi kanak-kanak yang berumur 4 hingga 11 tahun.

Menu sajian berbuka oleh D’Tahta ialah Gulai Kambing, Daging Goreng Kacang Panjang, Asam Pedas Ikan Pari Bendi, Brokoli Goreng Lobak, Terung Goreng Berlada, Poy Choy Goreng Sos Tiram, Kerabu Mangga, Kerabu, Tauge Kerang, Kerabu Ayam dan pelbagai jenis ulam-ulaman serta sambal seperti Sambal Belacan, Cencaluk dan Sambal Tempoyak.

Terdapat juga gerai khas yang menyajikan kambing Bakar, Nasi Ayam Madu, Tau Foo Bakar, Rojak Buah, Rojak Mamak (Pasembur), pelbagai jenis kuih tradisional, kek, pengat, buah-buahan, aiskrim dan minuman sejuk dan panas.

D’Tahta turut menyediakan gerai khas seperti gerai kambing bakar, nasi ayam madu, tau foo bakar, rojak buah, rojak mamak, gerai pelbagai jenis kuih, bubur, pengat, gerai buah-buahan dan gerai pencuci mulut.

This slideshow requires JavaScript.

Mengenai D’Tahta

D’Tahta adalah dewan keraian dan perkahwinan yang sangat cantik dan eksklusif terletak di dalam kawasan I-City iaitu di Tingkat 1, I-Soho Condominium di I-City Shah Alam yang baru saja dibuka operasinya pada Februari lalu.

D’Tahta mempunyai dua dewan iaitu White Hall dan Garden Hall, di mana kedua-duanya terletak sebelah menyebelah, dipisahkan oleh pintu kalis bunyi, yang boleh dibuka untuk menggabungkan dua dewan tersebut menjadi satu.

Image may contain: plant, tree, table and outdoor

Info D’Tahta Wedding & Event :

Alamat :  i-Soho, I-City Shah Alam

Hubungi : 019-211 6606

Facebook : https://www.facebook.com/dtahtaweddingvenue/

Instagram : https://www.instagram.com/dtahtaweddingvenue/?hl=en

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s