I am what I am…..
Menjelang Hari Raya ni ramai rakan-rakan di Facebook dah mula up status biskut raya. Jadi Mamable mengambil kesempatan untuk berkongsi mengenai info Quaker Oats yang merupakan jenama oat nombor 1 di dunia. Pasti semua orang mengenalinya.
Hidangan Hari Raya yang enak bersama Quaker Oats menjadikannya lebih mudah untuk menikmati resipi baharu yang menyediakan lebih banyak serat, protein, vitamin dan mineral. Dengan 9.4g serat dalm setiap 100g bersamaan dengan 7 kali lebih daripada beras putih dan protein yang tinggi daripada beras perang, barli dan tepung gandum.
Resepi Baru Oleh Chef Anis Nabilah
Hidangan tradisional dapat disediakan dengan gabungan oat dan bahan yang lain kerana ia merupakan bahan yang serba boleh. Dengan cara ini, kita boleh menikmati hidangan kesukaan yang mengandungi nutrisi. Hari Raya ini jom bersama-sama Chef Anis Nabilah mencuba resepi Quaker Oats baharu seperti Kari Ayam Merah Dengan Oats dan Sup Kambing Oats ataupun biskut Raya resepi Chef Anis seperti Biskut Campuran Beri Biru Multigrain Cereal dan Biskut Onde-Onde Oatmeal.
Resepi Biskut Campuran Bijiran Beri Biru
Saiz hidangan : 40
Kredit : http://www.quaker.com.my
Bahan-Bahan
- 125g marjerin
- 100g gula kastor
- 1 biji telur
- 150g tepung naik sendiri
- 1/2 sudu teh soda penaik
- 60g beri biru kering
- 1/2 sudu teh garam laut
- 120g Quaker Multigrain Cereal
Cara membuatnya :
- Panaskan ketuhar pada suhu 180°C. Lapik dulang pembakar dengan kertas silikon.
- Pukul marjerin dan gula dalam mesin pengadun hingga putih dan berkrim. Tambahkan telur. Masukkan tepung, beri biru dan garam. Gaul hingga sebati.
-
Tuangkan Quaker Multigrain Cereal ke dalam mangkuk. Cedok sesudu teh penuh doh biskut. Golek doh dalam campuran bijiran supaya disaluti bijiran dan menjadi bentuk bebola.
-
Letakkan bebola atas dulang dengan jarak satu inci antara satu sama lain untuknyaberkembang.
- Bakar selama 15 hingga 18 minit sehingga warnanya keemasan.
Resepi Biskut Onde-Onde Oats
Saiz Hidangan : 35
Kredit : http://www.quaker.com.my
Bahan-Bahan
- 130g Quaker Instant Oatmeal
- 130g Tepung
- 20g Kelapa parut kering
- 20g serbuk santan
- 1/2 sudu teh soda penaik
- 1/4 sudu teh garam
- 125g marjerin
- 30g gula perang
- 50g gula kabung (gula melaka), diparut
- 60ml minyak canola
- 1 sudu teh ekstrak pandan (hijau)
- Gula melaka cair (untuk hiasan)
- Kelapa parut kering (untuk hiasan)
Cara membuatnya :
- Panaskan ketuhar pada suhu 180°C. Lapik dua dulang pembakar besar dengan
kertas silikon.
- Gaulkan tepung, kelapa parut kering, serbuk santan, oat, soda penaik dan garam dalam mangkuk. Ketepikan.
-
Dalam mangkuk yang lain, pukul marjerin, gula perang, gula kabung, minyak danekstrak pandan dengan mesin pengadun. Pada kelajuan perlahan, tambahkan bahan – bahan kering, sedikit demi sedikit.
-
Uli doh menjadi bebola kecil. Anda boleh menabur gula melaka parut dan kelapa parut kering di atas bebola sebagai hiasan.
-
Bakar selama 12 minit atau hingga warnanya keemasan. Biarkan sejuk atas redai kuih. Hidangkan panas atau sejuk.
Resepi Cucur Labu Bersama Quaker Oats Bersira Mamable
Mamable dapat ilham ketika menyediakan juadah untuk berbuka puasa. Sajian ini amat sesuai untuk seisi keluarga kerana dalam masa yang sama ia dapat memberikan nutrisi dalam pemakanan kita seharian. Juadah ini amat sesuai untuk dijadikan sajian minum pagi dan petang.







Info Quaker Oats :
Laman web : http://www.quaker.com.my
