Meriahnya Jom Raya Di Residensi UTMKL 2018


I am what I am………

Gembiranya Tok Wan apabila UTM nak anjurkan rumah terbuka yang julung kali  diadakan bersempena baki raya yang tinggal beberapa hari saja lagi. Paling best mengadakan rumah terbuka ialah menyediakan hidangan enak dan dapat berkumpul bersama rakan taulan. Kalau sudah namanya rumah terbuka, jangan terkejut jika ramai tetamu yang hadir dan Residensi UTMKL merupakan lokasi yang terbaik untuk berkumpul seperti program “Jom Raya” ini.

Wah! Mamable berasa bangga apabila dapat meraikannya bersama 2,000 pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) serta pelajar UTM Space.

Image may contain: Rosmawati Aboo Hassan, smiling, indoor
Sementara menunggu para hadirin jemputan sampai, Mamable menolong Tok Wan membakar lemang sambil itu Mamable sempat berootd di dapur Tok Wan
Image may contain: 2 people, including Rosmawati Aboo Hassan, people smiling, people sitting
Sempat juga membonceng basikal tua Tok Wan bersama rakan media Mamable iaitu Faries  
No automatic alt text available.
Menarik perhatian Mamable serta para tetamu yang hadir – Koleksi vintaj Tok Wan
Image may contain: 3 people, indoor
Diselitkan juga persembahan daripada MINDEF Band – lagu raya berkumandang memeriahkan suasana Hari Raya

Banyak juga hidangan raya yang disediakan dan Mamable memilih sate, soto dan roti jala bersama kuah kari. Sungguh sedap sampaikan Mamable tak sedar dah berapa kali tambah.

Mamable bukan nak membawang tau, tapi daripada perbualan bersama rakan-rakan tadi, rupa-rupanya Universiti Teknologi Malaysia ini merupakan universiti awam terkemuka negara yang telah menempa sejarah sebagai universiti awam yang pertama membangunkan kompleks membeli-belah dan hotel di Malaysia. Kompleks yang dimaksudkan tadi ialah Residensi UTMKL.

Wahhh! Tak sangka Residensi UTMKL ini bukan sahaja sebuah residensi tetapi ia juga ada kemudahan lain seperti di mall. Bestkan dapat tinggal di residensi ini dengan tak payah nak bersusah payah keluar memandu jika ingin bermain bowling, belajar dan makan kerana semuanya ada di Residensi UTMKL. Untunglah pada sesiapa yang ingin melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Malaysia.

Fasiliti Bertaraf Antarabangsa Dengan Slogan Lifestyle@UTMKL

Selepas selesai menjamu hidangan raya tadi, Mamable dan rakan media yang lain dibawa untuk melihat apa yang menarik di Residensi UTMKL ini. Kalau nak tahu, kompleks ini dibangunkan melalui pembiayaan sendiri oleh pihak UTM dan telah mendapat perhatian dari Kementerian Pendidikan Malaysia, universiti awam lain serta pihak industri sebagai tanda aras dan usaha dalam menyediakan fasiliti yang bertaraf antarabangsa selaras dengan slogan Lifestyle@UTMKL.

Image may contain: one or more people and indoor
Residensi UTMKL juga menyediakan kemudahan ruang membeli belah yang dikenali sebagai Gurney Mall

Berjalan-jalan di Gurney Mall, Mamable melihat pelbagai jenama terkenal seperti Burger King, KFC, Old Town White Coffee, Speedmart 99, Farmasi Vitamedic serta pelbagai kedai serta perkhidmatan yang disediakan bagi memenuhi keperluan pelajar, warga kerja UTMKL dan juga penduduk setempat.

Image may contain: one or more people and indoor

Image may contain: indoor

Image may contain: 1 person

Image may contain: indoor

Image may contain: indoor

Image may contain: outdoor

Image may contain: one or more people, people sitting, table and indoor

Biar Betul Ada Hotel Dalam UTMKL

The Royal Widad Residence @UTMKL

Memang betul, The Royal Widad Residence merupakan hotel bertaraf 4 bintang yang mempunyai 3 jenis bilik iaitu Studio Room (182 unit), Apartment 2 Bedroom (150 unit) dan Apartment 3 Bredroom (50 unit).

STUDIO ROOM  (182 UNITS) 244 SQ FT – QUEEN BED AND TWIN BED NORMAL FLOOR – RM350

PREMIUM FLOOR – RM450

2 BEDROOM APARTMENT
 (150 UNITS)
660 SQ FT – MASTER BEDROOM & SINGLE BED NORMAL FLOOR – RM650

PREMIUM FLOOR – RM750

3 BEDROOM APARTMENT 
(50 UNITS)
829 SQ FT – MASTER BEDROOM / QUEEN BEDROOM & SINGLE NORMAL FLOOR – RM 950

PREMIUM FLOOR – RM1,050

No automatic alt text available.

Image may contain: 2 people, indoor

Kemudahan lain terdapat di The Royal Widad Residence @UTMKL ialah 6 unit bilik seminar yang sesuai untuk semua jenis meeting dan program. Juga F&B outletnya yang berdekorasi kontemporari dengan menyajikan sajian tempatan dan antarabangsa iaitu Kopi Haus.

Alamat : No. 24, Jalan Maktab, 54100 Kuala Lumpur.

Hubungi : 03-27336363

Laman web : http://www.royalwidad.com/

The Regency Scholars Hotel

Manakala The Regency Scholars Hotel pula merupakan hotel bertaraf 3 bintang. Mempunyai 2 jenis bilik iaitu Superior Double dan Superior Twin.

Alamat : No. 8, Jalan Maktab, 54100 Kuala Lumpur.

Hubungi : 03-27333320

Laman web : http://www.theregency.com.my/TheRegencyScholars/

No automatic alt text available.

Image may contain: people sitting, table and indoor

Image may contain: people sitting and indoor

Image may contain: people sitting and indoor

Image may contain: people sitting and indoor

Meninjau Sebentar Ke UTM Space

Mamable sempat meninjau ke UTM Space iaitu satu badan korporat yang bertanggungjawab merancang, mengurus dan melaksanakan pelbagai program pembelajaran sepanjang hayat untuk Universiti Teknologi Malaysia menjalankan operasinya di Residensi UTMKL.

Image may contain: 2 people

Image may contain: indoor

Kompleks Penginapan Pelajar

Image may contain: skyscraper and outdoor

Menjenguk sebentar ke kompleks penginapan pelajar yang dah macam kondominium. Melangkah masuk ke ruang tamu membuatkan Mamable nak jadi pelajar balik. Yelah, penginapan pelajar kini dah setaraf dengan universiti luar negara. Pihak UTMKL menawarkan 3 jenis pilihan penginapan iaitu aparment 3 bilik, 2 bilik dan master bedroom yang boleh menempatkan 3 orang pelajar sekaligus. Ini bermakna 1 apartment boleh memuatkan seramai 5 orang pelajar.

Dengan sewa bulanan sebanyak RM1800  dengan kemudahan fasiliti asas seperti ruang dapur, ruang tamu, bilik, penyaman udara, penggunaan elektrik dan air adalah amat berpatutan dan ia tidak membebankan para pelajar malah keluarga.

Image may contain: phone
Jangan risau kerana penggunaan elektrik di Residensi UTMKL amat menjimatkan kerana ia mengikut sistem. Penggunaan yang tidak melebihi had yang diberikan. 

Bowling 10 Lane Di Residensi UTMKL

Cemburu dengan student UTMKL, mereka boleh luang masa bersama rakan-rakan kuliah selepas waktu kelas. Kalaulah dapat putarkan masa balik, pastinya Mamable memilih UTMKL sebagai destinasi melanjutkan pelajaran Mamable.

Image may contain: indoor

No automatic alt text available.

Image may contain: indoor

Suasana Program “Jom Raya @ Residensi UTMKL 2018”

No automatic alt text available.
Program yang julung kali diadakan di Residensi UTMKL

Image may contain: 4 people, people smiling, people standing
Para tetamu yang hadir cantik berbaju kurung dan berbaju melayu

Image may contain: 2 people, people standing and indoor

Image may contain: 1 person, sitting, table and indoor

Image may contain: 1 person, standing and indoor
Antara pelajar asnaf yang terdiri daripada pelajar UTM dan UTM Space menerima sumbangan Aidilfitri yang disampaikan Pro Naib Canselor UTMKL, Prof Shamsul Sahibuddin dan Pengerusi UTM Space, Datuk Abu Bakar Mohd Nor

Mamable sempat bergambar bersama Raja Ilya, antara artis yang hadir memeriahkan Jom Raya @ Residensi UTMKL 2018.

Ronda-ronda disekitar Residensi UTMKL ini telah membuktikan bahawa universiti tempatan kini selari dengan unversiti yang bertaraf antarabangsa dan UTM mempunyai inisiatif dalam membantu para pelajar dalam melanjutkan pelajaran mereka di dalam negara Malaysia dengan menawarkan tempat pembelajaran, penginapan dan perkhidmatan lifestyle terkini. Syabas UTM!! Mamable bangga dengan anda………..

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s