MR. D.I.Y Kini Dalam Talian | Menghantar Terus Ke Pintu Anda


I am what I am……

Puashati shopping online dengan MR. D.I.Y hari ini. Jenuh tangan ni klik satu persatu item dalam https://www.mrdiy.com.my/. Mamable mula shopping dari pukul 5.00 petang hinggalah pukul 11.00 malam. Tak pernah dibuat Mamable menghadap laptop berjam-jam tau.

Apabila si anak bertanya, ‘mama shopping online ke? Hah! MR.D.I.Y dah ada online. Ikin baru saja beli pen kat MR. D.I.Y tadi. Wahhhh! bestnya siap ada penghantaran lagi. Boleh Ikin beli macam-macam lepas ni.

Satu persatu Mamable check in bermula dengan kategori perkakas, barangan rumah, barangan elektrik, aksesori kereta, alat tulis, mainan, hadiah, sukan dan  akhir sekali perhiasan dan kosmetik. Part yang Mamable paling suka ialah part perhiasan dan kosmetik sebab dalam kategori ini Mamable boleh shopping aksesori untuk wanita seperti subang, kosmetik, barangan dekorasi dan sebagainya. Banyak juga Mamable borong kali ini nasib baik Mamable tak sapu habis item MR. D.I.Y.

Ini gara-gara Mamable menang Grand Lucky Draw RM500.00 baucar online MR. D.I.Y di majlis pelancaran platform e-dagang MR.D.I.Y lepas di Hotel Intercontinental, Jalan Ampang. Jadi jumlah baucar yang ada pada Mamable ialah bernilai RM550.00. Baucar RM50.00 Mamable dapat ketika bermain permainan mini “Grab MR.D.I.Y” di majlis tersebut. Menurut emcee pada hari itu, baucar tersebut harus ditebus di laman web MR.D.I.Y pada hari yang sama sebelum 12.00 malam. Itu pun nasib baik Mamable berkongsi hadiah cabutan bertuah tersebut dengan rakan media yang lain…..rezeki yang ada dikongsi bersama.

Tak sangka menang Grand Lucky Draw MR.D.I.Y – RM500.00 Baucar Online

No automatic alt text available.

Image may contain: one or more people and people standing
Mamable ketika bermain permainan mini “Grab MR.D.I.Y”. Setiap pemain harus score 100 ke atas untuk memenangi hadiah. Mamable score 280 ajer, so dapat baucar bernilai RM50.00
Image may contain: Murni Nurul Ain, Rohani MD Tahir, Siti Rabiah Adnan, Rosmawati Aboo Hassan and Idayu Nim, people smiling, indoor
Rezeki yang ada dikongsi bersama

No automatic alt text available. No automatic alt text available.

Setiap barangan yang dihantar telah dibungkus dengan teliti untuk mengelakkan risiko kerosakan.

No automatic alt text available.
Pembelian online dengan MR.D.I.Y akan dihantar dalam masa 24 jam

Selain penghantaran secara percuma para pelanggan boleh juga terus mengambilnya dari mana-mana 25 kedai terpilih di Lembah Klang. MR.D.I.Y memberi jaminan bahawa pelanggan yang membeli di laman e-dagang MR.D.I.Y akan mempunyai 7 hari untuk memulangkan barangan yang akan ditukar atau wang dikembalikan tertakluk kepada terma dan syarat.

Image may contain: text

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

Apa Yang Berlaku Ketika Pelancaran Platform E-Dagang MR.D.I.Y?

No automatic alt text available.

Image may contain: screen
Terdapat lebih dari 20,000 items yang terdiri daripada 9 kategori dan ia terus ke pintu anda

Image may contain: 4 people, people smiling, people standing

Tahun ini, Adibah Noor memperkenalkan slogan baru MR.D.I.Y iaitu “Habislah….MR.D.I.Y Boleh Beli Online! MR.D.I.Y sebenarnya membantu para pelanggannya dengan menyelesaikan masalah seperti mereka yang ingin membeli dengan kuantiti yang banyak, pembelian segera, mobiliti terhad serta penjimatan kos dari segi petrol dan bayaran tempat letak kereta. Yang bestnya, pelanggan boleh menghantar hadiah kepada keluarga dengan rakan mereka apabila mereka berbelanja dengan MR.D.I.Y secara dalam talian.

Image may contain: 1 person, text

 

Pemenang Bertuah Bernilai RM68,888 Untuk Bulan Jun Hingga Ogos

Pelanggan yang membeli dari laman web akan menikmati penjimatan RM5.00 pada pembelian pertama mereka dengan perbelanjaan minimum RM10.00 tambahan dengan penghantaran percuma. Untuk cabutan bertuah pula, mereka boleh memenangi hadiah bernilai lebih RM68,888. Hadiah utama bulanan termasuk iPad, iPhone X dan MacBook Pro pada setiap bulan Jun, Julai dan Ogos 2018. Sementara tambahan 4 pemenang bertuah akan berpeluang memenangi hadiah harian yang terdiri daripada baucar MR.D.I.Y bernilai RM50.00 setiap satu pembelian barangan terpilih.

Untuk Maklumat Lanjut Mengenai MR.D.I.Y 

Website : http://www.mrdiy.com.my

Facebook : https://www.facebook.com/mrdiy2u/

Instagram : https://www.instagram.com/mrdiy2u/

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s