I am what I am………….
Berat badan naik selepas raya! Apa nak buat? Sebabnya kita makan banyak sampai tak ingat dunia. Alasanya, makanan semuanya sedap dan menggoda. Sampaikan ada yang menegur Mamable dah gemuk…huarghhhhhhh stressnya.
Ketika tengah risau pasal berat badan, tiba-tiba Mamable dijemput untuk menghadiri satu majlis pelancaran ‘Beat The Heat’ At COWAY Run 2018 yang telah diadakan pada 11 Julai 2018 di Hotel Mandarin Oriental bersebelahan dengan KLCC. Bertemakan ‘Beat The Heat’ di mana kita semua bakal berlari dalam keadaan yang selesa di kawasan larian yang direka khusus bagi para peserta. COWAY sekali lagi, mengangkat kepentingan gaya hidup sihat dengan tema yang ‘cool’ sambil beramal!
Jadi ini adalah pembuka jalan bagi Mamable untuk menguruskan badan dengan sihat. Tak perlu bersusah payah google cara nak kuruskan badan, tips nak kuruskan badan dan kurus dengan sihat sebab Mamable dah daftar untuk menyertai larian COWAY ini.
Perasmian COWAY Run 2018 – Beat The Heat
Dengan menyertai COWAY Run 2018, Mamable dapat merasai pengalaman berlari dalam keadaan yang selesa dan sejuk menerusi laluan larian yang berbeza kali ini. Yang bestnya pada kali kedua larian COWAY ini, Mamable dapat berlari untuk lebih sihat sambil beramal kerana setiap penyertaan yang diterima, RM10.00 akan didermakan kepada Projek Happy Water. Projek Happy Water yang merupakan Program Tanggungjawab Sosial tahunan COWAY, di mana komuniti-komuniti Orang Asli akan dibekalkan dengan air bersih.
Jom Sertai COWAY Run 2018
COWAY Run 2018 ini bakal berlangsung pada 07 Oktober 2018 di MAEPS Serdang tau!!
Mamable nak berkongsi sedikit info mengenai COWAY Run 2018 ini. Dengan jarak larian 10KM dan 5KM bagi lelaki dan wanita, larian terbahagi kepada beberapa kategori. Antara kategori-kategori berikut:
- Terbuka (bagi 16 tahun dan ke atas)
- Antarabangsa (bagi 16 tahun dan ke atas)
- Veteran (bagi umur 40 tahun dan ke atas)
Komuniti yang bekeluarga amat digalakkan menyertai larian ini kerana COWAY juga merancang untuk membawa rasa asli Korea ke COWAY Run 2018 dengan pembukaan Perkampungan Korea yang akan disertai oleh trak makanan, booth bergambar serta persembahan live band bagi menghiburkan peserta supaya rakan-rakan dan ahli keluarga dapat berkumpul dan membawa perubahan murni kepada kehidupan merupakan langkah yang bijak bagi gaya hidup yang sihat.
Juga info lanjut mengenai COWAY Run 2018, tips pemanasan badan atau larian, sila layari laman mikro COWAY di http://cowayrun.com.my/ dan juga mereka yang berminat boleh daftar di https://cowayrun.eventbrite.sg

hati2 acik berlari pakai high heel tu
LikeLike
Heels tu acik simpan bila nak lari nanti…
LikeLike