Discover Australia | Limpahan Gastronomi Australia Di The Federal Hotel, Kuala Lumpur


I am what I am………

Tak terlintas difikiran Mamable dapat merasai sajian dari Australia. Mana taknya Mamable tak perlu bersusah payah nak booking  tiket dan travel beribu batu ke sana. Sebab Hotel Federal Kuala Lumpur telah menganjurkan Discover Australia – A Taste of Australia. Anjuran bersama Hotel Federal Kuala Lumpur dan Hotel The Grace, Sydney  ini disokong oleh Kedutaan Australia, AUSTRADE, Tourism Australia dan MLA Meat & Livestock Australia dan Citibank.

Image may contain: indoor

Discover Australia – A Taste of Australia

Meh sini Mamable nak cerita sikit, walaupun Mamable tak pernah menjejakkan kaki ke Australia tetapi daripada info yang didapati, Australia terkenal dikalangan pelancong seluruh dunia tau. Menawarkan kombinasi makanan, minuman, sukan, seni dan kebudayaan membuatkan negara ini ada tarikannya tersendiri. Maka tak hairanlah bahawa ramai kaki jalan menganggap Australia sebagai syurga makanan.

BBQ, pai, ikan, udang dan kentang goreng merupakan makanan yang sangat popular di Australia. Kebiasaannya rakyat Australia sangat menyukai BBQ yang dimakan bersama salad, sos tomato, sos bbq, mayonis dan juga roti putih.

Limpahan gastronomi yang disajikan oleh Chef Darren Ho, Chef Tang Hou Chin serta team kulinarinya amat memuaskan hati dan yang penting ia telah berjaya menawan ‘tekak’ Mamable kali ini.

Image may contain: food and indoor
Gambar dari FB page : https://www.facebook.com/kontiki.thefederalkl/

aus8

aus9

Image may contain: food

aus13

aus17

Patutlah semua hidangan Discover Australia – A Taste of Australia sedap dan menarik kerana air tangan Chef Darren Ho dan Chef Tang Hou Chin yang telah diterbangkan khas dari Hotel The Grace, Sydney.

Dah puas eksplor hampir kesemua sajian Discover Australia – A Taste of Australia ini, Mamable rekomen 4 sajian terbaik yang telah memikat hati Mamable. Sajian yang dimaksudkan ialah :

Short Beef Rib with Smokey BBQ Lacquer

Dagingnya yang lembut dan ‘juicy’ seperti ia cair di dalam mulut. Rasa perapan dan aroma panggang merupakan kombinasi yang terbaik. Hirisan daging tersebut, Mamable makan dengan sos lada hitam dan ia telah memikat hati Mamable untuk selamanya.

BBQ Corn on the Cob with Maple Syrup & Parsley Butter, Chunky Chips with Nori Salt dan Pasta

Mamable peminat tegar kentang goreng dan jagung. Mamable gandingkan kentang, jagung dan pasta di dalam 1 pinggan. Tetapi kentang goreng dan jagung yang Mamable makan ini berlainan rasanya dengan kentang goreng dan jagung yang biasa dimakan. Kentangnya yang rangup serta terasa masinnya. Jagung tersebut dipanggang dan masih mengekalkan rasa manisnya. Pasta pula jangan cakaplah…..sedap wehhhhhhh.

Mushroom Soup & Bakers Basket of Assorted Bread

aus18

Mamable tak tahu ada Mushroom Soup tau sampailah Wendy Pua dan Marcus Osmand beritahu yang Mushroom Soup teramatlah sedap. Untuk puaskan hati Mamable pun mencubanya. Sememangnya ia sedap, lagi-lagi dicelup dengan hirisan roti. Terasa kepekatan sup, lemak dan rasa masinnya seimbang. Kecurlah pula………..

Caramelised  Lemon Tart with Coconut Sorbet

Mamable bukan penggemar dessert tetapi bila makan tart ni terus jatuh hati. Suka gabungan lemon dengan karamel. Rasa manisnya biasa-biasa saja. Tak muak dan seperti nak tambah lagi.

Image may contain: Rosmawati Aboo Hassan, smiling, outdoor

Image may contain: Rafzan Tomomi, Eazy Izzuddin Roslan and Rosmawati Aboo Hassan, people smiling, people sitting, people eating and food
Gambar oleh Dboy Ahmad

Bufet makan malam ini disajikan setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula pada 13hb hingga 29hb Julai 2018 pada pukul 6.30 petang hingga 10.30 malam di Restoran Kontiki, Hotel Federal Kuala Lumpur.

  • RM148.00 bersih (dewasa)
  • RM55.00 bersih (kanak-kanak)
  • RM74.00 bersih (warga emas)

30% OFF bagi pemegang Gracious Rewards & FHI Privilege Club
25% OFF bagi pemegang Citibank Card
(Layak untuk harga dewasa sahaja serta terma dan syarat)

* Kanak-kanak berumur bawah 12 tahun / warga emas atas 55 tahun.
Harga and tawaran boleh berubah tanpa notis

Untuk tempahan sila hubungi +603 2148 9166 atau lawat http://www.fhihotels.com/hotel-package/discover-australia-food-promotion-federal-kuala-lumpur

 

 

 

 

2 thoughts on “Discover Australia | Limpahan Gastronomi Australia Di The Federal Hotel, Kuala Lumpur

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s