I am what I am…….
Lagi sekali Mamable ke The Federal Kuala Lumpur untuk review tapi kali ini ke salah satu outletnya iaitu Mandarin Palace Restaurant. Mamable bersarapan dengan hidangan dari Kantonis, Hunan dan Szechuan tau. Gabungan sajian autentik masakan kaum Cina dengan suasana seperti di dalam istana membuatkan Mamable tak sabar nak cuba semua hidangannya.
Dim Sum merupakan hidangan klasik bagi kaum Cina di mana ia dikukus dalam bekas buluh dan bentuknya yang kecil membuatkan Mamable menikmatinya dengan hanya sekali gigitan. Dim Sum bukan saja dikukus malah ia juga digoreng dan dipanggang hingga berwarna kekuningan.
Disajikan dalam bekas buluh dan dihidangkan bersama seteko teh membuatkan Mamable menikmatinya bersama orang tersayang atau rakan sekerja dalam satu meja makan yang besar.
Terdapat banyak pilihan Dim Sum yang disajikan di Mandarin Palace Restaurant iaitu :
- Shrimps Dumpling (Har Kao)
- Siew Mai Dumpling
- Teochew Dumpling
- Shark’s Fin Dumpling
- Mushroom Dumpling
- Crab Claw Dumpling
- Sweet & Sour Dumpling
- Curry Dumpling
- Black Pepper Dumpling
- Thai Style Dumpling
- Otak-Otak Dumpling
- Seaweed Dumpling
- Crystal Dumpling
- Scallop Dumpling
- Fried Fish Ball
- Steam Fish Ball
- Chicken Feets
- Steamed Chicken
- Glutinous Rice
- Fried Wanton
- Fried Cheese Ball
- Sesame Ball
- Chinese Pancake
- Fried Beancurd Skin
- Fried Radish Cake
- Pan-Fried Dumpling
- Fried Yam Cake
- Stir-fried Radish Cake
- Chee Cheong Fun
- Porridge with Oat
- Egg Tart
Selain Dim Sum, terdapat juga hidangan lain di mana para pengunjung mempunyai pilihan mengikut citarasa masing-masing.
Setelah puas makan itu dan ini, Mamable menjengah ke dessert pula. Terdapat 2 pilihan di situ seperti buah-buahan dan kek.
5 Hidangan Yang Amat Mamable Suka





Apabila melihat suasana dekorasi dan susun atur perabot membuatkan Mamable seperti berada di Istana Forbidden City pada zaman Dinasti Ming. Feng Shui amat sinonim dengan masyarakat Cina seperti karakter naga, burung phoenix, bunga lotus yang terdapat disetiap penjuru dinding melambangkan tuah, kesejahteraan, kemakmuran dan kekayaan.
Melangkah masuk ke restoran ini akan membuatkan para pengunjungnya mengimbau kembali sejarah tamadun dan kebudayaan kaum Cina. Di sini Mamable nak cerita sikit mengenai restoran ini. Sebenarnya restoran ini dibuka secara rasminya pada 28 Ogos 1957 bersempena kemerdekaan Tanah Melayu pada ketika itu. Satu-satunya restoran Cina yang dikunjungi tetamu VIP dan Diplomat yang ingin menyaksikan Tanah Melayu merdeka pada 31 Ogos 1957.
Restoran Mandarin Palace ini juga menjadi pilihan Lewis Gilbert produksi luar negeri untuk lokasi bagi penggambaran filem The Seventh Dawn pada tahun 1964.
Bagi mereka yang menggemari sajian klasik kaum Cina, boleh mengunjungi Restoran Mandarin Palace yang terketak di aras 2 Hotel Federal Kuala Lumpur dengan harga RM48.00 seorang setiap kali hari Sabtu dan Ahad saja. Bermula pada pukul 10:30 pagi hingga 2:30 petang.